======================
Senario 1
----------
Pada hujung tahun lepas 2015
Aku ada bercerita sedikit untuk membantu seorang makcik nie
Aku tak kenal makcik nie
Tapi anak dia ada dalam satu group media sosial dengan aku satu ketika dolu dolu
Dia bercerita tentang masalah ibu dia
Makcik ini telah diisytiharkan bankrup
Kerana disebabkan menjadik penjamin dalam satu kes loan
Malangnya peminjam tidak membayar hutang
Maka makcik itu sangkut dan terpaksa membayar bulan bulan
Makcik pun tak mampu nak bayar maka telah jadik bankrup
Makcik memiliki sebuah rumah flat yang ada penyewa
Tapi tidak boleh dijual kerana dia seorang yang bankrup tidak boleh melaku kan transaksi hartanah kecuali mendapat kebenaran jabatan insolvensi
Jika tak dapat melunaskan hutang di bank disebabkan sebagai penjamin
Kemungkinan rumah flat milik makcik akan terlelong
Maka aku bersetuju untuk tampil membantu
Senario 2
----------
Aku masuk sebagai penyelamat kepada makcik nie
Aku cakap boleh membantu dengan cara membeli flat itu
Maka makcik boleh selesaikan hutang dan akan ada duit tunai sedikit
Dengan tujuan untuk membantu makcik ini
Pembelian rumah flat bukan "secara normal"
Aku akan tanggung risiko yang agak besar:
1. Untuk dapatkan kebenaran jabatan insolvensi
2. Aku terpaksa keluarkan modal untuk bayar hutang makcik
3. Aku dah tanggung holding kos dah hampir 10 bulan tapi masih belum selesai
4. Aku mendahulukan pembayaran kos lawyer
5. Pada awal transaksi aku pun tak berapa pasti bahawa rumah ini boleh aku miliki atau gagal
6. Sampai sekarang proses baru separuh jalan jer
7. Rumah flat ini ada kaveat pulak tur
8. Aku jugak risau jika aku ditipu atau dimanipulasi kan tapi aku bersangka baik dan positif minda
9. Transaksi belum berakhir lagi
Senario 3
-----------
Aku beranikan diri untuk explore kes baru dalam sejarah hidup aku nie
Dengan niat untuk membantu makcik selesaikan masalah dia
Makcik ini selalu menangis nangis apabila bercakap dalam phone dengan aku
Moga ALLAH permudahkan urusan ini
Kerana makcik ini cakap semua adik beradik dia tidak mahu membantu dia lagi dah
Aku nak ceriter lelebih pun kes ini belum sempurna selesai lagi
Cuma pada peringkat ini beberapa keputusan telah berjaya diperolehi iaitu:
1. Insolvensi dah bagi kebenaran
2. Hutang makcik itu aku telah bayarkan penuh di jabatan insolvensi
3. Nama makcik telah diputihkan dari senarai bankrup
4. Kaveat telah berjaya di batalkan
Korang paham ker jalan ceriter nie
Jika tak paham ...ulang baca yer
Aku pun tak pandai nak explain lelebih lagi
Kerana ini kes pertama seumpama nya yang aku lalui
Itu jer untuk kali nie
Korang tolong doakan yang baik baik untuk selesaikan masalaj makcik nie yer
Dah lenguh aku menaip nie wehhhh
Ada sesiapa yang ada pengalaman kes macam gini ker
Sonyum sket😄
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment