Part 2
=======================
Monday blues today
Sambung ceriter semalam part 1
Aku di tanyer dengan soalan:
(Sebahagian dari petikan semalam)
"Camner Ir Ajak boleh membahagikan masa untuk melayan hobi rumah busuk"
Aku story sket yer
Aku bekerja makan gaji opis hour pergi pagi balik petang
Stay rumah di seremban
Bekerja di putrajaya
Hampir 8 tahun aku berulang alik
Tiap pagi jadual aku merempit dengan van di hiway plus dari tol soromban ke tol kajang
Aku ayah kepada 4 kiddos lelaki
Isteri ada sorang jer yer ... Hehehe😄
Sekarang wife aku pengurus rumahtangga sepenuh masa ... Dolu dolu wife aku bekerja di bandaraya kolumpoo
Aku tak nafikan bahawa wife memang banyak membantu dalam semua urusan harian
Jadual aku memang padat setiap hari
Tapi itulah rutin harian yang ditempuhi saban hari
Tipikal jadual hari bekerja
Isnin hingga jumaat
-----------------------------
4.50 am seawal dah bangun
4.55 am munajat kepada NYA mengadu masalah kehidupan
5.30 am biasa nya menaip sekejap untuk uplud di wall fb "isu rumah busuk"
5.40 am mandi
6 am Sholat subuh
6.15 am mula memandu van ke putrajaya
7.30 am pagi hingga 5pm petang aku bekerja di opis putrajaya
Pepagi akan cuba luangkan masa 5 minit untuk sholat sunat dhuha untuk mohon dibukakan pintu rezeki
Kekadang balik lewat sket dari opis kerana ada urusan kerja atau meeting yang tidak dapat dielakkan
Atau jika aku out station akan berlainan jadual
Jika tiada kerja urgent di opis maka jam 5pm aku akan thumb out
5 pm balik ke soromban
Biasa nya akan singgah sholat asar di rnr
6.15 pm akan layan rumah busuk ... Ini adalah masa yang syok beb ... Layan hobi ... Sesuatu yang seronok walaupun badan kekadang lesu jugak ...
- lawat rumah busuk yang nak di masuk lelong
- lawat rumah busuk yang sedang di reno
- pergi ke kedai elektrik untuk beli kelengkapan rumah busuk
- jumpa kontraktor untuk membincangkan hal hal teknikal kerja
- ronda ronda kawasan perumahan untuk mencari idea untuk "wangi" kan rumah busuk
7.15 pm sampai rumah rehat jap dan lepak di sofa sambil santai bersama kiddos
7.30 pm mandi dan sholat serta baca Al Quran 2 mukasurat (aku cuba terus istiqamah)
8.15 pm dinner wit family
9 pm selepas sholat isyak akan lepak depan peti televisyen untuk layan astro jap sambil tur godek godek hp untuk layan pesbuk
10 pm mula kan kerja kerja dokumentasi rumah busuk
11.30 pm akan tido ler Zzzzzzzzz
Korang dapat manfaat ker tidak ? ? ?
Cer jawab sket
😄
Ir. AJAK
www.irajak.com
No comments:
Post a Comment