KALAH LELONG 17 LOT TANAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Aku bercuti rehat sehari today
Berada di kamar lelongan awam mahkamah tinggi seremban
Walaupun kalah today
Aku tidak kecewa atau patah semangat
Tapi Alhamdulillah kerana dapat menambah lagi pengalaman dari hari ke hari
Harga rizab bermula RM0.51 juta
Harga close RM1.2 juta
Kenaikan harga sekitar 140%
Pembida sekitar 70 pax
Ramai pembida dari kalangan yang non bumi
Ada 3 pax jer muka melayu
Tanah yang agak bernilai "kategori kegunaan tanah KEDIAMAN"
Tanah berstatus freehold dan non bumi lot
Telah ada geran hakmilik individu sebanyak 17 lot
Kerana pemilik asal adalah berbangsa non bumi dan dipahamkan seorang sedang menghadapi masalah kewangan
Lokasi tanah di tengah tengah bandar seremban
Seumpama "kampong baru di kuala lumpur" lah boleh ibaratkan
Sekeliling lokasi tanah telah dibangunkan dengan taman taman perumahan dan jaringan jalanraya serta infra yang lengkap
Bagi aku tanah ini sangat valuable kerana telah ada acces jalan raya berturap yang betoi betoi di sebelah tanah itu
Aku tidak mampu untuk terus bersaing kerana kekangan modal
Aku menyeru dan menyarankan di kalangan rakan sebangsa aku yang berkemampuan dengan memiliki modal ... jika ada lagi tanah lelong seumpama ini ... masuklah sebagai pembida dan boleh peluang untuk menang ... memiliki tanah sebegini untuk di kongsikan dengan rakan rakan sebangsa kita untuk bekalan anak cucu bangsa kita di hari kemudian kelak
Sekadar pandangan aku sahaja dan tiada kena mengena dengan sesiapa mahupun yang hidup atau yang telah tiada
Nak nyanyi lagu "jika aku kaya" ....hehehehe
Aamiin
Aku sekadar melayan hobi jer😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
No comments:
Post a Comment