25 January 2017

Usia 26 tahun


PADA USIA AKU 26 TAHUN
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Ini gambo aku pada usia 26 tahun
Pada sekitar tahun 2000
Gambo aku masa bujang
Kurus tinggi
Masih ada rambut yang lebat
Perot tak boroi macam skrang nie
Aku masih kuat bertenaga
Aku memang bekerja keras
Aku memiliki momentum yang kuat
Masa nie berbagai perancangan yang aku corakkan
Pelbagai perkara yang aku angan-angankan
Antaranya:
1. Mahu berkahwin dan memiliki family
2. Isteri mahu jadik suri rumah tangga untuk take care semua hal family ... aku sahaja yang mencari nafkah
3. Mahu memiliki kereta sendiri
4. Mahu ada anak-anak
5. Pada umur sebelum 30 tahun mahu memiliki rumah pertama
6. Nak layan hobi hartanah jika ada modal pusingan
7. Mahu hantar bonda & ayahanda menunaikan ibadah haji
8. Aku bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera professional sebelum umur mencecah 40 tahun
9. Aku berdoa agar dijemput untuk menunaikan ibadah haji sebelum umur 45 tahun
10. Aku juga berazam untuk menghadiahkan sebuah "biznes" untuk wife memenuhi masa lapang setelah kidos makin besar berdikari
11. Bercita-cita untuk melancong ke luar negara saban tahun bersama family
12. Mahu menghabiskan masa kehidupan dengan seimbangkan kehidupan di dunia dan akhirat
13. Ingin menjadi seorang penulis buku pada suatu hari nanti untuk berkongsi ilmu
14. Berhasrat juga untuk memiliki sebuah biznes sendiri sebelum umur 45 tahun ... biznes yang boleh memberi manfaat kepada ummah berkaitan rumah busuk
.
.
Setelah 17 tahun masa berlalu
Umur aku pada tahun 2017 ini akan genap 43 tahun pada bulan depan
Penuh liku-liku kehidupan di lalui
Onak dan duri itu perkara biasa
Cabaran yang ditempuhi mematangkan aku dalam kehidupan
Ini bukan cerita rekaan di alam maya
Fantasi jauhlah sekali yer
Ini realiti kehidupan yang aku lalui bersama family
.
.
ALLAH Maha Kaya
ALLAH Maha Pengampun
ALLAH Maha Penyayang
ALLAH izin kan aku dan family untuk meminjam nikmat dari NYA
Ku panjatkan penuh kesyukuran yang amat sangat
Nak menitis air mata kesyukuran
Perkara ini telah ALLAH izinkan tercapai:
1. Berkahwin pada tahun 2001 ... Alhamdulillah
2. Wife berhenti kerja pada sekitar tahun 2002 setelah beberapa bulan anak sulong dilahirkan ... Alhamdulillah
3. Kereta pertama ialah kancil kapasiti 650 cc ... Alhamdulillah
4. 4 orang kidos lelaki ... Alhamdulillah
5. Rumah pertama berjaya di miliki pada usia 29 tahun iaitu pada tahun 2003 ... Alhamdulillah
6. Berjaya membuat pinjaman peribadi dari kuwait finance house dan cimb islamic pada tahun 2010 dengan bayaran ansuran potongan gaji bulanan rm3043 selama tempoh 20 tahun ... dengan modal pusingan ini aku melayan hobi hartanah rumah busuk ... Alhamdulillah
7. Perlahan menyimpan wang untuk perbelanjaan ... Allah jemput bonda dan ayahanda menunaikan ibadah haji pada tahun 2009 ... Alhamdulillah
8. Pada tahun 2010 usia 36 tahun aku memperolehi kelayakan professional engineer (ir) dan pada sekitar tahun 2016 aku berpeluang upgrade menjadi professional engineer with practicing certificate (pepc) ... kepuasan peribadi diri aku dalam bidang kerjaya ... Alhamdulillah
9. Berkat doa dan usaha tanpa jemu ... aku dan wife diberi peluang dan dijemput untuk menjadi tetamu ALLAH mengerjakan ibadah haji pada usia aku 42 tahun (wife usia 37 tahun) ... Alhamdulillah
10. Pernah berusaha beri sebuah biznes Butik Alnaurah kepada wife hanya mampu bertahan selama tempoh 1 tahun ... ujian dalam biznes dan kami redho ... maner lah tahun ALLAH nak ganti biznes yang lebih baik ... InsyaAllah
11. Berusaha untuk mengumpul rezki ... diberi peluang sejak anak bongsu usia baby lagi dah melancong ke kota london dan kota paris ... saban tahun hingga kini ... banyak destinasi telah dijejaki ... seronok bermusafir melihat bumi ciptaan ALLAH ... sangat teruja dan kagum ... Alhamdulillah
12. Masih terus istiqamah untuk seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat ... urusan kerja ... urusan family ... urusan hobi rumah busuk ... urusan akhirat ... InsyaAllah
13. Berusaha untuk menulis ... 2016 buku sulong bertajuk HOBI HARTANAH telah tercetak dan terjual ... disamping menulis EBOOK dan wall facebook ... akan terus menulis buku ke 2 pula target dicetak pada tahun 2017 ini ... Alhamdulillah
14. Masih merancang dan berdoa ... korang tolong doakan yer dengan niat aku untuk membantu ummah memiliki hartanah ... sedang berangan-angan nie untuk memiliki sebuah biznes ...
.
.
Tiada niat untuk aku bermegah
Tiada niat untuk aku riak
Tiada niat untuk aku bangga diri
Sekadar mahu mengucapkan setinggi kesyukuran kepada ALLAH dengan pinjaman ini
Aku dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf atas semua kesilapan dan tersilap cakap serta tulisan yang menyinggung perasaan kalian kenkawan
Sekian
Wasalam
SHARE jika bermanfaat sebagai motivasi diri
πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk






No comments:

Post a Comment