31 July 2017

Kari ikan

Berbuka puasa 

Wife masak kari ikan tenggiri

Sedap selera makan

Alhamdulillah 😄👍


30 July 2017

Parking

PERSONAL COACHING 

SEMBANG HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Lokasi: Mamak Temiang Corner, Seremban, Negeri Sembilan

Tarikh: cadang kan lah tarikh yang sesuai 

Masa: malam mulai jam 8.30pm hingga 10.30pm (2 jam)

Kadar komitmen fee bagi 2 jam untuk:

1 orang = RM150

2 orang = RM250

3 orang = RM350

4 orang = RM450

Agenda:

Sembang aktiviti hobi hartanah rumah busuk

Boleh tanya soalan dan saya akan cuba jawab berdasarkan aktiviti dan pengalaman saya

Jika korang tak tahu nak sediakan soalan ... saya dah sediakan lebih 25 soalan yang boleh ditanyerkan ...

Nota: korang belanjer saya di mamak yer

Sonyum sket😄

Saya akan berikan FREE sebuah buku HOBI HARTANAH bernilai RM30

Sekadar mahu memberi manfaat sambil berkongsi pengalaman yang saya ada dan idea

InsyaAllah 

😄👍


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

GST saya serap ... Hehehee 😄


Jangan malu

JANGAN MALU UNTUK MILIKI RUMAH BUSUK


Pagi ahad nie jejari pun slow nak menaip

Jangan kisah kan apa orang nak cakap

Jangan pedulikan jiran nak kata apa pun

Jangan ambil pot kenkawan nak kutuk

Tapi pujuk pasangan agar menyokong usaha kita

.

.

Jangan malu untuk miliki rumah busuk

Jika tak kenal maka tak jatuh cinta

Dah kenal & dah jatuh cinta

Berbiji biji rumah busuk akan diburu

.

.

Jenuh dah saya menulis ceriter rumah busuk

Banyak gambar rumah busuk saya uplud

Siri seminar juga telah saya kongsikan pengalaman 

Sesi personal coaching pun makin ramai saya penuhi jadual

.

.

Saya pun buat dek jer korang nak kutuk

Saya buat muka seposen jer lawat rumah busuk

Saya terus ghairah memburu rumah busuk

Saya jalan terus jer lah wangikan rumah busuk


Sekadar membebel di pagi ahad

Korang nak baca ... bacalah

Tak nak baca ... aku pun tak kisah

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebenar kes rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor"

Sebelum & Semasa & Selepas

Nampak perubahan yang sangat ketara

Wow !


29 July 2017

Tetamu ALLAH ...

RAIKAN JIRAN PERGI IBADAH HAJI


Sejak minggu lepas lagi 

Ramai jiran yang buat kenduri doa selamat

Untuk tujuan berangkat ke Tanah Suci Mekah

Seronok tengok bakal bakal Tetamu Allah

Jika korang dijemput untuk ke kenduri itu

Pergilah hadir ke rumah mereka

Sama sama kita bacakan Surah Yassin berjemaah dan bertahlil serta berdoa

Ukhwah silaturrahim 

Bukan tujuan kita nak datang makan makan semata mata tetapi nak beri sokongan moral dan doa kepada bakal bakal haji

Aura mereka bakal haji nie hebat

Sebab mereka dijemput oleh ALLAH

(Bukan sebarangan jemputan ... itu pandangan saya lah yer)

Bukan mudah untuk mendapat "tiket" peluang untuk ke sana Tanah Suci Mekah

Sambil bersalam berisi dengan bakal haji tur "huluq" lah duit kertas warna hijau ker, merah ker, oren ker, biru atau warna ungu dengan seikhlas hati

Kita mohon beliau doakan agar kita dapat pergi jua pada tahun tahun yang mendatang

Samada untuk tujuan Ibadah Umrah atau Ibadah Haji

Allahuakbar seronoknya melaksanakan Ibadah di Tanah Suci

Aku rindu 

Aku rindu

Aku rindu

Untuk ke sana lagi

Menitis air mata kerinduan yang teramat sangat


Nukilan rasa

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Sumber

SUMBER MENCARI RUMAH BUSUK


Banyak cara nak mencari sumber rumah busuk nie

Antara nya ialah:

1. Ronda taman perumahan

2. Iklan tampal di pokok

3. Iklan suratkhabar 

4. Iklan oleh rakan Agent

5. Iklan di portal mudah

6. Iklan di portal portal pelelong 

7. Iklan di portal lelongtips & auctiondata

8. Iklan di group wasup

9. Iklan oleh rakan broker 

10. Iklan oleh rakan runner

11. Papan iklan di mahkamah 

12. Papan iklan di pejabat tanah

13. Flyer flyer di kaunter bank atau kaunter lppsa

.

.

Samaada belian rumah busuk melalui kaedah lelongan awam atau subsale

.

.

Godek godek henpon jer

Gugel sana gugel sini

Zaman skrang sangat mudah 

Sebab kemudahan internet dah ada

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebenar kes rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor"


28 July 2017

7 disiplin

7 DISIPLIN LAYAN RUMAH BUSUK


Jika nak layan rumah busuk elok lah terapkan budaya disiplin yang konsisten bagi perkara perkara berikut:

.

.

1. Disiplin mencari rumah busuk

Terus bersemangat mencari rumah busuk

Tak kisahlah yang terlalu busuk atau ala ala busuk


2. Disiplin memburu rumah busuk

Apabila dah jumpa rumah busuk

Tugas seterusnya ialah mahu memburu samada melalui lelongan awam atau melalui kaedah subsale

Jangan sesekali jemu yer untuk memburu


3. Disiplin menyelesaikan transaksi rumah busuk

Terus folow up kes dengan pihak lawyer agar dapat berjalan dengan lancar

Kita bagi kerjasama yang baik dengan pihak lawyer

Bantu permudahkan dengan cara beri dokumen yang lengkap


4. Disiplin berbincang dengan kontraktor ubahsuai rumah busuk

Sewaktu tempoh ubahsuai memang banyak perkara perlu dapatkan idea dan kepastian item item yang mahu diubahsuai

Berikan komitmen terhadap perkara ini

Cari jalan yang win win situasi yer


5. Disiplin membuat bayaran kepada kontraktor rumah busuk

Jangan buat dek jer apabila bab bayaran kepada kontraktor 

Bayar secara berkala

Permudahkan urusan ini kerana pihak kontraktor mahu beli barang binaan dan buat bayaran kepada pihak pekerja 


6. Disiplin memantau segala tindakan berkaitan dengan rumah busuk

Kita perlu pastikan ada ruang masa untuk memantau semua perkara yang berkaitan dengan rumah busuk

Contohnya: Jika ada lebih dari 2 kes rumah busuk berjalan serentak

Maka perkara ini perlukan perhatian yang lebih untuk pemantauan yang lebih rapi


7. Disiplin berkongsi cerita rumah busuk agar semangat kita terus membara

Salah satu cara untuk kekalkan stamina rumah busuk ialah dengan kerap kali berkongsi cerita atau idea rumah busuk dengan kenkawan 

Maka akan timbul semangat yang lebih membara

.

.

Saya sekadar berkongsi ceriter rumah busuk

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah kes sebenar rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor" untuk menjadi rumah wangi 


27 July 2017

7 kebaikan

7 KEBAIKAN MELAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Jika korang nak kutuk saya pun

Saya tak bleh nak buat apa kan

Saya terima jer lah

Dah memang minat saya melayan hobi rumah busuk sejak dulu lagi

Hehehee 😄

.

.

Ada beberapa kebaikan yang boleh diperolehi dengan melayan hobi rumah busuk:

1. Masa lapang akan terisi dengan sebaiknya

Lepas waktu kerja

Cuti hujung minggu 

Cuti kelepasan am

Cuti rehat tahunan


2. Kita membina ukhwah silaturrahim dengan rakan rakan: agent hartanah, agent lelong, banker, lawyer

Setiap kali berurusan dengan dia orang akan mewujudkan ikatan ukhwah silaturrahim 


3. Melatih diri menjadi lebih kreatif

Almaklum jer lah keadaan rumah busuk yang uzur dan buruk

Perlu ada idea kreatif untuk mewangi kan nya


4. Memupuk semangat jati diri

Setiap cabaran yang dilalui bermula dari usaha mencari rumah

Mendapat kan rumah

Ubahsuai rumah sehingga lah siap menjadi wangi


5. Membina networking dengan rakan rakan kontraktor: binaan, elektrik, gril, kabinet

Dengan adanya networking dengan mereka akan mempermudahkan keadaan

Mewujudkan suasana kepercayaan

Mudah untuk memberi arahan untuk melaksanakan kerja ubahsuai sehingga siap


6. Banyak lokasi rumah busuk makin ramai lah jiran jiran kita

Kita berbaik baik dengan jiran

Dengan adanya reputasi yang baik

Mereka pula kekadang yang rekomen penyewa gegadis dari kalangan nurse pelatih


7. Dapat menyumbang kepada komuniti yang harmoni

Rumah dah terbiar lama

Jika saya datang untuk bersih dan wangi kan

Pasti suasana sekitar akan menjadi lebih harmoni 

.

.

Dengan berpikir secara positif sebegini 

Akan merangsang minda positif selalu

Maka akan menaikkan semangat untuk terus melayan hobi rumah busuk

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar tersebut merupakan sebuah rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" untuk menjadi wangi


26 July 2017

Taraaaa

Taraaaa

Dah siap pasang 

Table top & kitchen kabinet 

Simple jer

😄👍

.

.

Ada yang berminat ker 😄


Pasang kitchen kabinet 

Pasang kitchen kabinet pada table top saiz 18 kaki panjang 

Tiada dapur gas dan hood pada table top ini

Kerana di dalam rumah ini ada dapur satu lagi di sebelah tingkap tur untuk memasak 

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Berangan angan

BERANGAN ANGAN RUMAH BUSUK


Setiap kali ada kes baru

Setiap kali nak mulakan proses ubahsuai 

Masa ini aku suka berangan angan

Membayangkan apa akan mahu dilakukan

Membayangkan masalah yang bakal timbul sewaktu proses ubahsuai 

Membayangkan jalan penyelesaian jika ada masalah itu

Mencongak mencongak item yang mahu di ubahsuai

Dengan item item tersebut membolehkan bayangan tentang kos yang bakal diperlukan 

Dengan berangan angan rumah busuk akan melahirkan tenaga yang luar biasa untuk menzahirkan tindakan bagi mewangikan sebuah rumah busuk 

Ada yang bertanya kepada saya "bagaimana Ir. AJAK mampu mengekalkan momentum melayan hobi rumah busuk secara konsisten"

Saya tak tahu nak bagi jawapan secara tepat

Korang tolong jawap kan & bagi idea di ruangan komen

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


25 July 2017

Kenapa yer

Boleh ker saya nak tahu

Dari kalian fren & follower

"Kenapa suka folow ceriter rumah busuk" dari "Ir. AJAK" ?

Komen sket😄


Bajet 

CADANGAN WANGI KAN RUMAH BUSUK


Dah 2 hari duk pikir nak wangikan rumah busuk 2 tingkat corner lot nie

Berangan angan macam macam nie

Tapi item yang dah hampir comfirm ialah:

1. Pasang kekuda bumbung

2. Pasang atap bumbung

3. Bina porch kereta

4. Buat dinding batu pagar sebab rumah corner lot

5. Pasang pagar besi 

6. Pasang pintu kayu

7. Pasang tingkap kaca aluminium frame

8. Rewiring sebuah rumah

9. Bina tangga

10. Pasang tiles lantai saiz 2x2

11. Pasang plaster siling sebuah rumah di tingkat atas dan bawah serta porch kereta

12. Nak sambung dapur di tanah belakang 

13. Nak jadikan 3 buah tandas 

14. Nak jadikan 4 bilik tidur

15. Bina table top & kitchen kabinet 

16. Pasang gril sebuah rumah

17. Bina sebuah store kecil

Wowwwwww jenuh bajet kos nie

Aduduuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


24 July 2017

Jiran rumah busuk

JIRAN RUMAH BUSUK


Sekadar berkongsi ceriter

Pernah kes dolu dolu

Setelah rumah siap wangi

Ada jiran makcik tur jumpa saya cakap gini

"Cantek dah rumah nie yer ... anak bongsu pompuan makcik nie cadang nak beli ... dia keje bank ... umur dah 30 tahun ... nak beli rumah ... dia takut sampai ke sudah bujang tak beli rumah"

Aduduuu

Nampak tak😜😜😜

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Cakoi 

Cakoi kuah kacang

Sedap 

😄👍



Rumah sangat busuk

VIDEO RUMAH BUSUK


Pagi monday blues nie

Kita tonton video lah yer

Semalam hari coti ahad saya datang ke rumah busuk kira kira jarak 2 marhalah dari rumah yang saya tinggal skrang nie

Keadaan rumah busuh ialah:

1. Tiada bumbung

2. Tiada tingkap 

3. Tiada pintu

4. Tiada tangga untuk ke tingkat atas

5. Keliling rumah semak samun

6. Lukisan conteng di dinding 

7. Dinding banyak yang retak

8. Dinding pagar dah rosak

9. Rewiring telah dicuri

10. Porch tinggal rangka sahaja

Saya sempat ambil video seluruh rumah busuk ini

Mesti korang suker tengok yer

Saya bercadang mahu mulakan kerja transformasi kan pada bulan ogos 2017 

Sedang membuat perancangan dan perbincangan dengan pihak kontraktor

Perbincangan yang lebih teliti

Tak sabo nak mulakan projek baru nie

Tadi jiran jiran pun ada datang tegur saya "awak beli rumah nie ker ... apa faedahnya ... dah tinggal rangka jer tur" ... saya jawab "InsyaAllah saya cuba usahakan sebaiknya untuk jadikan sebuah rumah kediaman ... sambil menguntum senyuman" ... (sebab nampak ada gegadis yang mengintai intai dari celah celah sebalik langsir tingkap rumah bersebelahan ... auwwwww😜)

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Korang dah abis tonton tolong SHARE kan yer supaya boleh kenkawan lain tengok sama 


23 July 2017

Puasa

PUASA SUNAT 


Muhammad Adam

Umur 8 tahun

Anak bongsu papa mama

Berjaya genapkan puasa sunat 6 hari di bulan syawal 

Walaupun tidak berpuasa secara berterusan

Hari ini dah 29 syawal tur

Hampir ke penghujung 

Today dia puasa berseorangan jer

Penuh cabaran 

Papa mama abang dia

Support sungguh sungguh 

Dia punyai semangat yang kuat

Abang abang dia dah habis puasa sunat lebih awal

Proses mendidik kidos 

Muhammad Adam mahi berbuka puasa dengan burger & kentang & ais krim

Tahniah Muhammad Adam 

Alhamdulillah 



Video

Tadi saya ke rumah busuk:

1. Tiada bumbung

2. Tiada tingkap 

3. Tiada pintu

4. Tiada tangga untuk ke tingkat atas

Saya ada ambil video seluruh rumah busuk ini

Korang nak tengok ker

Kasi lah 1001 like

Saya akan upludkan video pagi esok

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



Meggi goreng

Boleh set appointment dengan saya sembang 2 jam di mamak seremban 

Pm inbox saya


7 kesilapan 

7 KESILAPAN RUMAH BUSUK


Antara kesilapan yang harus di elak kan dalam melayan hobi hartanah rumah busuk iaitu


1. Tiada bajet bayar baki 90%:

Saya bagi contoh jika beli rumah busuk melalui lelongan awam

Mampu sediakan wang deposit 10%

Kos pengurusan agent pun mampu bayar

Tapi tiada bajet tunai untuk bayar baki 90%

Malah nak mohon pembiayaan bank pun tidak layak juga


2. Tiada wang nak bayar kos lawyer:

Apabila membeli rumah busuk samada melalui lelongan awam atau kaedah subsale

Mesti perlu sediakan wang untuk kos fee pihak lawyer

Kos anggaran sekitar 5% dari harga rumah termasuk bayaran sijil setem duti ke lhdn (sediakan anggaran bajet sekitar 6% lebih selamat kerana harga berbeza beza ikut kes)


3. Tiada bajet nak baiki:

Jika dah nama pun rumah busuk

Pada kebiasaan dalam keadaan uzur dan buruk

Perlu sediakan bajet untuk kos membaik pulih

Paling tidak pun untuk menjadikan rumah dalam keadaan basic asal semula bagi tujuan boleh didiami

Jika ada bajet lebih boleh merancang untuk ubahsuai menjadi rumah yang sangat wangi 


4. Kawasan jin bertendang:

Mentang mentang lah nama nya rumah busuk

Betoi betoi dicari "kawasan jin bertendang"

Maksud saya ialah kawasan rumah yang jauh dari kemudahan awam

Orang lain pun tak mahu tinggal dan sewa di kawasan itu

Tup tup korang pulak pilih dengan suka hati untuk membeli

Masaklah citer nya


5. Tiada ilmu nak wangi kan:

Nama pun rumah busuk

Maka perlu usaha untuk wangikan rumah

Mesti nak ada ilmu nak wangikan 

Ada idea nak buat ubahsuai

Ada skil untuk berbincang dengan pihak kontraktor

Jangan sampai tersontot pulak

Malah perlu pilih kontraktor yang jujur dan baik


6. Tiada mentor untuk bantu:

Carilah mentor yang sesuai untuk bantu anda

Kekadang kita tak tahu apa yang kita tak tahu sebenar nya

Apabila ada masalah maka ada tempat untuk mengadu atau bertanya

Anggaplah sebagai guru kita


7. Pasangan tidak menyokong:

Nak layan rumah busuk ini kekadang modalnya kasar

Bukan setakat seringgit atau sepuluh ringgit

Maka pasangan juga perlu menyokong sepenuhnya 

Jika dia tak setuju agak payah nak jalan seiring

Buatnya pasangan jenis membebel mak nenek

Jenuh lah jawabnya


Kesimpulan nya pastikan 7 kesilapan di atas tidak dilakukan sewaktu nak layan rumah busuk

Besar impaknya jika berlaku

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebenar salah satu siri kes rumah lelong di dalam tandas sebuah rumah busuk yang saya miliki


22 July 2017

Ruang dapur 

RUANG DAPUR RUMAH BUSUK 


Ramai yang dah tahu

Ramai yang suka ruang dapur yang sempurna

Malah ruang dapur rumah busuk akan menjadi tempat yang selesa apabila siap diwangikan

Usahakan lah untuk mewangikan ruang dapur:

1. Susun atur kedudukan ruang dapur

2. Ada ruang tingkap untuk pencahayaan

3. Ada pintu untuk pergi ke luar belakang (rumah landed)

4. Bina table top dengan saiz yang sesuai

5. Pasang kitchen kabinet atas dan bawah

6. Ruang sinki dan kepala paip bersekali dengan table top dan berhampiran dengan dapur gas memasak ... senang nak basuh tangan apabila memasak tur

7. Ada soket elektrik yang mencukupi untuk kegunaan peralatan elektrik ... contoh: periuk nasi, cerek elektrik, peti ais dan sebagai nya

8. Ada kepala paip untuk kegunaan mesin basuh

9. Pasang tiles pada lantai dapur

10. Pasang tiles pada dinding atas table top ... senang nak bersihkan/lap dengan tuala apabila kotor sewaktu memasak akibat percikan masakan dari kuali/periuk

11. Pasang hood dan dapur gas memasak ... tak semesti yang mahal ... guna jenama Elba pun sudah memadai

12. Pasang lampu yang bersesuai

13. Pasang lah kipas di siling

14. Boleh juga pasang bidai yang sesuai pada tingkap dapur tur

15. Pastikan juga memasang gril pada tingkap dan pintu sebagai langkah keselamatan 

.

.

Dengan ada nya kelengkapan item item di atas akan membuatkan ruang dapur menjadi sempurna di mata:

1. Isteri tercinta

2. Bakal pembeli rumah wangi

3. Bakal penyewa

4. Bakal gegadis penyewa bilik

Jika disewakan sebuah rumah boleh menjadi asbab untuk kita menaikkan kadar sewaan

Sekadar berkongsi ceriter rumah busuk

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Peluang 

Tawaran duit raya tunai RM100 x 3 pemenang 

Komen melalui link di bawah


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1617834191581060&id=100000634848873&ref=bookmarks



21 July 2017

Skandal

SKANDAL RUMAH BUSUK


Jika korang dah mula terjebak dengan "skandal rumah busuk"

Yang saya maksud kan skandal rumah busuk ialah korang dah mula berjinak jinak dengan rumah busuk samada melalui pembelian subsale atau kaedah lelongan awam

Maklumlah rumah busuk ini sebahagian besar nya dalam keadaan uzur dan buruk

.

.

Korang perlu berusaha untuk pastikan pasangan korang paham situasi ini dengan tindakan tindakan berikut:

1. Korang kena jelaskan kepada pasangan masing masing tentang senario rumah busuk

2. Jelaskan bahawa rumah busuk mempunyai potensi nilai yang tinggi apabila telah menjadi rumah wangi

3. Bawa sekali pasangan apabila melawat rumah busuk

4. Tarik pasangan korang untuk get involve sewaktu proses ubahsuai ... contohnya beri peluang kepada pasangan korang untuk pilih warna tiles atau warna cat ... dengan cara ini akan menarik minat pasangan korang

5. Berkongsi apa apa isu/masalah dalam proses mewangikan rumah busuk

6. Jika korang pergi/hadir seminar berkaitan hartanah ... pastikan pasangan dapat hadir bersama supaya senang untuk proses pembelajaran bab bab hartanah 

7. Jemputlah pasangan anda follow ceriter rumah busuk oleh "Ir. AJAK" di fesbuk www.facebook.com/abdulrazakbinkamarudinatau jika berpeluang personal coaching dengan "Ir. AJAK" pun bawalah bersama sama

.

.

Kisah benar:

Pada peringkat awal pembabitan saya memburu rumah busuk dan melayan hobi rumah busuk 

Saya juga menghadapi keadaan yang wife saya tidak menyokong minat saya ini

Wife saya pernah cakap "orang lain beli rumah yang cantek cantek ... tapi abang beli rumah yang buruk ... pelik lah"

Mengambil masa juga saya perlu meyakinkan wife saya bahawa rumah busuk ada potensi besar

.

.

Tapi skrang wife saya adalah penyokong kuat melayan hobi rumah busuk 

Wife banyak membantu saya dalam transaksi rumah busuk

Mana kan mampu untuk saya bergerak berseorangan

Betoikan 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebelum

Gambar selepas

Adalah kes sebenar salah satu rumah busuk


20 July 2017

Jagung

Malam jemaat

Wife masak cucuk kodok jagung

Sedapnyer 

😄👍


Berbuka puasa

Alhamdulillah 

Selesai berbuka puasa


1 bilion

NILAI RUMAH BUSUK LEBIH RM1 BILION


Saya congak congak 

Nilai "rumah busuk" seluruh negara

Ada lebih RM1 bilion agaknya

Agak nyer lah


Contoh:

Sebuah rumah busuk anggaran purata berharga lelong RM100 ribu 

Katakan setiap hari ada anggaran 30 unit lelong terjual setiap hari di seluruh negara samada di mahkamah, pejabat tanah, pejabat pelelong

Ada 365 hari setahun


Kiraan:

RM100 ribu x 30 unit sehari x 365 hari

Kan lebih RM1 bilion

Wowwww


Ada jutawan dan hartawan atau ahli korporat yang nampak ker status saya nie

Boleh lantik saya jadik CEO "syarikat rumah busuk sdn bhd"

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


6 cara

6 CARA PEROLEHI ILMU RUMAH BUSUK


Nak layan rumah busuk pun perlu ada ilmu

Saya berpandangan ada 6 cara perolehi ilmu rumah busuk melalui:

1. Baca buku berkaitan hartanah 

Boleh beli buku dari sifu puan KJ Anis Hafiza

Boleh beli buku dari sifu cik Rohaniah Noor


2. Baca ebook yang berkaitan hartanah 

Boleh dapat kombo ebook dari sifu yang di hormati tuan KEY Khairul Ezuwan


3. Hadir seminar yang berkaitan hartanah

Wajib daftar seminar yang di anjurkan oleh sifu tuan AE Meor Zaidee

Seminar Potensi Hartanah Seremban yang dianjurkan oleh SIT Encik Kamal


4. Follow semua facebook otai hartanah & kewangan

Sifu tuan doktor Azizul Azli Ahmad

Sifu tuan doktor Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Sifu tuan HF Harith Faisal

Sifu cik Syafieqah A'lya


5. Jika ada ruang/peluang pergi lah berjumpa atau personal coaching dengan otai hartanah

Sifu tuan Shafie Bustan


6. Jika ada peluang berinteraksi dengan otai hartanah melalaui mesenger atau whatsapp

Sifu puan Shariza Abd Latif

Sifu tuan Ihsan Zainal

.

.

Jangan harap dengan sekali harung buat perkara di atas dah terus boleh pandai bab rumah busuk

Ulang ulang laksanakan perkara di atas akan membuat kita menjadi lebih sempurna dan berkeyakinan

Dah yakin terus praktikan lah

Habis baca mohon SHARE kan yer

Sekadar berkongsi pengalaman 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota:

Gambar rumah busuk sudah saya menang lelong pada bulan jun lepas 


19 July 2017

Jangan putus asa

JANGAN PUTUS ASA MEMBURU RUMAH BUSUK


Tanamkan semangat yang jitu

Jangan putus asa memburu rumah busuk

Samada melalui kaedah subsale atau lelongan awam

Boleh dikatakan saban hari ada sahaja rumah busuk yang dilelong yer

Dilelong di seluruh negara tur samada di mahkamah, pejabat tanah atau di pejabat pelelong

Usahakan lah:

1. Mantapkan ilmu untuk mendapatkan rumah busuk

2. Usaha untuk sediakan modal yang secukup

3. Tetapkan lokasi rumah yang mahu diburu

4. Tetapkan matlamat untuk memburu rumah busuk samada untuk didiami sendiri atau disewa

5. Rancang untuk wangikan rumah busuk sebaiknya

Ringkas jer perkongsian hari ini tetapi penuh bermakna tur

Fikirkan yer

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


16 July 2017

Seminar

SEMINAR POTENSI PELABURAN HARTANAH SEREMBAN


Pagi ini ahad 16 Julai

Dengan bayaran RM66 sahaja

Peserta memperolehi:

1. Ilmu hartanah 

2. Berjumpa dan bertemu kami peneraju SEREMBAN INVESTOR TEAM (S.I.T): Encik Kamal Shariza Abd Latif Sharezad Musa Hafiz Zainudin Khairul Amal Mahmud Aishah Kamil Ir Ajak Abdul Razak

3. Bekfes bersama

4. Lunch bersama

5. Kita bergambar 

6. Bertemu kenkawan positif minda hartanah 

Pakej yang sangat 

Perkongsian ilmu dari mereka yang hand on aktif aktiviti hartanah "walk the talk" punyer tur

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


08 July 2017

Market value

3 KATEGORI MARKET VALUE (MV) BAGI RUMAH BUSUK


Saya berpandangan secara mudahnya ada 3 kategori market value (mv) bagi sebuah rumah busuk yang diperolehi samada melalui pembelian secara subsale atau melalui kaedah lelongan awam:


1. RUMAH BUSUK TANPA UBAHSUAI:

Ini bermakna rumah yang dibeli berkeadaan asal

Biasa nya para pembeli akan berusaha untuk mendapatkan harga di bawah harga pasaran semasa

Kerana rumah busuk yang berkeadaan uzur dan usang

Rumah busuk yang perlu dibaiki untuk kembali pulih 

Untuk mewangi kan rumah busuk sudah pasti memerlukan kewangan 

Sebagai contoh harga rumah busuk di bawah harga pasaran di antara 10% sehingga ke 50% bergantung kepada keadaan fizikal rumah pada waktu itu dan kedudukan lokasi rumah busuk berkenaan

Pada kebiasaan nya memang harga jualan di bawah mv

Ini bermakna para pembeli sudah membeli rumah busuk pada keadaan untung lah kerana harga di bawah mv

Betoikan


2. RUMAH BUSUK DIBAIKI UNTUK KEMBALI KEPADA KEADAAN ASAL:

Dengan mengeluarkan modal untuk membaiki semua kerosakan rumah busuk untuk kembali kepada keadaan asal rumah berkenaan 

Membaiki kerosakan yang ada seperti contoh: 

Menggantikan atap yang rosak

Pintu yang tiada

Tingkap yang pecah

Tandas yang tersumbat

Sinki dapur yang telah dicuri

Pintu pagar yang telah hilang

Membuang semua sampah sarap

Menebas rumput pada sekeliling rumahm

Mengecat semula dinding luar dan dalam rumah 

Sebagai contoh lagi: katakan mv rumah busuk ialah RM100k, korang berpeluang membeli dengan harga RM65k sahaja, maka masih terdapat baki nilai RM35k (katakan sekitar 35% harga di bawah mv) lagi boleh digunakan modal untuk membaiki rumah busuk berkenaan supaya menjadi lebih sempurna dan berkeadaan baik serta boleh mencapai nilai semasa apabila dibuat penilaian harga

Dengan cuba seimbangkan kos pembaikan


3. RUMAH BUSUK DI UBAHSUAI UNTUK MENJADI RUMAH WANGI:

Dalam kategori ini

Mungkin boleh di ubahsuai rumah busuk menjadi lebih sempurna mewangi:

Bina porch kereta

Extend dapur di belakang

Pasang plaster siling

Pasang tiles lantai seluruh rumah

Rewiring baru sebuah rumah

Bina table top

Pasang kitchen kabinet atas & bawah

Baiki tandas bagi cantik

Pasang pagar 

Ganti atap jika bocor

Gantikan pintu kayu

Pasang gril

Cat dinding dengan warna yang menarik dan kemas

Apabila rumah sudah menjadi wangi dan cantik

Contoh tidak mustahil dengan hanya mv rumah basic sekitar RM75k boleh mencipta mv yang baru menjadi RM150k disebabkan keadaan rumah yang amat sudah selesa dan sempurna dengan mengambil kira item item yang telah di ubahsuai 

Betoikan


Dengan 3 kategori ini

Korang dah nampak gambaran untuk menyediakan jumlah bajet yang sesuai mengikut citarasa dan tujuan ubahsuai rumah busuk memasing

Ini sekadar pandangan saya sahaja yer

Tiada kena mengena dengan orang lain

Sekadar berkongsi ceriter rumah busuk yang ilmu di ilham kan oleh ALLAH ... Alhamdulillah 

Habis baca mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar adalah kes sebenar rumah busuk dari fail kes yang lepas



07 July 2017

Surat cinta

DAPAT SURAT CINTA


Akibat merempit

JENTERA VAN

146 kmh

Mendapat surat cinta 

Aduduuu 

Ada yang bleh tolong kurang kan kompaun ker

Hehehee 😄

Ingatkan kodak kat kamera di tepi jalan tur tak berfungsi

Yuhuu 

.

.

Korang jangan tiru aksi merempit nie yer

😄



06 July 2017

Siakap

Nak berbuka puasa sunat hari ke 4

Wife masak ikan siakap

Alhamdulillah 



Topi buruk

"TOPI BURUK"


Ada yang tanyer saya

Tak der "topi" yang lebih "buruk" lagi ker nak di pakai sewaktu layan hobi "rumah busuk"

Nostalgia tauuu topi tur

Agak agak berapa tahun umur topi tur sejak saya miliki 

Cer teka

😄



Runner 

RUNNER BAGI RUMAH BUSUK


Dalam kesibukan kita menjalan kan aktiviti harian

Udah pasti kita kekadang tak mampu untuk terkejar ke sana terkejar ke sini dalam masa serentak

Maka cara alternatif yang ada kita minta lah bantuan dari rakan-rakan "runner" yang ada di pasaran

"Runner" membawa maksud seorang pembantu yang boleh memberikan perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat atau barang yang kita perlukan dengan memberikan kadar upah yang berpatutan

Dengan ada nya runner yang cergas

Maka kita akan boleh memperolehi informasi yang berkaitan dengan lebih cepat dan pantas

Seperti contoh:

1. gambar rumah busuk

2. kedudukan rumah busuk

3. infra yang ada di sekitar berhampiran rumah busuk 

4. carian persendirian di pejabat tanah

5. cukai pintu yang tertunggak di majlis

6. cukai tanah yang tertunggak di pejabat tanah

7. bil bil utiliti tnb, air, iwk, bil maintenance 

8. yang lain lain berkaitan

Bagi saya dengan adanya pembantu begini sangat membantu dalam urusan seharian kita

Macam saya memang tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk membuat perkara di atas secara bersendirian

Layan hobi rumah busuk tetap berjalan walaupun sesibuk mana sekalipun

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar yang saya selpie adalah gambar sebenar projek terkini mewangikan rumah busuk


05 July 2017

Basah tekak

Pegi dapur ... bancuh air ... buh ais ketul ... dapnyer ... sejuk tekak ... Alhamdulillah 😄