27 July 2017

7 kebaikan

7 KEBAIKAN MELAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Jika korang nak kutuk saya pun

Saya tak bleh nak buat apa kan

Saya terima jer lah

Dah memang minat saya melayan hobi rumah busuk sejak dulu lagi

Hehehee 😄

.

.

Ada beberapa kebaikan yang boleh diperolehi dengan melayan hobi rumah busuk:

1. Masa lapang akan terisi dengan sebaiknya

Lepas waktu kerja

Cuti hujung minggu 

Cuti kelepasan am

Cuti rehat tahunan


2. Kita membina ukhwah silaturrahim dengan rakan rakan: agent hartanah, agent lelong, banker, lawyer

Setiap kali berurusan dengan dia orang akan mewujudkan ikatan ukhwah silaturrahim 


3. Melatih diri menjadi lebih kreatif

Almaklum jer lah keadaan rumah busuk yang uzur dan buruk

Perlu ada idea kreatif untuk mewangi kan nya


4. Memupuk semangat jati diri

Setiap cabaran yang dilalui bermula dari usaha mencari rumah

Mendapat kan rumah

Ubahsuai rumah sehingga lah siap menjadi wangi


5. Membina networking dengan rakan rakan kontraktor: binaan, elektrik, gril, kabinet

Dengan adanya networking dengan mereka akan mempermudahkan keadaan

Mewujudkan suasana kepercayaan

Mudah untuk memberi arahan untuk melaksanakan kerja ubahsuai sehingga siap


6. Banyak lokasi rumah busuk makin ramai lah jiran jiran kita

Kita berbaik baik dengan jiran

Dengan adanya reputasi yang baik

Mereka pula kekadang yang rekomen penyewa gegadis dari kalangan nurse pelatih


7. Dapat menyumbang kepada komuniti yang harmoni

Rumah dah terbiar lama

Jika saya datang untuk bersih dan wangi kan

Pasti suasana sekitar akan menjadi lebih harmoni 

.

.

Dengan berpikir secara positif sebegini 

Akan merangsang minda positif selalu

Maka akan menaikkan semangat untuk terus melayan hobi rumah busuk

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar tersebut merupakan sebuah rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" untuk menjadi wangi


No comments:

Post a Comment