Jika nak layan rumah busuk elok lah terapkan budaya disiplin yang konsisten bagi perkara perkara berikut:
.
.
1. Disiplin mencari rumah busuk
Terus bersemangat mencari rumah busuk
Tak kisahlah yang terlalu busuk atau ala ala busuk
2. Disiplin memburu rumah busuk
Apabila dah jumpa rumah busuk
Tugas seterusnya ialah mahu memburu samada melalui lelongan awam atau melalui kaedah subsale
Jangan sesekali jemu yer untuk memburu
3. Disiplin menyelesaikan transaksi rumah busuk
Terus folow up kes dengan pihak lawyer agar dapat berjalan dengan lancar
Kita bagi kerjasama yang baik dengan pihak lawyer
Bantu permudahkan dengan cara beri dokumen yang lengkap
4. Disiplin berbincang dengan kontraktor ubahsuai rumah busuk
Sewaktu tempoh ubahsuai memang banyak perkara perlu dapatkan idea dan kepastian item item yang mahu diubahsuai
Berikan komitmen terhadap perkara ini
Cari jalan yang win win situasi yer
5. Disiplin membuat bayaran kepada kontraktor rumah busuk
Jangan buat dek jer apabila bab bayaran kepada kontraktor
Bayar secara berkala
Permudahkan urusan ini kerana pihak kontraktor mahu beli barang binaan dan buat bayaran kepada pihak pekerja
6. Disiplin memantau segala tindakan berkaitan dengan rumah busuk
Kita perlu pastikan ada ruang masa untuk memantau semua perkara yang berkaitan dengan rumah busuk
Contohnya: Jika ada lebih dari 2 kes rumah busuk berjalan serentak
Maka perkara ini perlukan perhatian yang lebih untuk pemantauan yang lebih rapi
7. Disiplin berkongsi cerita rumah busuk agar semangat kita terus membara
Salah satu cara untuk kekalkan stamina rumah busuk ialah dengan kerap kali berkongsi cerita atau idea rumah busuk dengan kenkawan
Maka akan timbul semangat yang lebih membara
.
.
Saya sekadar berkongsi ceriter rumah busuk
Yuhuu 😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Gambar adalah kes sebenar rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor" untuk menjadi rumah wangi
No comments:
Post a Comment