.
.
Monday blues memang hambar sket
Berat jari jemari untuk menaip
Idea pun perlahan jer datang
.
.
Jangan ingatkan yang bukan bukan yer
Lain macam plak tajuk pepagi nie
"Pendamping" yang saya maksudkan bukan hantu raya ker atau jin toncit tau ... Hehehee 😄
.
.
Saya maksudkan 5 pendamping berikut:
1. AGENT YANG BIJAK:
Dengan ada nya networking dengan agent yang bijak
Maka peluang untuk kita memperolehi rumah busuk lebih cerah
Mereka mempunyai sumber informasi yang baik
Mereka mempunyai listing rumah busuk yang boleh kita buat pilihan barangkali
Listing rumah busuk yang berkualiti seperti lokasi yang strategik
2. RUNNER YANG CERGAS:
Dengan ada nya runner yang cergas
Maka kita akan boleh memperolehi informasi yang berkaitan dengan lebih cepat dan pantas
Seperti contoh gambar rumah busuk, kedudukan rumah busuk, infra yang ada di sekitar berhampiran rumah busuk dan info yang lain berkaitan
3. PEGUAM YANG WIBAWA:
Dengan ada nya pihak peguam yang berwibawa
Sebaiknya kita jadi kan panel lawyer
Mudah untuk menjalankan transaksi rumah busuk
Lawyer sudah tahu cara kerja
Lawyer sudah memahami kehendak kita
Lawyer sudah ada rekod transaksi
Lawyer sudah pegang dokumen yang berkaitan
4. PEMBIAYA YANG PEMURAH:
Dengan ada nya pembiaya yang pemurah
Maka mudahlah untuk kita meneruskan urusan transaksi hartanah rumah busuk
Pembiaya boleh terdiri dari pihak bank bank, institusi kewangan, koperasi, pinjam wang dari suami/isteri, pinjam wang dari ibu/bapa, pinjam wang dari adik beradik dan sebagainya
Dengan adanya kemudahan pembiaya, maka tidak timbul isu untuk modal pusingan untuk membayar kos agent, kos runner, kos peguam, kos beli rumah busuk, kos kontraktor dan kos pelbagai
5. KONTRAKTOR YANG RAJIN:
Dengan ada nya kontraktor yang rajin
Sudah pasti urusan untuk ubahsuai rumah busuk kepada rumah wangi akan terlaksana mengikut jadual yang terancang
Kontraktor pembinaan
Kontraktor elektrik
Kontraktor gril/pagar
Kontraktor kitchen kabinet
.
.
Dengan adanya gabungan dari kesemua pendamping mereka ini akan menghasilkan gabungan yang mantap dan berkesan
Dari proses bermula untuk memperolehi rumah busuk sehingga lah rumah menjadi sempurna wangi
Maka korang mestilah mencari networking terhadap mereka mereka ini
Bina keyakinan antara satu sama yang lain
Saling bekerjasama sebagai "satu team"
Saya memang sudah mantapkan kesemua perkara ini
Itu sebab saya boleh bertahan bertahun lama nya melayan "hobi rumah busuk" sejak dari dolu dolu
Contohnya:
1. Sebulan saya pergi mengerjakan ibadah haji pada tahun 2016 lepas ... urusan kerja proses mewangikan rumah busuk masih berjalan seperti biasa
2. Dua minggu saya bercuti rehat bersama family di Hong Kong pada penghujung disember tahun 2016 lepas ... saya masih berpeluang menang lelongan awam sebuah rumah busuk unit corner lot landed di klang selangor
Alhamdulillah
Habis membaca mohon SHARE kan yer untuk manfaat kenkawan yang lain
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
No comments:
Post a Comment