23 July 2017

7 kesilapan 

7 KESILAPAN RUMAH BUSUK


Antara kesilapan yang harus di elak kan dalam melayan hobi hartanah rumah busuk iaitu


1. Tiada bajet bayar baki 90%:

Saya bagi contoh jika beli rumah busuk melalui lelongan awam

Mampu sediakan wang deposit 10%

Kos pengurusan agent pun mampu bayar

Tapi tiada bajet tunai untuk bayar baki 90%

Malah nak mohon pembiayaan bank pun tidak layak juga


2. Tiada wang nak bayar kos lawyer:

Apabila membeli rumah busuk samada melalui lelongan awam atau kaedah subsale

Mesti perlu sediakan wang untuk kos fee pihak lawyer

Kos anggaran sekitar 5% dari harga rumah termasuk bayaran sijil setem duti ke lhdn (sediakan anggaran bajet sekitar 6% lebih selamat kerana harga berbeza beza ikut kes)


3. Tiada bajet nak baiki:

Jika dah nama pun rumah busuk

Pada kebiasaan dalam keadaan uzur dan buruk

Perlu sediakan bajet untuk kos membaik pulih

Paling tidak pun untuk menjadikan rumah dalam keadaan basic asal semula bagi tujuan boleh didiami

Jika ada bajet lebih boleh merancang untuk ubahsuai menjadi rumah yang sangat wangi 


4. Kawasan jin bertendang:

Mentang mentang lah nama nya rumah busuk

Betoi betoi dicari "kawasan jin bertendang"

Maksud saya ialah kawasan rumah yang jauh dari kemudahan awam

Orang lain pun tak mahu tinggal dan sewa di kawasan itu

Tup tup korang pulak pilih dengan suka hati untuk membeli

Masaklah citer nya


5. Tiada ilmu nak wangi kan:

Nama pun rumah busuk

Maka perlu usaha untuk wangikan rumah

Mesti nak ada ilmu nak wangikan 

Ada idea nak buat ubahsuai

Ada skil untuk berbincang dengan pihak kontraktor

Jangan sampai tersontot pulak

Malah perlu pilih kontraktor yang jujur dan baik


6. Tiada mentor untuk bantu:

Carilah mentor yang sesuai untuk bantu anda

Kekadang kita tak tahu apa yang kita tak tahu sebenar nya

Apabila ada masalah maka ada tempat untuk mengadu atau bertanya

Anggaplah sebagai guru kita


7. Pasangan tidak menyokong:

Nak layan rumah busuk ini kekadang modalnya kasar

Bukan setakat seringgit atau sepuluh ringgit

Maka pasangan juga perlu menyokong sepenuhnya 

Jika dia tak setuju agak payah nak jalan seiring

Buatnya pasangan jenis membebel mak nenek

Jenuh lah jawabnya


Kesimpulan nya pastikan 7 kesilapan di atas tidak dilakukan sewaktu nak layan rumah busuk

Besar impaknya jika berlaku

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebenar salah satu siri kes rumah lelong di dalam tandas sebuah rumah busuk yang saya miliki


No comments:

Post a Comment