06 July 2017

Runner 

RUNNER BAGI RUMAH BUSUK


Dalam kesibukan kita menjalan kan aktiviti harian

Udah pasti kita kekadang tak mampu untuk terkejar ke sana terkejar ke sini dalam masa serentak

Maka cara alternatif yang ada kita minta lah bantuan dari rakan-rakan "runner" yang ada di pasaran

"Runner" membawa maksud seorang pembantu yang boleh memberikan perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat atau barang yang kita perlukan dengan memberikan kadar upah yang berpatutan

Dengan ada nya runner yang cergas

Maka kita akan boleh memperolehi informasi yang berkaitan dengan lebih cepat dan pantas

Seperti contoh:

1. gambar rumah busuk

2. kedudukan rumah busuk

3. infra yang ada di sekitar berhampiran rumah busuk 

4. carian persendirian di pejabat tanah

5. cukai pintu yang tertunggak di majlis

6. cukai tanah yang tertunggak di pejabat tanah

7. bil bil utiliti tnb, air, iwk, bil maintenance 

8. yang lain lain berkaitan

Bagi saya dengan adanya pembantu begini sangat membantu dalam urusan seharian kita

Macam saya memang tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk membuat perkara di atas secara bersendirian

Layan hobi rumah busuk tetap berjalan walaupun sesibuk mana sekalipun

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar yang saya selpie adalah gambar sebenar projek terkini mewangikan rumah busuk


No comments:

Post a Comment