21 July 2017

Skandal

SKANDAL RUMAH BUSUK


Jika korang dah mula terjebak dengan "skandal rumah busuk"

Yang saya maksud kan skandal rumah busuk ialah korang dah mula berjinak jinak dengan rumah busuk samada melalui pembelian subsale atau kaedah lelongan awam

Maklumlah rumah busuk ini sebahagian besar nya dalam keadaan uzur dan buruk

.

.

Korang perlu berusaha untuk pastikan pasangan korang paham situasi ini dengan tindakan tindakan berikut:

1. Korang kena jelaskan kepada pasangan masing masing tentang senario rumah busuk

2. Jelaskan bahawa rumah busuk mempunyai potensi nilai yang tinggi apabila telah menjadi rumah wangi

3. Bawa sekali pasangan apabila melawat rumah busuk

4. Tarik pasangan korang untuk get involve sewaktu proses ubahsuai ... contohnya beri peluang kepada pasangan korang untuk pilih warna tiles atau warna cat ... dengan cara ini akan menarik minat pasangan korang

5. Berkongsi apa apa isu/masalah dalam proses mewangikan rumah busuk

6. Jika korang pergi/hadir seminar berkaitan hartanah ... pastikan pasangan dapat hadir bersama supaya senang untuk proses pembelajaran bab bab hartanah 

7. Jemputlah pasangan anda follow ceriter rumah busuk oleh "Ir. AJAK" di fesbuk www.facebook.com/abdulrazakbinkamarudinatau jika berpeluang personal coaching dengan "Ir. AJAK" pun bawalah bersama sama

.

.

Kisah benar:

Pada peringkat awal pembabitan saya memburu rumah busuk dan melayan hobi rumah busuk 

Saya juga menghadapi keadaan yang wife saya tidak menyokong minat saya ini

Wife saya pernah cakap "orang lain beli rumah yang cantek cantek ... tapi abang beli rumah yang buruk ... pelik lah"

Mengambil masa juga saya perlu meyakinkan wife saya bahawa rumah busuk ada potensi besar

.

.

Tapi skrang wife saya adalah penyokong kuat melayan hobi rumah busuk 

Wife banyak membantu saya dalam transaksi rumah busuk

Mana kan mampu untuk saya bergerak berseorangan

Betoikan 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebelum

Gambar selepas

Adalah kes sebenar salah satu rumah busuk


No comments:

Post a Comment