Nak mainten stamina layan rumah busuk weh
Jom arr😀
Today 31 Disember 2017
Hari terakhir bagi kalendar tahun ini
Rutin tahunan saya pergi jumpa doktor gigi
Awal dari takwim biasa
Biasanya pada awal tahun baru pergi
Rutin tahunan ini
Saya memang takut
Saya sangat gerun jumpa doktor gigi
Dari kecil saya takut
Sampai lah ke umur 43 tahu dah nie
Saya pengecut untuk jumpa doktor gigi
Tapi saya gagah kan jua untuk menjaga kesihatan
Pernah saya satu tahun yang terdahulu
Cabut gigi geraham bongsu yang melintang tumbuh di bawah gusi
Geraham tur langsung tak nampak pun
Dia tumbuh melintang dan langgar geraham yang sebelah
Buat minor pembedahan ... belah gusi ... cari geraham tur ... cabut kan gusi yang melintang tur ... bergoyang goyang kepala saya ... ada 2 batang berkeadaan begitur ... kiri kanan ... selang seminggu saya datang ke klinik ... kos pun agak tinggi ... jika tak silap lebih seribu untuk 2 kali datang tur ... berjam jugak lah doktor buat kerja tur ... doktor risau agar saya jangan pengsan ... pengalaman sungguh ... Allahuakbar
Kali nie dah mula bawa kidos bersekali untuk check gigi dan scaling cuci gigi
Mereka pun takut gak
Tapi saya cuba pujuk
Padahal saya pun takut
Adoii ... jangan kutuk saya yer
Dengor kelentang kelentung alat alat doktor tur pun dah seram duduk kat luor bilik menunggu
Kekadang bilik doktor sejuk dengan aircon plak tur
Korang ada berani ker jumpa doktor gigi ?
Cer citer sket pengalaman tur
😀
Ir. AJAK
1. Kerjaya:
Mengekalkan kerjaya saya sebagai seorang Jurutera Awam Profesional Dengan Perakuan Amalan (Ir.)
2. Seminar:
Berpeluang untuk mengadakan seminar berkaitan hartanah rumah busuk bersama rakan SIT di seremban
Menerima jemputan speaker rumah busuk: mega sharing hartanah, usim, viva hartanah, kwsp, grand seminar sit
Dengan niat untuk berkongsi ilmu & pengalaman
Di samping mendidik anak bangsa serta membina networking
3. Rumah busuk:
Berpeluang untuk meneruskan hobi hartanah rumah busuk
Mewangikan beberapa unit rumah busuk:
1. January: rumah kluster 2 tingkat seremban
2. Mac: rumah teres unit tengah seremban
3. April: rumah teres unit tengah di bandar seremban
4. Mei: rumah teres unit tengah sikamat seremban
5. Julai: rumah semi d seremban
6. September: unit tepi rumah teres 2 tingkat di klang selangor
7. November: rumah teres unit tengah sikamat seremban
4. Audit lhdn:
Dipanggil oleh pihak lembaga hasil dalam negeri buat kali ke 2 (kali pertama pada tahun 2015)
Pengalaman yang sangat berharga & gerun gak
Perlu membayar cukai tambahan sejumlah ber angka angka jugak lah
Kemudahan kiraan jadual RPGT ditarik balik bermula tahun 2011 ... pengecualian RM10k setiap kes hartanah juga di tarik balik ... adus seram!
5. Ikon lanai:
Berpeluang untuk menjadi ikon hartanah di ruangan lanai di akhbar sinar harian
Rasa seronok berpeluang masuk gambar di dada akhbar sebanyak 2 mukasurat
6. Umrah ramadhan:
ALLAH swt izinkan saya untuk meminjam nikmat NYA untuk merasai berpuasa & sholat sunat tarawih di kota suci madinah & mekah
7. Holiday:
Meneruskan aktiviti tahunan saya bersama family untuk bonding & quality time sambil refresh idea rumah busuk
Kota london kali ke 3
Kota paris kali ke 2
8. Azam 2018:
Saya berazam untuk tahun 2018 bagi perkara berikut dengan berdoa izin dari NYA:
1. Istiqamah untuk terus memohon pengampunan dari ALLAH swt atas kekurangan saya sebagai hamba
2. Kekalkan semua aktiviti yang saya telah capai bagi tahun 2017 dan lakukan penambahbaikan ke arah lebih sempurna
3. Meneruskan aktiviti layan hobi hartanah rumah busuk
9. Menulis di facebook:
Berterusan berpeluang menulis di wall facebook berkaitan dengan tajuk rumah busuk dari saban hari ke saban hari untuk renungan dan tatapan lebih 23 ribu followers
10. Ukhwah silaturrahim:
Mencari ruang dan peluang untuk meneruskan ukhwah silaturrahim dengan semua insan di sekeliling saya
Moga ALLAH swt memanjangkan usia dan murah kan rezki kita semua
11. Doa:
Berkat doa dan sokongan dari ibu, adik adik, isteri, anak anak & kenkawan kalian semua
Saya berada di tahap ini
Tanpa kalian semua siapalah saya ini
Kesyukuran dilafazkan Alhamdulillah
12. Izin ALLAH:
Semua yang tercatat ini dengan izin dan aturan dari ALLAH swt jua
Saya dengan rasa rendah diri melafazkan setinggi tinggi kesyukuran Alhamdulillah
Saya dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk memohon segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH swt untuk perjuangan seterusnya
InsyaAllah
Aamiin
13. Nota:
Terus terang saya cakap
Tiada niat untuk berbangga dan riak atau ujub
Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman
Saya mohon maaf di atas segala kesilapan dan kelemahan diri saya dari hujung rambut hingga ke jari kaki di sepanjang kita mengenali
14. SELAMAT TAHUN BARU 2018
Saya mendoakan kejayaan kalian kenkawan semua
InsyaAllah
Aamiin
Yuhuu satu kali 😀
Tagline:
Ingat rumah busuk
Ingat Ir. AJAK
Tapi
Ir. AJAK tak busuk tau !
Catatan:
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
31 Disember 2017
Dah sampai di tgv
6 tiket dah di tangan
Popcorn dah beli
Masa ngan kidos layan skrin besor
Jumanji
Layan jer di ujung minggu yang panjang
😀
Mencari keredhoan dari NYA
Menjalankan tanggungjawab
Bayar lagi untuk tahun 2017
Berkongsi rezki
Alhamdulillah
Peranan:
Cat merupakan elemen yang sangat penting dalam rumah busuk
Cat memainkan peranan untuk:
1. Mencantekkan dinding
2. Melindung dinding dari rosak
Pilihan:
Pilihan waarna cat juga perlu bersesuaian dan tepat
Pilihan warna ini agak subjektif sifatnya
Ada orang yang akan suka warna yang ini tapi tidak semestinya orang lai akan suka jugak
Lain lah yang rabun warna ... tiada pilihan lah yer
Harga:
Harga yang ditetapkan di pasaran agak berbeza
Harga kadangkala bergantung kepada faktor:
1. Jenama cat
2. Kuantiti yang dibeli
3. Kualiti juga berbeza
4. Jenis cat yang dalam bangunan atau di luar bangunan
5. Warna yang biasa atau yang pastel warna baru
Pilihan saya:
Pilihan warna saya ikut mood
Kekadang warna ini
Kekadang warna itu
Kekadang saya minta pandangan wife
Kekadang saya minta pandangan kenkawan
Kekadang saya gabungkan jer
Kekadang ikut bajet gak ler
Memang tak tentu pilihan warna nie
Tahun 2018:
Selesai kan mengecat sebuah rumah hingga minggu depan
Ehhh minggu depan dah masuk tahun baru 2018
Selesai rumah ini ... akan beralih ke rumah busuk yang lain plak
Jadual dah tersusun untuk tahun 2018
Wow tak sabo nak penuhi jadual hobi hartanah rumah busuk untuk tahun 2018
Ohsem gitur
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Aku punya kriss modenas warna hitam tur jer ...
Bukan yamaha yang warna kuning ...
Belum mampu nak beli superbike ...
Aduduuu 😀
Ini ceriter malam tadi
Selepas sholat isyak
Sempat lepak dengan kenkawan
Eratkan ukhwah silaturrahim
Makan buah kurma ajwa sambil ambil berkat Datuk Haji Mohamad Ali Ramli yang baru balik dari ibadah umrah
Syok jumpa kalian kenkawan
Izatul Azhar
Azman Zakaria
Aji pojan
Aji jeme
Aji miz
Sambil kita bernetworking
Alhamdulillah
Pintu pintu rumah busuk telah dipasang dengan tombol kunci
1. Pintu utama depan
2. Pintu bilik bilik tidur
3. Pintu belakang
Tombol pintu nie banyak jenis nya
Dari harga serentak sekitar RM15 hingga lah ada yang berharga beratus ringgit yer pun ada
Berbagai pilihan dengan pelbagai rekabentuk yang menjadi minat memasing
Ada yang dari dalam negara dan ada yang diimport
Pilih jer di kedai hardware atau khas di kedai kunci atau kedai pintu
Kekadang rambang mata untuk membuat pilihan
Nak pasang tombol pintu nie kena ada mesin gerudi khas untuk menebuk lubang pada pintu
Pasang kena cara yang betul yer
Jika tak betul nanti pintu tidak boleh tutup dengan rapat
Jangan tersilap tebuk plak ... harga pintu dah beriban harga nya
Hehehee
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Skirting lantai pada tiles rumah busuk telah mula di pasang
Untuk sebuah rumah:
1. Pada porch
2. Pada hall
3. Pada bilik bilik tidur
4. Pada ruang dapur
Skirting nie apabila dipasang nampak lebih kemas pada sesebuah lantai (pada mata saya lah yer)
Lagi satu sebab apabila kita mengemop lantai akan mengurangkan terkena air pada cat di tepi dinding
Maka cat akan terpelihara
Rumah busuk makin nampak semakin wangi
Next week tahun baru 2018 akan mula mengecat untuk sebuah rumah
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Saya tinggal di rumah teres
Unit tengah
Tiada tanah untuk tanam pokok rambutan
Tadi saya beli 2 kilo
Sekilo RM10
Maka 2 kilo RM20
Tempat korang berapa harga sekilo yer
.
.
Masa zaman saya kecil kecil dulu
Dijual ikat ikat
Ikut besar ikat maybe sekitar 3 ke 5 ringgit
Jika kat kampung kekadang ada jiran bagi panjat pokok mereka
Itu memori saya dahulu
😀
Harga boleh semak di kedai hardware atau di kedai pintu
Kos sangat berbeza di lokasi disebabkan beberapa faktor:
1. Beli dengan harga kontraktor
2. Beli dengan harga sendiri yang tak pernah beli (sesekali jer yang beli)
3. Cash n carry ... Guna transport sendiri
4. Beli bersekali dengan frame pintu
5. Nampak macam sama tapi kualiti banyak jenis ... maka setiap pintu tak sama
6. Saiz juga berbeza
7. Beli yang dah siap shelek atau tidak
8. Tombol pintu pun berbeza harga
9. Beli sebuah pintu atau banyak
10. Bayar tunai atau kad kredit (tambah 2 atau 3 percent)
Semua berbeza kos disebabkan faktor atas
Itu pandangan saya yer
Belum masuk upah pasang atau upah angkat pintu yang berat tur
Jika tak padan kena potong sket
Upah cat lain harga
Nak beli cat lagi
Nak bagi licin lagi dengan guna kertas pasir
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Cuti:
Hujung tahun gini
Ramai yang ambil cuti rehat
Sambung cuti krismas
Mungkin juga sambung cuti tahun baru 2018
Ambil 4 hari cuti boleh bersambung jadi panjang
Cik neelofa pun bercuti di dubai
Abang fatah amin & fazura kesejukan di london
Di mesia panas macam biasa ler
Pintu kayu:
Aktiviti rumah busuk diteruskan juga
Cuti hujung tahun ker tidak jadi hal
Terus jalan kejar jadual yang saya tetapkan
Progres makin banyak dah
Dah nampak iras iras rumah wangi
Dah pasang pintu kayu
Tingkap belum pasang lagi ler
Istiqamah:
Nak layan rumah busuk nie
Buat dek jer apa orang nak cakap
Netizen memang macam macam kutuk kan
Saya terus istiqamah
Nie jer hobi saya mampu buat
Hobi melancong ke oberc hanya setahun sekali berpeluang bersama family
Nak layan superbike tak der lesen b full
Nak layan awex macam cik neelopak saya tak ensem macam abam patah dan saya tak kaya pun
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Bersepah sket
Sewaktu buat kerja rumah busuk
Minta ampun kat jiran kiri kanan depan belakang
Tak bleh nak elak keadaan gini
Apabila dah siap nanti
Pasti akan dibersihkan sebaiknya
Itu dah jadi kelaziman geng kontraktor saya
Pasti akan dibersihkan sesempurnanya
Tempat agak terhad
Nak letak bahan binaan
Nak bancuh simen
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Lautan mana yang tidak bergelora
Pasti akan berombak dan beralun
Kesukaran untuk menempuh lautan itu
Cabaran juga makin terasa untuk layan hartanah rumah busuk
Antara cabaran yang dihadapi ialah:
1. Makin ramai yang berminat untuk memiliki rumah busuk
Mungkin disebabkan kesedaran makin ada
Ada nya seminar yang di anjurkan oleh sifu hartanah
Kan kan rakan SIT: Encik Kamal Sharezad Musa Aishah Kamil Ija Syariza Khairul Amal Mahmud Hafiz Zainudin
2. Makin ramai pembida apabila ada lelongan awam
Bukan setakat 5 orang tetapi kekadang lebih dari 15 orang untuk satu satu unit
Makin ghairah pembida untuk menang bagi unit hartanah itu
3. Harga rizab RP lelong pun dah mula tinggi berbanding dengan 3 tahun yang lepas
Daripada pemerhatian saya yang berkecimpung sejak bertahun dolu
Ada yang macam dah naik 30% berbanding 3 tahun lepas
4. Keadaan rumah busuk pun sangat uzur dan seram
Lagi lama rumah tersebut ditinggalkan
Makin teruk keadaan rumah itu
Fizikal rumah makin uzur
Malah ada semak samun pokok dah membesar di depan rumah
5. Kos yang terlibat untuk mewangi kan makin tinggi
Bab kos nie yang sensitip sket
Nak cantik kan rumah perlu kan kos
Lojik nya nak ubahsuai itu dan ini akan melibatkan kos yang mungkin tinggi
6. Kontraktor pulak mula demand harga
Dengan alasan kos bahan binaan makin naik harga
Kos upah pekerja makin tinggi kerana sukar untuk dapat pekerja yang mahir
Mungkin faktor GST juga tidak terkecuali
7. Tempoh masa nak keluar kan dokumen
Makin panjang kerana diberi alasan kes kes semakin banyak di handle terutama di mahkamah
Yer lah kan setiap hari kekadang ada sampai lebih 5 kes dibida
Cuber dikira dalam sebulan ada berapa kes pulak
Staf yang handle banyak itu jer
Cuba lah korang kaji perkara ini
Dah ada keyakinan baru buat sesuatu perkara itu dengan lebih yakin
Saya sekadar layan hobi hartanah jer
SHARE kan untuk manfaat kenkawan yer
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Ujung ujung tahun nie ada sket lemau nak layan rumah busuk
Tapi semangat itu makin kembali membuak naik apabila nengok table top dah hampir nak siap di rumah busuk
Makin hari makin sempurna untuk bahagian dapur
Syok melayan hobi hartanah rumah busuk nie
Ir. AJAK
Nak belajor masak udang galah sepit biru ...
Fresh Idup melompat lagi naik dari sungai ...
Sempat beli 2 kilo ....
Nak masak apa yer yang sodap ...
Kat umah emak nie coti panjang ujung minggu ...
😀
Lewat petang semalam
Sempat singgah di rumah busuk
Progres makin hari makin banyak perubahan
Tiles lantai porch rumah busuk makin mewangi
Nampak luas dan selesa untuk parking kereta
Girang hati tengok porch gini
Dari potang khamis hingga pagi jemaat masih terasa girang nyer ... Hehehee
I like 😀
Ir. AJAK
Alhamdulillah
Nikmat sungguh dapat berbuka puasa dengan menu masakan isteri
Siakap nie febret saya tau
Bertambah nasi
Sedap 😀👍
Sewaktu mula nak layan hobi rumah busuk suatu ketika dolu dolu
Realiti yang perlu saya hadapi
Telinga kena tebal sket:
1. Wife saya pun pelik dengan hobi saya nie ... orang beli rumah yang cantik ... saya pilih rumah yang uzur
2. Kidos pun cakap “asyik beli rumah busuk jer”
3. Kenkawan duk kata “aiii pasal hal kau beli rumah zombie nie”
4. Jiran rumah busuk pun cakap “kau nie biar betoi nak beli rumah buruk nie haa”
Maka mahu tak mahu
Kena tebalkan telinga yer
Apa orang nak cakap
Buat dek jer lah
Lama lama dah biasa
Alah bisa tegal biasa (betoi ker ayat nie)
Sampai orang cakap “Ajak yang mana satu ... Ir. AJAK RUMAH BUSUK tur ler”
Terus lekat gelaran segitur
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Jika korang dah ada hasrat untuk memiliki rumah busuk
Jangan berputus asa untuk terus usaha mendapatkannya
Ada 8 usaha buru rumah busuk:
1. Lihat iklan di laman-laman web
Lihat jer laman web seperti
Www.mudah.my
Www.propertyguru.com.my
2. Baca iklan di suratkhabar
Usahakan untuk membelek ruangan iklan di surat khabar utama negara
Memang terdapat ruangan iklan
3. Bertanyerkan agent REN
Cari jalan untuk kenali agent REN
Mereka ini sangat boleh membantu anda mencarikan listing
4. Selalur lihat iklan di wall fb kenkawan agent REN
Cara yang agak mudah
Add fren atau follow fb mana mana agent REN
Mereka selalur up listing di wall mereka
5. Ronda di kawasan sekitar taman
Cari ruang masa untuk ronda ronda kawasan taman perumahan
Kekadang ada di gantung iklan di pintu pagar
6. Rajin lihat notis lelongan awam
Jika nak masuk lelong
Notis ada di tampal di papan iklan di mahkamah, pejabat tanah & pejabat pelelong
7. Ambil peduli iklan di tiang atau tampal di pokok
Jika rajin lagi mesti selalur lihat iklan yang di tampal di pokok atau tiang lampu dan tiang traffic light juga
8. Tanyer jer kenkawan jika mereka nak jual rumah busuk
Ringan kan mulut untuk bertanya kan kepada kenkawan yang kita kenal
Mungkin mereka nak jual rumah ker
Boleh nego harga kasih sayang sebagai kawan
Yang penting teruskan usaha tanpa jemu
Pasti akan ketemu peluang untuk miliki rumah busuk
InsyaAllah 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Progres bagi projek terkini rumah busuk makin menyerlah
Tiles lantai bahagian porch sudah mula di pasang secara berperingkat
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Hari ini saya bercoti rehat
Banyak urusan yang cuba diselesaikan
Urusan peribadi
Termasuk urusan di pejabat zakat
Terasa sangat gembira
Kerana saya diberi peluang oleh ALLAH s.w.t untuk menunaikan kewajipan berzakat untuk tahun ini setelah cukup haul dan nisab
Ini target peribadi saya
Ini KPI saya setiap tahun
Ini matlamat saya
Berusaha bersungguh sungguh untuk meningkat bayaran zakat setiap tahun untuk peribadi diri saya
Saya selalur berdoa agar diberi peluang agar mampu meningkatkan jumlahnya
Agar hasil tersebut membolehkan saya menunaikan kewajipan berzakat
Untuk kebaikan asnaf yang berhak
Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah berjaya menunaikan untuk tahun 2017
Moga rezki yang diperolehi beroleh keberkatan
Moga tahun depan 2018 akan memberi peluang untuk saya berbuat sedemikian rupa untuk kesekian kalinya
Diberi kesihatan dan kelapangan yang baik
InsyaAllah
Aamiin
😄
Ir. AJAK
Masa kecik kecik dolu
Ada gak saya bercita cita nak jadik cikgu
Tapi belajar pun tak berapa nak cerdik
Masa sekolah rendah ... selalu dapat nombor berbelas belas dalam kelas ... malu rasanya
Lagi pun mata pulak juling
Kang sia sia anak murid kutuk kutuk saya
“Cikgu yang mana satu ... alah Cikgu Ir. AJAK yang juling tur”
Adusss
.
.
Silap silap haribulan ... tiap tiap bulan turun naik court
Aduduuu
Ir. AJAK
Nota:
Berdiri belakang tiang kat museum di Paris 😀... sambil merenung masa depan
Alhamdulillah
Menang lelong untuk kesekian kalinya
Dengan izin dari ALLAH
Penuh kesyukuran dilafazkan ke hadrat ILAHI
Penutup untuk tahun 2017
Stok rumah busuk untuk tahun 2018 tahun depan
Rumah yang dimenangi dalam keadaan “agak uzur” seadanya
Today saya ambil cuti rehat
Actually ada urusan pelbagai untuk kidos di sekolah dan beberapa lokasi lain
Nyambil tur singgah di mahkamah untuk sesajer joint lelongan awam
Manfaat kan waktu sebaik nya
Cuti rehat tahunan pun masih ada berbaki lagi 5 hari untuk kegunaan tahun ini 2017
Eloklah ambik kan kan
Maybe jika tiada aral minggu depan boleh apply cuti rehat lagi
Terima kasih kepada kalian yang senantiasa menyokong dan mendoakan saya
InsyaAllah
Aamiin
Ir. AJAK
Nota:
Ada kegusaran sedikit di fikiran nak uplud selalur aktiviti rumah busuk
Kang di gelar kapitalis plak
Yuhuu😀
Jika dah terjebak dengan kancah rumah busuk
Mahu tak mahu kena selalu jumpa kontraktor dan berbincang dengan beliau
Mungkin kadangkala perlu berulang kali plak tur
Maklum sahajalah untuk:
1. Bincang cara kerja ubahsuai
2. Bincang tentang skop kerja
3. Bincang jumlah kos terlibat
4. Bincang masalah yang timbul sewaktu proses ubahsuai
5. Bincang perubahan skop kerja
6. Bincang supaya tempoh masa tidak lari
7. Bincang juga koordinasi antara kontraktor dengan kontraktor
Ini bermakna aktiviti rumah busuk bukan suatu kerja yang mudah dan boleh dipandang remeh yer
Kerja rumah busuk adalah kerja yang saya anggap penting kerana melibat masa dan implikasi kos
Yuhuuu 😀
Ir. AJAK
Beriya kidos nak ke sini
Rupa nya ManCity dah up skrang
Kemuncak di liga inggeris dengan 16 kali kemenangan
Gitur kisah nya
Hasrat berkongsi cerita rumah busuk adalah untuk memberi pendedahan kepada kenkawan tentang potensi rumah busuk
Saya berkongsi pengalaman secara hands on jugak
Walk the talk
Tiada niat untuk berbangga atau menjadi ujub
Jauh sekali sekadar untuk menjual air liur
Tak terlintas langsung untuk mendidik kenkawan menjadi kapitalis
Jangan sentap plak saya taip gini yer di pagi monday blues nie
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Seharian handle di seminar today
Lewat potang baru sempat bawak kidos
Sewaktu 2 minggu di Paris & London
Rindu nak makan kat sini oleh si kidos
Family first
Bonding time
Huhuhu 😀