Allahuakbar
Betapa indah bumi ciptaan Allah
Dengan cuaca yang berbeza
Rupa paras umat yang berbeza
Bahasa yang berbeza
Berbagai latarbelakang
Berbagai taraf hidup
Saiz badan pun berbeza
.
.
Bermusafir di bumi Allah
Menginsafi diri ku yang serba daif
Diriku yang serba kekurangan
Namun rezki Allah itu luas
Aku mensyukuri segala pinjaman dari NYA
Moga kerendahan diri menjadi tunjang kehidupan seharian
.
.
Bermusafir ini memberi seribu erti
Walaupun bukan selalu
Hanya aktiviti tahunan
Namun aku amat gembira berkelana di bumi indah ciptaan MU
Ku kutip keindahan kehidupan ini untuk membajai perjalanan harian
Alhamdulillah kepada MU ku lafaz kesyukuran
Aamiin
😀👍
No comments:
Post a Comment