24 December 2017

7 cabaran

7 CABARAN RUMAH BUSUK


Lautan mana yang tidak bergelora

Pasti akan berombak dan beralun

Kesukaran untuk menempuh lautan itu

Cabaran juga makin terasa untuk layan hartanah rumah busuk


Antara cabaran yang dihadapi ialah:

1. Makin ramai yang berminat untuk memiliki rumah busuk

Mungkin disebabkan kesedaran makin ada

Ada nya seminar yang di anjurkan oleh sifu hartanah 

Kan kan rakan SIT: Encik Kamal Sharezad Musa Aishah Kamil Ija Syariza Khairul Amal Mahmud Hafiz Zainudin


2. Makin ramai pembida apabila ada lelongan awam

Bukan setakat 5 orang tetapi kekadang lebih dari 15 orang untuk satu satu unit

Makin ghairah pembida untuk menang bagi unit hartanah itu


3. Harga rizab RP lelong pun dah mula tinggi berbanding dengan 3 tahun yang lepas

Daripada pemerhatian saya yang berkecimpung sejak bertahun dolu

Ada yang macam dah naik 30% berbanding 3 tahun lepas


4. Keadaan rumah busuk pun sangat uzur dan seram

Lagi lama rumah tersebut ditinggalkan

Makin teruk keadaan rumah itu

Fizikal rumah makin uzur

Malah ada semak samun pokok dah membesar di depan rumah


5. Kos yang terlibat untuk mewangi kan makin tinggi

Bab kos nie yang sensitip sket

Nak cantik kan rumah perlu kan kos

Lojik nya nak ubahsuai itu dan ini akan melibatkan kos yang mungkin tinggi


6. Kontraktor pulak mula demand harga

Dengan alasan kos bahan binaan makin naik harga

Kos upah pekerja makin tinggi kerana sukar untuk dapat pekerja yang mahir

Mungkin faktor GST juga tidak terkecuali


7. Tempoh masa nak keluar kan dokumen

Makin panjang kerana diberi alasan kes kes semakin banyak di handle terutama di mahkamah

Yer lah kan setiap hari kekadang ada sampai lebih 5 kes dibida

Cuber dikira dalam sebulan ada berapa kes pulak

Staf yang handle banyak itu jer


Cuba lah korang kaji perkara ini

Dah ada keyakinan baru buat sesuatu perkara itu dengan lebih yakin


Saya sekadar layan hobi hartanah jer

SHARE kan untuk manfaat kenkawan yer

Yuhuu😀


Ir. AJAK


No comments:

Post a Comment