09 December 2017

Manfaat 

15 PIHAK DAPAT MANFAAT TRANSAKSI RUMAH BUSUK


Rumah busuk yang telah menjadi rumah wangi akan beri banyak faedah kepada banyak pihak antara nya ialah:


1. Bantu owner:

Jika sebuah rumah busuk yang dilelong 

Dibeli oleh seseorang 

Maka hutang owner akan dapat diselesaikan 

Jika ada wang lebihan setelah dibayar jumlah hutang owner... wang lebihan akan diserahkan ke owner

Setelah hutang owner selesai ... akan hilang status bankrup

Betoikan Sifu shariza



2. Majlis dapat hasil:

Pihak majlis dapat hasil dari kutipan cukai pintu

Hutang tertunggak dapat di bayar

Betoikan sifu ihsan


3. Pejabat tanah dapat hasil:

Pasti ada cukai tanah yang tertunggak oleh pihak owner

Pemenang rumah lelong akan bayar tunggakan semuanya

Betoikan sifu sharezad


4. Pihak utiliti:

Tnb

Air

Iwk

Akan perolehi hasil macam biasa

Maybe boleh dapat hasil tunggakan juga

Ikut keadaan ler

Betoikan sifu encik kamal


5. Rumah strata:

Jika rumah strata

Pihak JMB juga akan dapat kutip hasil tunggakan maintenance 

Betoikan sifu hafiz


6. Jiran pun heppy:

Apabila rumah telah menjadi wangi

Tidak ada semak samun 

Tidak jadik sarang binatang berbisa

Tidak jadik sarang penagih

Pandangan sekitar rumah jiran nampak lebih cantek

Betoikan aishah


7. Rumah wangi:

Dapat memberi manfaat kepada bakal penyewa 

Jika rumah itu disewakan lah

Lebih dapat nilai jika disewakan kepada kenkawan yang kita kenal dengan kadar yang berpatutan

Tak gitur @amirul


8. Pelelong:

Apabila berlaku proses lelongan awam

Rumah ada pembida yang menang

Maka pelelong dapatlah ganjaran fee

Kongsi rezki nama nya

Betoikan Sifu khairil


9. Agent hartanah:

Agent hartanah juga akan dapat manfaat dari hasil transaksi rumah busuk

Samada bantuan sebelum lelongan atau jualan ke atas rumah yang sudah wangi

Dapatlah agent hartanah rezki bersama

Betoikan Sifu Encik amal


10. Pihak lawyer:

Transaksi rumah busuk pasti tidak melepaskan pihak lawyer untuk dapat hasil fee

Pihak lawyer beri perkhidmatan professional 

Melalui rumah nak di lelong

Selepas lelongan

Jika rumah wangi untuk dijual

Sifu Datuk nadzri


11. Pelukis pelan:

Jika rumah busuk nak diwangikan

Maka rezki juga kepada pihak pelukis pelan untuk melaksanakan proses kelulusan pelan ubahsuai


12. Pihak kontraktor:

Pihak kontraktor juga akan mendapat peluang untuk dapat job untuk repair rumah atau renovation 

Kontraktor binaan

Kontraktor elektrik 

Kontraktor pagar gril

Kontraktor aircon

Kontraktor kabinet 


13. Pihak valuer:

Jika transaksi itu melibatkan pembiayaan rumah

Pasti tidak ketinggalan perunding valuer untuk memberi kan perkhidmatan 


14. Lhdn:

Transaksi rumah busuk tidak melupakan bayaran hasil setem duty kepada pihak kerajaan melalui lhdn


15. Pihak bank:

Manfaat biznes juga kepada pihak bank yang memberikan khidmat perbankan melalui pinjaman ke atas transaksi rumah busuk 

Betoikan sifu bella


Manfaat kepada semua:

Mungkin ada pihak lain lagi yang secara langsung atau tidak langsung akan terlibat dalam transaksi rumah busuk mahupun rumah wangi

Banyak faedahnya melayan rumah busuk ini

Itu sebab saya mengambil inisiatif untuk mewar warkan keseronokan melayan rumah busuk


Ganjaran pahala:

Saya yakin dan pasti

Jika kita penyebab kepada kebaikan dan punca rezki kepada orang lain ... pasti jua Allah akan memberi kan ganjaran pahala kepada kita jua ... InsyaAllah

Dengan 1 transaksi rumah busuk akan memberi faedah sekurangnya kepada 15 pihak yang lain

Betoikan 


Mohon kalian share kan tulisan saya nie

Untuk manfaat kita bersama


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

Holiday Paris

9 Dis 2017


Nota:

Gambar sebenar projek terdahulu bagi rumah busuk menjadi wangi


No comments:

Post a Comment