1. Kerjaya:
Mengekalkan kerjaya saya sebagai seorang Jurutera Awam Profesional Dengan Perakuan Amalan (Ir.)
2. Seminar:
Berpeluang untuk mengadakan seminar berkaitan hartanah rumah busuk bersama rakan SIT di seremban
Menerima jemputan speaker rumah busuk: mega sharing hartanah, usim, viva hartanah, kwsp, grand seminar sit
Dengan niat untuk berkongsi ilmu & pengalaman
Di samping mendidik anak bangsa serta membina networking
3. Rumah busuk:
Berpeluang untuk meneruskan hobi hartanah rumah busuk
Mewangikan beberapa unit rumah busuk:
1. January: rumah kluster 2 tingkat seremban
2. Mac: rumah teres unit tengah seremban
3. April: rumah teres unit tengah di bandar seremban
4. Mei: rumah teres unit tengah sikamat seremban
5. Julai: rumah semi d seremban
6. September: unit tepi rumah teres 2 tingkat di klang selangor
7. November: rumah teres unit tengah sikamat seremban
4. Audit lhdn:
Dipanggil oleh pihak lembaga hasil dalam negeri buat kali ke 2 (kali pertama pada tahun 2015)
Pengalaman yang sangat berharga & gerun gak
Perlu membayar cukai tambahan sejumlah ber angka angka jugak lah
Kemudahan kiraan jadual RPGT ditarik balik bermula tahun 2011 ... pengecualian RM10k setiap kes hartanah juga di tarik balik ... adus seram!
5. Ikon lanai:
Berpeluang untuk menjadi ikon hartanah di ruangan lanai di akhbar sinar harian
Rasa seronok berpeluang masuk gambar di dada akhbar sebanyak 2 mukasurat
6. Umrah ramadhan:
ALLAH swt izinkan saya untuk meminjam nikmat NYA untuk merasai berpuasa & sholat sunat tarawih di kota suci madinah & mekah
7. Holiday:
Meneruskan aktiviti tahunan saya bersama family untuk bonding & quality time sambil refresh idea rumah busuk
Kota london kali ke 3
Kota paris kali ke 2
8. Azam 2018:
Saya berazam untuk tahun 2018 bagi perkara berikut dengan berdoa izin dari NYA:
1. Istiqamah untuk terus memohon pengampunan dari ALLAH swt atas kekurangan saya sebagai hamba
2. Kekalkan semua aktiviti yang saya telah capai bagi tahun 2017 dan lakukan penambahbaikan ke arah lebih sempurna
3. Meneruskan aktiviti layan hobi hartanah rumah busuk
9. Menulis di facebook:
Berterusan berpeluang menulis di wall facebook berkaitan dengan tajuk rumah busuk dari saban hari ke saban hari untuk renungan dan tatapan lebih 23 ribu followers
10. Ukhwah silaturrahim:
Mencari ruang dan peluang untuk meneruskan ukhwah silaturrahim dengan semua insan di sekeliling saya
Moga ALLAH swt memanjangkan usia dan murah kan rezki kita semua
11. Doa:
Berkat doa dan sokongan dari ibu, adik adik, isteri, anak anak & kenkawan kalian semua
Saya berada di tahap ini
Tanpa kalian semua siapalah saya ini
Kesyukuran dilafazkan Alhamdulillah
12. Izin ALLAH:
Semua yang tercatat ini dengan izin dan aturan dari ALLAH swt jua
Saya dengan rasa rendah diri melafazkan setinggi tinggi kesyukuran Alhamdulillah
Saya dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk memohon segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH swt untuk perjuangan seterusnya
InsyaAllah
Aamiin
13. Nota:
Terus terang saya cakap
Tiada niat untuk berbangga dan riak atau ujub
Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman
Saya mohon maaf di atas segala kesilapan dan kelemahan diri saya dari hujung rambut hingga ke jari kaki di sepanjang kita mengenali
14. SELAMAT TAHUN BARU 2018
Saya mendoakan kejayaan kalian kenkawan semua
InsyaAllah
Aamiin
Yuhuu satu kali 😀
Tagline:
Ingat rumah busuk
Ingat Ir. AJAK
Tapi
Ir. AJAK tak busuk tau !
Catatan:
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
31 Disember 2017
No comments:
Post a Comment