31 May 2018

Berapa lama ...

PINTU UTAMA RUMAH BUSUK


Saya bergambar di hadapan pintu utama rumah busuk

Dah tiada pintu

Malah di atas ruang pintu telah ditumbuhi dengan dedaun

Dalam rumah memang macam kapal karam

Memang rumah busuk weh

Saya nak masuk pun terasa seram ... naik bulu roma 👻


Saya berusaha untuk memiliki unit ini

Agak agak korang lah berapa lama rumah ini telah ditinggalkan ?

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk




30 May 2018

Kontraktor

KONTRAKTOR DI PELAWA


Untuk wangi kan rumah busuk

Jadi basic house yang boleh didiami

Lokasi Taman Gadong Jaya (antara Seremban jalan ke KLIA), Negeri Sembilan

Jika berminat boleh inbox PM saya

Saya akan bagi alamat rumah

Pergi lihat & lawat

Boleh beri anggaran quatation

Kita cuba bincang bagi jadik deal nie

Ada 2 unit rumah busuk

Kontraktor yang jujur & komited sahaja

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





Macam raya dah wei

Macam dah raya wei
Berbuka puasa dengan menu
Rendang ayam wife masak
Lemang beli tepi jalan
Sedap nyer
Alhamdulillah




Rendang

Hampir masak




Ruang bilik

RUANG BILIK RUMAH BUSUK SUDAH MULA MEWANGI


Ramai yang suka tengok

Ramai yang akan tertarik

Ramai yang berminat


Apabila ruang bilik rumah busuk sudah mula mewangi:

  1. Plaster siling 
  2. Lampu led 
  3. Kipas siling
  4. Aircon 
  5. Lantai tiles 2x2
  6. Ada skirting
  7. Telah dicat dengan warna pastel
  8. Ada tingkap aluminium frame tinted
  9. Siap pasang gril
  10. Dihiaskan dengan curtain double layer


Memang nampak selesa dan kemas 

Pada waktu bilik tersebut busuk

Kerap di pandang dengan sebelah mata

Itu lah hakikat yang perlu diterima 


Transformasi memang akan nampak perubahan yang amat ketara

Usaha perlu diberikan sepenuh perhatian

Ini lah sentuhan saya dalam melayan hobi hartanah rumah busuk saban hari pada hari cuti 

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





29 May 2018

Curtain

CURTAIN RUMAH BUSUK BAGI MEWANGI


Hari cuti wesak today

Panggil team pasang curtain untuk bagi mewangi rumah busuk

Sajer deco deco untuk layan hobi

Nak tanyer 

Okey ker warna nie

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





Kotor

KOTOR DALAM RUMAH BUSUK


Jika tak suka dengan suasana kotor

Jangan ada hati nak layan hobi hartanah rumah busuk yer

Lebih baik duduk rumah diam diam sambil  nonton drama bersiri cintan cinton dalam astro tur

Jangan terasa hati plak tau !

Today hari cuti umum wesak

Saya ada 4 atau 5 lokasi rumah busuk nak di lawat today

Lokasi yang berbeza beza tau

Bulan Ramadhan Kareem bukan penghalang

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





28 May 2018

Sedap

Sedap gak wife masak

Alhamdulillah 😀👍




Lelongtips

Dah renew setahun lagi sehingga 2019

Senang nak cari info info rumah busuk

Kategori rumah busuk yang di Lelong

Ini salah satu platform untuk saya mencari info

Korang pun jika ada modal 

Boleh lah register daftar kat sini

Bayar yuran tahunan













27 May 2018

Landak

RESEPI MASAMAH DAGING LANDAK


Bahan:

Daging landak 1kg

Kari daging 5 sudu besar

Bawang merah kecil 5 biji

Bawang putih 5 ulas

Gula enau/gula merah sedikit 

Kerisik 1 paket kecil

2 ulas kulit kayu manis

Buah pelaga 10 biji

Bunga lawang 4 biji

Serai sebatang

Santan pekat sekotak kecil

Garam secukup rasa

Minyak zaiton untuk menumis


Cara menyediakan:

Potong daging landak kecil kecil dan basuh bersih

Kupas bawang merah & putih dan tumbuk lumat

Bancuh rempah kari dengan air bagi pekat

Serai ditumbuk pada pangkal bagi pecah


Cara memasak:

Panaskan minyak zaiton

Tumiskan bawang bagi garing sket

Masukkan bancuhan rempah dan bagi sampai pecah minyak

Masukkan gula enau, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,kerisik & serai

Kacau sehingga naik bau

Api gas perlahan jer

Masukkan daging landak dan kacau sebati supaya rempah digaul sebaiknya

Biarkan 5 minit

Masukkan santan pekat

Gaul dan biarkan masak sehingga daging landak empuk masak

Hampir masak masukkan garam secukup rasa

Biarkan kering supaya nampak naik minyak 

Dah masak

Nampak macam sedap 

InsyaAllah tur


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk tapi dah suka memasak di dapur 😀


#rumahbusuk

#hobimasak










Dinding dah pecah ...

DINDING RUMAH BUSUK TELAH MULA DIPECAHKAN


Hari ini cuti hari minggu

Mula kembali layan rumah busuk

Kontraktor tetap meneruskan kerja

Maka saya buat lawatanlah


Bincang bincang dengan kontraktor 

Ada beberapa perkara di buat keputusan:

  1. Kedudukan tandas dalam bilik utama
  2. Leveling lantai untuk porch
  3. Ubah kedudukan meter air


Keputusan dengan kontraktor perlu dibuat dengan sebaiknya 

Pasti perlu tepat pada masa dan waktu

Jika silap akan boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit dan mungkin masa juga

Bab ini perlu berhati hati


Bulan Ramadhan Kareem tidak menghalang saya untuk melayan hobi rumah busuk

Jika tak dilayan terasa buntu fikiran nie

Lain macam penangan hobi nie

Adudu 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





Kapcai

Asalamualaikum 

Kenkawan 

Moga hari ini 11 Ramadhan Karem akan memberi penuh keberkahan buat kalian semua

Saya mendoakan InsyaAllah Aamin 

.

.

Naik kapcai jer nak pergi layan hobi hartanah rumah busuk nie

Sambil panaskan enjin kapcai yang lama terperap kat porch

Bulan posa nie saya slow down sket aktiviti bab rumah busuk


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





26 May 2018

Anniversary 17

ANNIVERSARY 17


Catatan khas buat mu isteri ku tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak:

.

.

Pada hari sabtu today

10 Ramadhan Karem yang penuh barakah

Bulan keberkatan

.

.

Alhamdulillah penuh kesyukuran 

Nikmat jodoh yang berkekalan

Yang dipinjam oleh NYA buat kami

Tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabulkan

.

.

Saat saat manis bercinta

Kata kata indah mesej handphone

Tiada whatsapp masa tur

Sekadar handphone motorola yang gedabak besarnya

.

.

Masa tahun 2001

Aku jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun

Kau gegadis chomei kurus seusia 22 tahun

Jarak usia 5 tahun membezakan kita

.

.

Kita lalui hidup bersama

Saling cuba memahami pada awal usia perkahwinan

Belajar erti kehidupan berkeluarga

Dari seorang kidos kepada 4 kidos heros yang makin membesar kacak belaka

.

.

Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas

Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap

Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef

Menjadikkan aku makin boroi dan gedebus tembam

.

.

Kau tulang belakang dalam family

Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian

Lewat malam baru tidur

Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga

.

.

Tanpa mu yang membantu

Mana mungkin aku boleh melayan hartanah hobi rumah busuk dari hari ke hari sejak bertahun dahulu

Kau makin mahir dalam selok belok bab usahawan hartanah rumah busuk

Abang bangga dengan mu sayang

Ini yang kita sedang giat usahakan kini 

.

.

ALLAH sebaik baik nya pengatur

Aku bersyukur di jodohkan dengan dikau

Memahami apa yang aku mahukan

Ku pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau terus bekerja pada hujung tahun 2002(berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa

.

.

Aku berhasrat untuk menghadiahkan "sebuah rumah busuk" sempena "anniversary kita yang ke 17"

Sebagai menghargai segala penat lelah menjadi surirumah yang terbaek

Akan diusahakan untuk tujuan itu

Tunggu yer sayang jika diizin kan oleh NYA

.

.

Aku berdoa agar jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat

Kekal ke syurga jannah mu YA ALLAH

Itulah doa kami di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang dulu dan sama sama kita mengaminkan doa Di Dataran Kaabah sewaktu tawaf pada umrah bulan Rejab 2 bulan yang lepas

Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah

Alhamdulillah 

.

.

InsyaAllah 

Aamin

26 Mei 2018

😄

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk






22 May 2018

Kalah

SAYA KALAH LELONGAN AWAM


Kalah tur dah dijangka

Menang tur perkara di luar jangka

Kan kan 😀


Kalah lelong untuk kesekian kalinya sejak bertahun tahun dahulu lagi

Dah bisa alah biasa

Semua aturan yang ditetapkan dengan izin dari ALLAH jua

Penuh kesyukuran dilafazkan ke hadrat ILAHI dengan segala peluang pinjaman dari NYA

Stok rumah busuk untuk tahun depan 2019 dah mula disusun sebaiknya sejak awal awal lagi

Rumah yang ada stok di dalam tangan dalam keadaan yang “agak uzur” seadanya


Hari ini saya tidak pergi ke lokasi lelongan awam

Saya tidak berkesempatan kerana ada tugasan lain

Saya hantar wakil untuk uruskan segala urusan yang berkaitan 

Actually saya rindu untuk ke lokasi lelongan awam

Dapat jumpa kenkawan 

Bina networking dan ukhwah silaturrahim 


Terima kasih kepada kalian yang senantiasa menyokong dan mendoakan saya

InsyaAllah Aamiin😀


Ir. AJAK


Nota:

Ada kegusaran sedikit di fikiran nak uplud selalur aktiviti rumah busuk

Kang di gelar kapitalis plak😀


#rumahbusuk





Menteri kabinet

MENTERI KABINET MALAYSIA


Tahniah kepada semua Menteri Kabinet Malaysia yang baru diketuai oleh YAB Perdana Menteri

Selamat mula bertugas kepada Yang Berhormat

Barisan kepimpinan yang mantap

Malaysia baru

Semangat baru


Untuk memacu Negara Malaysia yang gemilang

Semua rakyat berharap dan senantiasa berdoa agar Negara akan terus maju jaya

Rakyat dapat hidup dengan aman damai dan sejahtera

Kos sara hidup yang mampu bagi kita semua rakyat marhaen

Saya juga mahu anak anak bangsa kita semua boleh meneruskan kehidupan yang baik baik pada masa akan datang


Harapan saya

Harapan isteri saya

Harapan anak anak saya

Harapan kalian semua juga

Harapa kita bersama bersama

Harapan melihat Negara Malaysia tercinta


Ini tanahair kita

Ini tanah kita dilahirkan

Mungkin ini juga tanah kita disemadi kan kelak

Kepada ALLAH kita bermohon dan berserah

InsyaAllah 

Amin😀👍


Ir. AJAK

Cuma saya hanya banyak meluangkan masa dengan layan hobi hartanah rumah busuk pada hari cuti hujung minggu & kelepasan am


Nota:

Gambar saya perolehi dari sumber internet google






Sembang

SEMBANG DENGAN JIRAN RUMAH BUSUK


Tatkala saya melawat rumah busuk

Saya akan tinjau dari luar depan, belakang dan sisi

Ada kala nya jiran yang prihatin akan datang menyapa & bertanya:

“Nak beli ker rumah buruk uzur nie”

Saya jawab kekadang ringkas jer:

“Jika diizinkan NYA saya bercadang nak beli rumah busuk yang nie”

Tanya jiran tur lagi:

“Rumah buruk uzur nie dah lama kosong dan di tinggal kan tau ... pagar keliling pun dah semak samun dengan daun pokok menjalar ... sekali tengok seram pun ada”

.

.

Jika korang lah ... nak proceed ker camner ... cer komen sket

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





21 May 2018

Warna cat

WARNA CAT PADA RUMAH BUSUK


Monday blues pada hari ini

Malas nak menaip panjang panjang

Rumah busuk sudah hampir 88% disiapkan

Sudah mula dicat

Belum siap sepenuhnya lagi

Nak tanyer pendapat kat korang lah yer

Okey ker pilihan warna cat sebegini

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk