16 May 2018

Pintu kayu

PINTU PINTU KAYU DI DALAM RUMAH BUSUK


Pintu pintu kayu di dalam rumah busuk telah mula di pasang

Pintu 1.5 daun dengan ada kaca di tengah  daun pintu untuk pintu utama

Tingkap kaca tinted aluminium frame pun dah di pasang 

Ruang porch pun mempunyai cahaya yang cukup

Saya suka tengok keadaan gini

Pintu pintu kayu bagi semua pintu bilik dan tandas juga telah dipasang

Cuma pintu tandas kena tempah khusus kerana saiz agak berbeza dari yang standard ... harga ada sket lebih


Semalam kontraktor elektrik dah masuk semula untuk sambung kerja

Koordinasi yang tepat dengan semua kontraktor membolehkan semua kerja berjalan dengan sempurna


Weken ini dijadualkan geng kontraktor grill akan masuk juga untuk buat pemasangan gril yang telah disiapkan di bengkel 


Moga semua kerja tersebut dipermudahkan untuk proses penyiapan

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






No comments:

Post a Comment