11 May 2018

Bawak kidos

BAWA KIDOS KE RUMAH BUSUK YANG SUDAH MULA NAK MEWANGI


Pagi jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah ini

PRU 14 dah solosai

Mengundi pada 9 mei yang lepas

Keputusan penuh pru pun dah tahu semalam

10 mei Tun M dah angkat sumpah menjadi  YAB PM MALAYSIA yang ke 7 ... Tahniah

Sama sama kita doakan Tun M akan sihat sejahtera dan panjang umur


Cuti yang terluang sempena kemenangan Parti Pakatan Harapan ... sajer saya bawa kidos ke lokasi rumah busuk yang sedang di wangi kan

Mereka teruja melihat progres yang dah ada banyak:

  1. Dah ganti bumbung sebuah rumah
  2. Dah ganti tiles sebuah rumah
  3. Dah ganti semua tingkap tingkap 
  4. Dah ganti semua pintu pintu
  5. Dah ubahsuai kedudukan tandas tandas
  6. Dah sambung saiz dapur
  7. Dah pasang plaster siling
  8. Dah runtuh porch asal dan bina yang baru
  9. Dah bina dinding pagar batu
  10. Dah rewiring baru sebuah rumah
  11. Dah bina table top dan pasang kitchen kabinet
  12. Dah mula cat dinding dalam dan luar rumah


Ayat yang keluar dari mulut kidos “Wah dah berbeza betoi dari keadaan mula asal rumah busuk dan sekarang dah hampir menjadi rumah wangi ... dah mula nak menjadi cantek”


Harapan saya agar suatu hari nanti kidos akan mempunyai minat terhadap aktiviti hobi layan hartanah rumah busuk ini

Sesekali ada masa terluang saya akan cuba bawa mereka bersama

Nak cuba tanamkan minat

Nak cuba jadikan suatu aktiviti riadah

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





No comments:

Post a Comment