5 SEBAB ANTARA MATLAMAT UNTUK MEMILIKI RUMAH BUSUK
Monday blues today
Maybe ada mood yang ke laut yer
Untuk memiliki rumah busuk dengan ada berbagai tujuan
Masing masing ada matlamat yang tertentu
Maka ikut lah tujuan tersebut yang telah ditetapkan oleh korang
Antaranya ada 5 sebab yang sempat saya fikirkan:
1.
Ada yang memiliki rumah busuk dengan tujuan untuk mendapat harga di bawah harga pasaran
Mungkin harga bawah mv sekitar 10% ke 30% lebih rendah gitur
Masih ada di pasaran
Saya yakin masih ada kes seumpama itu
Cuma kena cari lah
Kena usaha lebih sket untuk cari sampai jumpa
Cuma kekadang keadaan rumah mungkin sedikit uzur dan rosak ... maka perlukan usaha untuk di baiki dengan kos yang ter tentu
Mungkin untuk rumah didiami sendiri atau untuk tujuan pelaburan dengan menyewa rumah itu
2.
Ada yang memiliki rumah busuk pada harga pasaran semasa
Disebabkan bajet yang terhad
Maka dia hanya mahu membeli pada harga pasaran sahaja
Jika harga yang ditawarkan lebih tinggi ... cari alternatif rumah yang lain
Cari sampai ketemu
3.
Ada yang mahu memiliki sesebuah rumah busuk walaupun pada harga lebih tinggi dari harga pasaran semasa
Dia tak kisah pun
Sebab mungkin dia ada duit dan disebabkan tujuan tertentu
Contoh rumah yang dekat dengan surau atau masjid ... disebabkan tujuan itu ... dia tetap akan beli walaupun rumah itu mungkin mahal kerana disebabkan matlamat dia itu
Atau contohnya lagi sebuah rumah di depan taman permainan kanak kanak
4.
Ada yang mahu memiliki sebuah rumah busuk dengan harga berapa sahaja yang ditawarkan ... dia tak kisah pun ... dia tak hiraukan tentang harga yang ditawarkan
Dia akan tetap beli
Perkara ini pun hampir sama dengan perkara di 3 di atas
Contoh nya lagi ... seseorang yang kaya mahu memiliki 2 unit rumah di dalam taman yang sama ... dia mahu belikan rumah bernombor 1 untuk isteri yang nombor 1 dan rumah yang bernombor 2 untuk isteri yang nombor 2 ... sebab dia ada matlamat yang jelas ... mahu meletakkan ahli keluarganya berhampiran dan sebelah menyebelah rumah plak tur ... tak gitur ... rare lah kes segini ... hehehehe 😀
5.
Yang kes saya
Saya hanya layan hobi
Kekadang tiada sebab yang khusus
Ikut naluri saya
Ikut kehendak saya
Ikut masa dan keadaan
Jika saya minat rumah itu ... saya akan usahakan
Saya pun tak tahu nak explain
Yang penting saya heppy untuk layan hobi hartanah rumah busuk pada hari cuti hujung minggu
Ini bergantung kepada tujuan masing masing yer
Kita tak boleh paksa orang lain
Kita tak boleh suruh nasihat lebih lebih
Itu semua duit dia orang ... masing masing ada peluang dan hak
Termasuk lah korang yer
Sekadar pandangan saya sahaja tur
Saya main taip jer nie
Jika tersalah bahasa
Saya pohon maaf yer
Yuhuu
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment