31 July 2019

Lelaki macho



Jiran

JIRAN JIRAN SETAMAN RUMAH SAYA


Ini citer malam tadi

Kekadang selepas sholat isyak

Saya akan lepak di mamak berhampiran

Pekena teh tarik

Bersama jiran jiran setaman rumah saya


Sambil borak borak kosong

Ada juga nasihat berguna yang boleh di ambil

Antara nasihat kepada saya yang muda ini:

  1. Masa muda kau jangan sia sia kan
  2. Selain dari cari harta dunia ... saham akhirat jangan dilupakan
  3. Silaturrahim antara kenkawan itu pun penting dijaga
  4. Apabila masuk umur pencen ... macam2 akan jadi kurang berbanding masa mudo mudo ... maka manfaat kan sebaiknya ...
  5. Antara topik lain: jangan nak mengatal nak pasang orang rumah baru ... kang dari hidup selesa teratur akan jadik haru biru tak tentu arah ... saya pun tak pandai nak jelaskan lelebih ... kahkahkah .... 😀


Ir. AJAK


Nota: sesekali kita lepak dengan orang yang lebih senior akan memberi manfaat ... takkan asyik nak lepak sembang dengan geng sesama umur jer kan kan kan 😀





30 July 2019

Sedap

Layan cendol bawah pokok 😀





Cari port

Naik kapcai nak cari port cendol ...




Bako

Lunch today 

Wife bako dalam oven

Mak aiii aroma bau pun dah gilos sedap

Letak pulak minyak zaiton 

Perghh





Toman

IKAN TOMAN


Dah ada yang berminat dengan ikan toman

Akan ada yang akan datang ambil petang ini

2 ekor

Saiz panjang lebih 2 kaki

Berat sekor dianggarkan lebih 2 kg

Ikan sihat cergas

Kuat makan ikan hidup: talipia & keli

Saya suka tengok ikan toman ini berenang dan menyambar makanan

Sekadar menimba pengalaman untuk pelihara ikan besar sebegini


Maybe nak fokus pelihara IKAN KOI sahaja lepas ini

InsyaAllah 


Ir. AJAK 



DAULAT TUANKU ...



Kantoi



Work place

WORK PLACE SAYA DI RUMAH


Pagi cuti pertabalan agong today

Selamat bercuti kepada semua rakyat malaysia

Mesti syok kan dapat bercuti today 

Sajer nak kongsi kan sket cerita


Jika perlukan urusan dokumentasi

Ini lah tempat saya bekerja kat rumah

Berselerak sket keadaan nya

Macam macam ada sekeliling saya

Fail rumah busuk pun bertimbun

Tak sempat nak susun elok elok


Yang penting ada kelengkapan keperluan saya:

  1. Ada kerusi
  2. Ada meja
  3. Ada lampu 
  4. Ada aircon & kipas
  5. Ada komputer 
  6. Ada internet 
  7. Ada stationery yang lengkap ... nak stapler besar pun ada kat tepi kaki tur ... nak puncher besar pun ada untuk senang tebuk lubang
  8. Ada tv kecil nak tengok berita semasa
  9. Nak print & photostat kat luar bilik ada mesin untuk digunakan
  10. Minyak massage pun ado sebotol tauuu ... saya guna masa buat fisio sendiri tangan kiri saya yang patah ... Hehehehe 😀


Kekadang sampai larut malam saya di sini untuk pelbagai urusan berkaitan kerjaya dan hobi

Kat meja saya ini wife n anak2 pun jarang kacau saya buat kerja

Dia orang tahu apabila saya duduk di meja itu buat kerja ... saya sedang fokus sesuatu lah tur

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






29 July 2019

Sambung dating

Sambung dating lagi

Singgah kat sini

Dipahamkan ada menu baru

Cuba jer laaa





Wayang

Layan citer buaya plak laaaa

Panggung pun kosong

Dah ado 2 tiket😀





Roti

Monday blues today 

Ambil cuti rehat 

Dah antor anak ke skolah

Singgah dating ngan wife kat soppink mall

Makan roti jer 😀





28 July 2019

Nasi kerabu

Nasi kerabu

Meriah lauknya

Late bekfes

Sedap😀👍





Porch lagi

PORCH RUMAH BUSUK


Sajer nak tanyer korang

Pepagi hari cuti ahad nie

Sonyuman Ir. AJAK ada manis kaaa ?

Hahahaha 😀


Porch rumah busuk

Dalam peringkat pembinaan

Baru separuh jalan tur

Banyak lagi kerja perlu dilakukan


Rumah 2 tingkat nie

Banyak kerja yang perlu di buat

Berbanding dengan rumah 1 tingkat 

Semua kerja macam 2 kali ganda berbanding 1 tingkat 

Tempoh masa pun akan jadi lebih 


Ada orang berminat dengan 2 tingkat

Mungkin nampak rumah lebih tinggi agaknya

Saya tidak dapat menilai citarasa orang

Cuma pada firasat saya sahaja

Dengan rumah 2 tingkat boleh menambahkan keluasan binaan pada bahagian atas


Yang pasti pada kebiasaannya rumah 2 tingkat bab harga akan lebih tinggi kerana dengan pelbagai faktor

Termasuk kos kos:

  1. Deposit tnb
  2. Deposit air
  3. Kos kerja binaan
  4. Kos rewiring
  5. Kos gril
  6. Kos langsir 
  7. Kos pelbagai 


Saya layan jer hobi hartanah rumah busuk nie

Tukar tukar mood baru syok untuk isi masa lapang

Tak kisah lah:

  1. Rumah 1 tingkat
  2. Rumah 2 tingkat
  3. Rumah corner lot
  4. Rumah end lot
  5. Rumah unit tengah ker


Heppy weken korang yer!

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






27 July 2019

Cair



Teknik

Camner teknik nak memujuk hati wanita ... kongsi sket 😀




Honda city

SERAHKAN KERETA HONDA CITY

Lepas sholat subuh pagi tadi
Di suatu lokasi di seremban 
Saya n wife pergi untuk serahkan kereta
Kereta honda city yang di iklan jual pada malam kelmarin
Dah selesai urusan puspakom B5 dan thumprint di kaunter jpj semalam

Perasaan wife agak sedih jugak
Untuk melepaskan kereta ini
Kerana wife yang guna ke hulu ke hilir di bandar seremban untuk hantar urusan anak anak ke sekolah
Anak ada 4 orang
3 lokasi sekolah yang berlainan tempat

Kereta ini juga untuk wife ke hulu ke hilir untuk urusan pelbagai berkaitan rumah busuk:
1. Lokasi pejabat lawyer
2. Lokasi pejabat tanah
3. Lokasi pejabat majlis
4. Lokasi rumah busuk
5. Lokasi pejabat tnb
6. Lokasi pejabat air
7. Lokasi pejabat iwk
8. Lokasi pejabat perunding pelan 
9. Lokasi pejabat valuer
10. Lokasi bank
11. Lokasi pelelong
12. Lokasi owner rumah
13. Lokasi buyer
14. Lokasi butik curtain
15. Lokasi kedai barangan elektrik
16. Lokasi pelbagai yang berkaitan

Kereta ini banyak berjasa kepada saya n family
Walaupun baru digunapakai dalam tempoh 2 tahun sahaja
Wife beli secondhand pada usecar
Ikut geran wife adalah owner yang ke 2
Kereta ini terjaga n penyelenggaraan yang  berjadual
Odometer pun menunjukkan perjalanan yang berbaloi baloi

Wife ambil keputusan untuk melepaskan kereta ini dengan harga yang rendah sahaja iaitu sekitar 25-30% rendah dari harga pasaran ... on the road tau !
Kerana mahu memberi manfaat kepada insan lain pula
Moga segala perancangan yang baik akan dibalas dengan kebaikan jua suatu hari nanti
Saya n wife amat yakin dengan segala aturan ALLAH
Selalu bersangka baik

Sekadar coretan saya untuk memori saya n wife pada rujukan masa yang akan datang
Kami pasrah dengan segala yang ditentukan
Alhamdulillah dengan segala pinjaman dari NYA😀

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk 

Nota:
1. Wife layan perasaan di dalam kereta yang akan berpisah untuk bertemu dengan tuan yang baru
2. Abang yang dalam gambar itu sebagai rakan yang akan bawa kereta ke lokasi untuk sampaikan kereta kepada owner baru seorang wanita muda
3. Difahamkan owner baru berada di negeri pantai timur. Maka jauh lah perjalanan merentasi beberapa negeri untuk sampai ke destinasi






26 July 2019

Baiki sahaja

RUMAH BUSUK 2 TINGKAT


Rumah busuk 2 tingkat

Kes ini hanya skop kerja dibaiki bagi sempurna didiami sahaja

Tidak ada buat major ubahsuai seperti tambah porch dan sebagainya


Nampak sudah sempurna dilaksanakan:

  1. Baiki mana yang rosak
  2. Pasang plaster siling
  3. Pasang lampu
  4. Ganti lampu 
  5. Baiki table top yang rosak
  6. Pasang simple kitchen kabinet
  7. Pasang pagar
  8. Ganti pintu
  9. Cat seluruh rumah di dalam dan luar rumah


Jarak beratus kilometer dari seremban

Alhamdulillah team yang saya bekerjasama dengan mereka sangat baik n hebat👍

Saya kagum n bangga dengan mereka

Kes ini telah didaftar hakmilik di pejabat tanah oleh pihak lawyer

Dalam masa terdekat akan dapat hakmilik 

Maka dah boleh rancang untuk memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan


Moga usaha yang saya n team lakukan ini akan memberi manfaat yang sempurna kepada insan di luar sana

Moga Allah membuka jalan jalan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat

Usaha yang murni pasti ada ganjaran di sisi NYA di sana kelak

Berkat pada pagi jumaat penghulu segala hari

InsyaAllah Aamiin 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:

Terima kasih kepada team team saya

Kerjasama ini kita akan teruskan

Demi usaha untuk memberi manfaat kepada ummah di luar saya yang memerlukan khidmat kita

Tahniah semua😀👍










Jiwang



25 July 2019

B5

ALKISAH BANGSA “H” DALAM PROSES PENJUALAN


Malam tadi iklan

Tempoh 1 jam deal dengan ramai yang mesej tanda minat

Ada yang betoi betoi berminat untuk hadiah kan kepada wife beliau

Pembeli bank in duit deposit awalan

 

Lepas subuh pagi tadi 

Wife tempah online untuk bawa inspection ke puspakom Senawang 

Jam 11 am pagi bawa kereta serta geran ke puspakom

Lewat petang dah selesai proses inspection

Kelulusan B5 telah diperolehi


Proses seterusnya 

Esok tunggu wang masuk dari pembeli

Wife akan ke jpj untuk thumprint jual kereta

Moga semua urusan akan berjalan dengan lancar

InsyaAllah 😀👍








Hari gaji

Potang nie

Layan duriyan

6 biji 10kg

Hari gaji😀









Atap genting

PORCH RUMAH BUSUK 


Sajer nak tunjuk gambo

Porch rumah busuk sudah naik:

  1. Tiang 
  2. Beam
  3. Kekuda
  4. Atap genting 


Akan dipasang nanti:

  1. Bumbung awning macam wanita pakai tudung bawal dolu dolu tur
  2. Lantai tiles
  3. Plaster siling 
  4. Lampu downlite 
  5. Rewiring autogate 
  6. Pagar besi 4 daun
  7. Dinding pagar batu bata kiri kanan
  8. Cat menarik


Tak sabo nak tunggu siap 

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota:

Rakan kontraktor hantar gambar lewat petang semalam






23 July 2019

Siling rumah busuk

SILING RUMAH BUSUK SUDAH TERLOPONG HABIS


Baiki siling rumah busuk

Tak kan nak biar kan terlopong jer kan

Nanti ada tikus berjalan kat atas tur

Terjatuh atas meja makan sedang kita nak bekfes ker makan 

Cer korang bayang kan yer

Akikikihhhh mesti menjerit kegelian

“Arrrr tikus besar !!!”


Nak baiki siling rumah busuk ada 2 keadaan:


1.

Siling biasa

Jika dah modal kurang di poket

Kita baiki siling jenis biasa jer

Cat elok elok warna putih

Pasti akan nampak sempurna jugak


2.

Plaster siling

Jika ada modal lebih 

Nak nampak cantek

Nak nampak lebih kemas

Boleh pasang plaster siling 

Ditambah dengan lampu bulat & empat segi lampu LED

Pasti teruja tengok

Tapi modalnya lebih sket lah


Pilihan di tangan kita

Ikut kehendak memasing

Cuma ikut kemampuan jugak lah

Sebab kos modal adalah berbeza beza

Malah masa untuk baiki juga berbeza tur

Cara kerja untuk baiki berbeza

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk😀


#rumahbusuk


Nota:

Ini gambar sebenar kes rumah busuk yang 2 tingkat ... tingkat atas di dalam ruang tamu dan master bedroom 





Yummy

Lepas subuh nak bekfes mee segera digoreng

Sedap weh 

Tak pernah tak sedap wife masakkan😀





21 July 2019

Cubit

Sempat sembang sembang dalam train

Sebut jer “perkataan dua”

Terus kena cubit

Adudu 😀





Transport

Dating

Guna public tansport ...😀





Riadah

POTONG RUMPUT DI UNIT RUMAH BUSUK CORNER LOT


Awal pagi dah sampai di sini

Aktiviti potong rumput di unit rumah busuk corner lot

Riadah keluarkan peluh yang amat menyihatkan

Nyaman kat sini

Tenang jer rasanya

Matahari awal pagi difahamkan boleh menyihatkan kulit wajah dengan vitamin

Bawa family ke sini jua


Dah abis kerja potong rumput kita bonding bekfes bersama:

1. Nasi lemak

2. Kuew teow goreng

3. Telor goreng

4. Ayam masak merah

5. Sambal ikan bilis

6. Kueh kasuwi + kelapa parut

7. Air mineral

8. Air coke


Hari weken memang aktiviti saya tersusun baik jer

Alhamdulillah dengan segala peluang yang diberikan😀👍


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:

Jangan kutuk saya potong rumput sendiri yer

Korang jangan memacam tau !









Tangga

TANGGA RUMAH BUSUK


Keadaan tangga rumah busuk

Nak naik tangga nie pun leceh jer

Kayu pakeh dah tertanggal semuanya 

Dah nampak uzur dan buruk

Almaklum lah rumah lama umur dah lebih 25 tahun


Takkan nak biar kan begini jer

Maner ada selera nai naik tangga

Bahaya juga jika tergelincir terpijak kayu pakeh yang tertanggal

Boleh jatuh tangga tur


Cadang nak baiki tangga ini:

  1. Buang semua kayu pakeh
  2. Pasang tiles yang jenis kesat (tidak licin)
  3. Cat semula kayu & besi pemegang


Apabila dah buat bagi wangi

Barulah nampak sempurna tangga ini

Maka secara tak langsung rumah busuk 2 tingkat akan menjadi wangi

Wow tak sabar nak tunggu cantek cun melecun


Apa aktiviti korang hari ahad ini ?

Ir. AJAK dah atur n plan nak layan hobi rumah busuk today:

  1. Awal pagi rumah busuk unit corner lot
  2. Sekitar jam 11am pagi di unit rumah busuk 2 tingkat yang sedang reno
  3. Selepas zohor dijangka akan gerak ke lokasi sekitar jarak 60km dari soromban sambil sambil dating dongan wife untuk intai rumah busuk unit bernilai lebih setengah juta nilai nya ... sekadar intai untuk ambil mood jer ... alahai korang nie


Yuhuu 😀

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk