SERAHKAN KERETA HONDA CITY
Lepas sholat subuh pagi tadi
Di suatu lokasi di seremban
Saya n wife pergi untuk serahkan kereta
Kereta honda city yang di iklan jual pada malam kelmarin
Dah selesai urusan puspakom B5 dan thumprint di kaunter jpj semalam
Perasaan wife agak sedih jugak
Untuk melepaskan kereta ini
Kerana wife yang guna ke hulu ke hilir di bandar seremban untuk hantar urusan anak anak ke sekolah
Anak ada 4 orang
3 lokasi sekolah yang berlainan tempat
Kereta ini juga untuk wife ke hulu ke hilir untuk urusan pelbagai berkaitan rumah busuk:
1. Lokasi pejabat lawyer
2. Lokasi pejabat tanah
3. Lokasi pejabat majlis
4. Lokasi rumah busuk
5. Lokasi pejabat tnb
6. Lokasi pejabat air
7. Lokasi pejabat iwk
8. Lokasi pejabat perunding pelan
9. Lokasi pejabat valuer
10. Lokasi bank
11. Lokasi pelelong
12. Lokasi owner rumah
13. Lokasi buyer
14. Lokasi butik curtain
15. Lokasi kedai barangan elektrik
16. Lokasi pelbagai yang berkaitan
Kereta ini banyak berjasa kepada saya n family
Walaupun baru digunapakai dalam tempoh 2 tahun sahaja
Wife beli secondhand pada usecar
Ikut geran wife adalah owner yang ke 2
Kereta ini terjaga n penyelenggaraan yang berjadual
Odometer pun menunjukkan perjalanan yang berbaloi baloi
Wife ambil keputusan untuk melepaskan kereta ini dengan harga yang rendah sahaja iaitu sekitar 25-30% rendah dari harga pasaran ... on the road tau !
Kerana mahu memberi manfaat kepada insan lain pula
Moga segala perancangan yang baik akan dibalas dengan kebaikan jua suatu hari nanti
Saya n wife amat yakin dengan segala aturan ALLAH
Selalu bersangka baik
Sekadar coretan saya untuk memori saya n wife pada rujukan masa yang akan datang
Kami pasrah dengan segala yang ditentukan
Alhamdulillah dengan segala pinjaman dari NYA😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
1. Wife layan perasaan di dalam kereta yang akan berpisah untuk bertemu dengan tuan yang baru
2. Abang yang dalam gambar itu sebagai rakan yang akan bawa kereta ke lokasi untuk sampaikan kereta kepada owner baru seorang wanita muda
3. Difahamkan owner baru berada di negeri pantai timur. Maka jauh lah perjalanan merentasi beberapa negeri untuk sampai ke destinasi
No comments:
Post a Comment