KONTROVERSI HARTANAH BUSUK YANG ADA KAVEAT
Hartanah busuk yang ada kaveat
Dengar pun dah gerun untuk hadapi
Bukan gerun kerana ada harimau ker bagai
Maklum lah ada halangan yang bakal dilalui untuk sempurnakan transaksi hartanah sebegini
Matlamat saya jelas
Untuk cuba selesaikan kes ini dengan sebaiknya
Walaupun memang saya tahu bahawa pada carian persendirian di kaunter pejabat tanah menunjukkan dengan jelas bahawa ada kaveat persendirian
Ini halangan yang agak besar bagi saya
Saya nak cuba hadapi juga
Tak kira lah sesukar mana pun
Ini langkah saya bermula
Ke sana ke sini call sana sini mesej ke sana sini
Akhirnya berpeluang juga untuk ketemu dengan pengkaveat
Peringkat awal sukar untuk aturkan
Ini urusan Allah yang aturkan
Jangan tanya kepada saya boleh ketemu pengkaveat
Tugas saya hanya usaha sungguh sungguh ... berdoa bebanyak mohon pertolongan Allah ... selebihnya tawakal
Ketemu dengan pengkaveat dengan suasana aman damai
Walaupun pada mula nya agak ketat
Saya tak tahu nak mulakan bicara camner
Ada sedikit terkedu seribu bahasa
Akhir nya pengkaveat menceritakan alkisah disebalik tindakan beliau untuk mulakan tindakan kaveat pada 3 tahun dahulu
Saya mula mahu faham jalan cerita “drama ini”
Saya berhajat mahu cuba selesaikan isu ini:
- Bantu pengkaveat sebaiknya
- Lebih utama untuk bantu pemilik hartanah yang dalam keadaan bermasalah kesempitan kewangan ... pemilik telah mengalami masalah kesihatan yang dikategorikan sebagai pemilik kad OKU ... seorang ibu tunggal dan lebih malang rumah yang didiami sekarang telah dapat surat notis tunggakan ansuran hutang yang hampir untuk proses lelongan oleh pihak yang berikan pinjaman ... Allahuakbar
“Ya Allah aku berdoa dan mohon kepada Mu agar diberikan kekuatan untuk membantu selesaikan kes ini agar semua pihak mendapat manfaat sebaiknya. Biarlah semua isu ini dapat dirungkaikan sebaiknya tanpa banyak isu”
Saya tahu perjalanan ini agar sukar
Namun jika Allah izinkan semua akan berjalan secara baik
Saya amat yakin situasi ini
Buat masa ini kes yang ini lah ... bukan hartanah busuk yang saya kejar tetapi mahu “selamat” kan keadaan untuk membantu kita sesama ummah
Nak bantu orang susah
Ini masa mereka hadapi kesukaran ... esok lusa tak tahu apa yang berlaku kepada saya dan kita semua ... mohon dijauhi ... betoikan
Sewaktu menaip ini ... hati saya sedikit hiba dan sedih apabila Allah uji saya untuk membantu “keadaan mereka ini”
Seolah olah saya diminta menjadi “hero”
Saya kena yakin ada hikmah di sebalik ini
Jika dihitung dari segi material ... mungkin saya akan alami “kerugian” dalam transaksi hartanah busuk ini
Namun jika saya “rugi wang ringgit dan tenaga” sekalipun ... moga ada ganjaran pahala yang menanti ... itu urusan sebaliknya
Transaksi hartanah busuk ini berjalan mungkin alami masa tempoh jangkaan 6 bulan ke setahun lamanya
Hujungnya nanti jika ditanya saya pun tidak tahu hasilnya kelak
Gagal transaksi sudah pasti weh .. berjaya transaksi ini merupakan satu keajaiban milik Allah berikan ... masa akan menentukan ... InsyaAllah Aamiin
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment