JARI JEMARI Ir. AJAK SUDAH MULA BOLEH BERGERAK
Alhamdulillah berkat pagi jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah
Jari jemari saya sudah mula boleh bergerak
Berkat usaha dan sabar untuk jalani prosedur fisioterapi & occupational therapy selama 29 kali ulang alik ke hospital
For info kepada yang tidak tahu
Saya kemalangan basikal sewaktu riadah pada 28 april 2019 yang lalu
Saya cedera dan tangan kiri patah
Telah jalani 2 kali pembedahan untuk masukkan 3 batang besi dan keluarkan semula besi itu
Saya masuk bilik OT pada 28 april dan 17 jun yang lalu
Jalani prosedur fisioterapi & occupational therapy ini adalah sakit
Memang kena sabar n kuat semangat
Almaklum jer lah untuk pulihkan keadaan tangan yang keras dan kejung
Ini kali pertama saya mengalami situasi patah sebegini
Kepada rakan yang telah alami mesti faham apa yang saya cerita kan
Mesti dah ada pengalaman penuh bermakna
Tempoh untuk pulih kembali bergantung kepada kecederaan yang kita alami
Ada yang lama dan ada yang tempoh singkat jer
Malah bergantung jua kepada kerap kali jalani prosedur serta kaedah yang dilakukan
Jika nak cepat lagi sembuh
Apabila balik ke rumah mesti nak ulang buat sendiri latihan yang diajarkan di hospital
Sakit tur anggap biasa ler
(Bak kata kawan saya pernah perli saya ... “Kau Ir. AJAK banyak DOSA tur yang sakit masuk hospital”) ... pedih telinga seadanya ... hehehehe 😀
Apabila sudah pulih sepenuhnya
Dengan izin Allah jua
Saya berhasrat untuk terus aktif melayan hobi hartanah rumah busuk
Agar saya dapat peluang membantu ramai ummah di luar sana untuk memiliki kediaman yang sempurna cantek bagi didiami dengan harga yang mampu milik beserta dipermudahkan transaksi pemilikan
InsyaAllah
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment