KERETA SAYA Ir. AJAK UNTUK TITIK PERMULAAN LAYAN RUMAH BUSUK PADA TAHUN 2002
Hari ini nak cerita sebahagian memori perjalanan kehidupan saya
Anak anak saya pun boleh baca
Saya mahu imbau kembali memori kami sekeluarga
Ini kereta ke 2 yang saya beli guna loan bank
Masa beli kereta iswara gear manual yang ini
Saya jual kereta kancil gear manual walaupun masih ada hutang bank
Ini cerita sekitar tahun 2002
Masa beli ini wife saya sarat mengandungkan anak sulung
Konon nak rasa selesa sewaktu bawa baby nanti
Nak sambut baby baru
Saya akui bab kereta ini
Saya memang beli guna loan bank
Actually sampai sekarang masih ada hutang kereta
Hutang silih berganti dengan kereta lain
Beli kereta lain akan jual kereta sedia ada
Hutang terus berjalan
Konon nya trade in
Hutang itu memang bebanan tetapi saya tidak dapat elakkan buat masa ini
Jika bercerita dengan orang pandai kewangan memang akan kena bebel
Namun saya dah anggap komitmen bayar hutang untuk kereta macam tidak dapat saya elekkan buat masa ini
Berbalik kepada kereta iswara ini
Kereta ini lah saya bawa ke sana dan ke sini titik permulaan untuk berjinak dengan hobi rumah busuk
Setahun kemudian pada tahun 2003 saya berpeluang untuk membeli 2 unit hartanah serentak iaitu 1 buah subsale dan 1 buah lagi undercon
Mereka yang pernah hadir ke seminar atau personal coaching saya mungkin pernah dengar cerita ini
Rumah yang undercon saya beli itu terbengkalai tidak siap sehingga Sekitar tahun 2012 gitur rasanya
Alkisahnya 😀
Yuhuu
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
- Saya bab kereta ini malas nak kutuk orang beli kereta besar dan hebat kerana sebagai insan marhaen ini jikalau diizinkan Allah suatu masa nanti mesti ada rasa keinginan/naluri untuk memiliki sesuatu yang lebih baik ... tak kisah lah kereta jenis apa sekalipun ... jika kita tak mahu mungkin isteri/suami/anak yang mahu ... anyway itulah hakikat kehidupan ... tiada yang mustahil ... cari jer alasan untuk di miliki ... Ir. AJAK tidak mahu hipokrit ...Yuhuu 😀
- Saya tidak tahu siapa pemilik kereta iswara saya sekarang ini. Last sekali saya jual kepada usecar di seremban
No comments:
Post a Comment