13 July 2020

Hujan

HUJAN JUA BOLEH MEMPENGARUHI AKTIVITI RUMAH BUSUK

Alhamdulillah 
Pagi monday blues today 
Hujan agak lebat di kawasan sekitar seremban 
Hujan membawa seribu rahmat 

Apabila hujan turun dengan lebat 
Cuaca akan dingin
Kekadang nyaman sekali 
Kekadang jua monday blues kita jadi sangat ohsem 

Jikalau hujan turun dengan agak lebat 
Boleh mempengaruhi jua aktiviti rumah busuk 
Jikalau kerja di site boleh terhenti jika belum pasang bumbung 
Jikalau nak pasang atap juga boleh terganggu 

Nak loading barang binaan ke lori pun ada isu 
Kampit simen kena di simpan elok elok kang kena air hujan langsung rosak simen 
Pasir yang di lantai jua kena dikepung supaya tidak di bawa arus air hujan yang mengalir 

Jikalau dah korek tapak untuk ground beam atau tapak tiang 
Silap silap penuh dengan air
Jikalau hujan lebat mencurah pada tempoh yang lama 

Namun semua keadaan ini
Kita Jangan sesekali nak mengeluh lelebih 
Aturan alam kita kena terima 
Air hujan jua sangat penting untuk tumbuhan dan eko sistem sungai 
Akhir nya kita jua yang minum air sungai yang telah terawat 

Yang penting kita ejas ejas keadaan 
Kita cuba aturkan segala aktiviti berkaitan dengan keadaan cuaca 
Saya senantiasa perlu terbuka minda untuk semua keadaan 
Allahuakbar 😄

Bekfes:
Saya suka sejuk sejuk hujan nie 
Terasa lapo jer perut 
Mee segera digoreng lagi 
Telor mata satu 
Alhamdulillah 😄

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk 

#rumahbusuk
#rumahwangi
#hobihartanah
#irajak
#irajakchannel
#irajakchannelyoutube
Ir. AJAK CHANNEL YOUTUBE 

https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q






No comments:

Post a Comment