7 PERKARA BOLEH JADI RISIKO LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
Saya terpikir beberapa perkara yang boleh di kategori kan sebagai risiko untuk layan hobi hartanah rumah busuk:
1. Orang cakap ada "hantu zombi”
Rumah yang dah 5 tahun ditinggalkan
Malah yang lebih 10 tahun pun ada
Penagih dadah dah jadikan sarang
Bersepah jarum suntikan
Tak tahu lah jika "hantu zombi” nak tumpang tinggal kat situ
2. Tidak ada modal untuk repair
Tak masuk dalam bajet untuk repair
Kes berat lah nie citernya
Jika tidak menyediakan bajet untuk repair
Ini bukan nya beli rumah dari pemaju yang sudah siap sempurna sebuah rumah yang cun melecun
Hati hati yer
3. Buntu tak tahu nak buat apa
Jika dah memiliki rumah busuk dengan membuat pembelian
Jangan tak tahu plak nak buat transformasi bagi jadi wangi
Buntu tak tahu nak buat apa
Tak tahu nak mula kan proses repair
Tak pandai nak deal dengan kontraktor
Berbagai lah alasan korang yer
4. Sewa tak laris
Jika dah usahakan rumah busuk menjadi wangi dengan hasrat mahu disewakan
Malangnya tiada penyewa yang sudi untuk menyewa
Mungkin disebabkan oleh pemilihan lokasi yang tidak sesuai atau kawasan tak menarik yer
“Kena mandi bunga” lah yer ... hahaha
5. Tiada pembeli
Pada peringkat awal tujuan mewangikan rumah busuk menjadi wangi dengan harapan dapat dijual semula bagi meraih sedikit keuntungan
Konon korang ada hasrat nak flip
Iklan punya iklan tak der pulak pembeli yang lekat
Mungkin disebabkan faktor kesesuaian ubahsuai yang tidak menepati kehendak bakal bakal pembeli rumah tersebut
Macam macam hal
6. Pasangan membebel
Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk
Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk
Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk
Hampeh ler yer
7. Kenkawan kutuk
Kita layan hobi hartanah rumah busuk
Kompom lah kenkawan akan kutuk dari sudut depan belakang kiri kanan
Buat pekak telinga jer lah wei
Ado kau kesah
Yer tak yer
Ini sebagai panduan sahaja
Tidak semestinya sama bagi semua kes
Cuma korang kena ambil kira jugak
Jangan buat endah tak endah jer yer
Jika tiada kaitan dengan korang
Boleh abai kan
Jika rasa ada manfaat boleh SHARE kan untuk panduan kenkawan sekalian
Yuhuu😄
Nota: tadi saya pergi lawat ke rumah busuk dalam keadaan hujan jua di soromban
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
Nak tahu lagi perbagai ilmu berkaitan RUMAH BUSUK MELALUI KAEDAH LELONGAN AWAM boleh klik link kat bawah
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK
No comments:
Post a Comment