17 July 2020

Kreatif

TEPUNG vs RUMAH BUSUK vs KREATIF

Saya sambung sket dari tulisan semalam jer

Tepung:
Jika dipandang “tepung” itu adalah tepung memang nampak semata mata itu lah tepung yang berbentuk serbuk dan berwarna putih

Tapi jika tepung dipandang di sudut lain nya. Pelbagai kegunaan untuk membuat pelbagai menu kuih muih. Berpuluh jenis kuih boleh dihasilkan. Malah jika disenaraikan mungkin boleh di jadi kan beratus jenis kuih muih

Membawa makna jua mengikut kreativiti memasing untuk menghasilkan pelbagai adunan dan resepi 
Malahan hasil masakan itu jua mempunyai rasa yang pelbagai 
Harga jikalau dijual makanan itu jua akan berbeza harga bergantung kepada jenis saiz dan rasa 
Bahan asalnya dari serbuk tepung sahaja 
Ofcoz lah kena campur dengan bahan lain 

Rumah Busuk:
Sama juga senario nya jika dipandang “hartanah rumah busuk” itu sebagai yang kotor & busuk
Memang akan nampak busuk semata mata

Jikalau rumah busuk di reno bagi cantek 
Ramai yang akan suka
Rumah dah cantek boleh untuk tinggal sendiri, disewakan atau boleh jua dijual jika ada pembeli 
Pokok pangkal nya mesti nak ada usaha, guna masa malah kena diusahakan modal jua 
Tak bleh hanya cakap jer tinggi melangit
Tapi tidak dipraktik kan
Habuk pun tarak

Juling:
Heeeeelehhhhh kau nie “Ir. AJAK”
Mata kau “JULING” bleh lah nampak macam macam hal perkara 
Yang kami nie tak nampak itu semua 
Last last saya jugak yang kena
Cissssss kenkawan betoilah tak der insuran weh !

Kreatif:
Apa pun kena jadik kreatif 
Semua benda kena pandang dengan minda n otak yang cergas
Tenung lama lama agar semua benda positif boleh nampak terserlah 
Jangan selalu sangat pikir negatif 
Nanti nampak semua negatif dah jadik kabur

Celoteh:
Sajer jer pepagi jumaat nie nak celoteh 
Yang baik korang boleh jadik kan panduan 
Yang kurang manfaat korang boleh buat dek ker
Takderhal punya
😄

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk 

#rumahbusuk
#rumahwangi
#hobihartanah
#irajak
#irajakchannel
#irajakchannelyoutube
Ir. AJAK CHANNEL YOUTUBE 

https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q




No comments:

Post a Comment