DINDING BATU BATA RUMAH BUSUK DAH MULA NAIK
Monday blues
Berkongsi lagi cerita rumah busuk
Harap korang ceria selalu yer
Alhamdulillah
Progress bertambah lagi
Ini kes yang sedang berjalan
Nak kasi wangi sebuah rumah busuk
Unit corner lot
Lokasi di seremban
Luas tanah 3842 kaki persegi
Cadangan keluasan lantai 1474 kaki persegi dengan saiz 22x67 kaki
Lebar 22 kaki
Panjang 67 kaki
Tambah garaj kereta jua untuk boleh parking 4 biji kereta berbumbung secara serentak (2 pada porch & 2 pada garaj)
Runtuh porch lama dengan bina porch baru
Sambung dapur sampai ke belakang
3 buah bilik tidur
2 buah tandas (1 di dapur & 1 dalam bilik utama)
Saya ubah kedudukan tandas
Ubah kedudukan bilik tidur
Ubah kedudukan ruang dapur
Bermakna layout berubah dari kedudukan asal jua
Pasang plaster siling sebuah rumah
Pasang tiles sebuah rumah
Sistem perpaipan yang baru
Rewiring elektrik jua baru bagi sebuah rumah
Kat ruang dapur
Table top berbentuk L tidak kurang 15 kaki
Kitchen kabinet atas & bawah
Pasang hood & hob
2 sinki 2 kepala paip
Siap tempat mesin basuh & soket & paip air & lubang air buang
Semua guna pintu kayu
Tingkap kaca aluminium frame
Semua bilik ada tingkap tersendiri
Dijangka jua akan pasang langsir semua tingkap & blind pada tingkap dapur sinki
Pagar baru pada gate utama
Gril sebuah rumah jua akan dipasang
Dinding tembok batu bata keliling rumah
Nampak ceria keliling rumah ada pagar tembok
Lengkap jua:
Rewiring autogate
4 Point aircon
6 biji kipas siling
Lampu pada pagar utama
Warna cat akan di sesuai kan nanti
Belum decide warna apa lagi
Kes ini dijangka siap pada pertengahan bulan September atau selewat hujung bulan
Minggu ini geng kontraktor elektrik akan masuk mulakan kerja
Buat sementara waktu bekalan Elektrik pinjam dari Jiran sebelah lah
Sekadar berkongsi cerita sahaja
Minggu ini hujan kerap di seremban
Alhamdulillah segala peluang untuk melayan hobi 😄
Ir. AJAK
Layan hobi hartanah rumah busuk
E-Book
Klik link nie untuk miliki hasil terbaru karya tulisan Tuan Shafie Bustan berkaitan cara nak miliki RUMAH BUSUK / RUMAH LELONG
Panduan yang sangat lengkap Dan teratur
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK
No comments:
Post a Comment