28 July 2020

7 tips lagi

7 KEBAIKAN MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Jika korang nak kutuk saya pun

Saya tak bleh nak buat apa kan

Saya terima jer lah

Dah memang minat saya melayan hobi hartanah rumah busuk sejak dulu lagi

Hehehee ðŸ˜„


https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK


Ada beberapa kebaikan yang boleh diperolehi dengan melayan hobi rumah busuk:


1. Masa lapang akan terisi dengan sebaiknya

Lepas waktu kerja

Cuti hujung minggu 

Cuti kelepasan am

Cuti rehat tahunan

Apabila ada jer waktu yang terluang 


2. Kita membina ukhwah silaturrahim dengan rakan rakan: agent hartanah, agent lelong, banker, lawyer

Setiap kali berurusan dengan dia orang akan mewujudkan ikatan ukhwah silaturrahim

Kita selalu call atau mesej

Ada peluang akan bertemu


3. Melatih diri menjadi lebih kreatif

Almaklum jer lah keadaan rumah busuk yang uzur dan buruk

Perlu ada idea kreatif untuk mewangi kan nya

Keadaan rumah busuk ada pelbagai keadaan nya


4. Memupuk semangat jati diri

Setiap cabaran yang dilalui bermula dari usaha mencari rumah

Mendapat kan rumah

Proses reno pun ada cabaran tersendiri 

Ubahsuai rumah sehingga lah siap menjadi wangi


https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK


5. Membina networking dengan rakan rakan kontraktor: binaan, elektrik, gril, kabinet

Dengan adanya networking dengan mereka akan mempermudahkan keadaan

Mewujudkan suasana kepercayaan

Mudah untuk memberi arahan untuk melaksanakan kerja ubahsuai sehingga siap sempurna


6. Banyak lokasi rumah busuk makin ramai lah jiran jiran kita

Kita berbaik baik dengan jiran

Dengan adanya reputasi yang baik

Mereka pula kekadang yang rekomen penyewa gegadis dari kalangan nurse pelatih

Kita menjadi jiran tetangga 


7. Dapat menyumbang kepada komuniti yang harmoni

Rumah dah terbiar lama

Jika saya datang untuk bersih dan wangi kan

Pasti suasana sekitar akan menjadi lebih harmoni 

Tidak lah nampak buruk kawasan itu 

Alhamdulillah 


Dengan berpikir secara positif sebegini 

Akan merangsang minda positif selalu

Maka akan menaikkan semangat untuk terus melayan hobi hartanah rumah busuk

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK


Nota:

Gambar tersebut merupakan sebuah rumah busuk yang telah menerima sentuhan Team "Ir. AJAK" untuk menjadi wangi semerbak bunga ros merah

Alhamdulillah 






No comments:

Post a Comment