17 June 2017

11 elemen

11 ELEMEN RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Setiap kali aku mahu mewangikan rumah busuk

Aku mesti cuba buat planning untuk memasukkan kesemua 11 elemen tersebut

Cubalah ejas ejas kan

Jikalau tak dapat semua pun

Sebahagian dah memadai


1. EXTEND DAPUR BAGI LUAS:

Dengan mengambil peluang untuk menggunakan tanah sekangkang kera kat belakang rumah

Extendkan bagi habis sampai ke longkang belakang


2. BINA TABLE TOP:

Ambil satu sudut yang sesuai untuk membina table top

Kat table top boleh memasak

Letakkan alatan elektrik

Diletakkan dapur gas


3. PASANG KITCHEN KABINET:

Jika berpeluang sediakan lah sedikit bajet untuk memasang kitchen kabinet pada table top yang telah di bina

Kabinet akan menaikkan seri wajah di ruang dapur

Ruang dapur akan nampak elegen

Boleh menyusun semua makanan kering/berbungkus ke dalam kabinet dan laci laci


4. SEDIAKAN PLUG ELEKTRIK:

Susun aturkan untuk sediakan plug elektrik yang mencukupi

Semua alatan elektrik akan perlukan punca kuasa elektrik

Sangat sangat penting perkara ini

Biasanya berhampiran dengan table top memang diperlukan 


5. SINKI & KEPALA PAIP:

Nama nya pun ruang dapur

Mesti nak ada sinki dan kepala paip

Ambil lah di suatu sudut dinding yang sediakan 

Jika boleh ada 2 biji sinki dan 2 biji kepala paip

Boleh basuh pinggan mangkuk sebelah sebelah ... Hehehee 


6. CERMIN TINGKAP:

Dengan memasang cermin tingkap akan membuatkan aliran udara yang baik

Tidaklah berbau semacam jer kat dapur

Maklumlah kat situlah nak siang ikan

Kat situ lah jugak nak kopekkan buah durian

Kat situlah nak goreng ikan masin sepat

Kat situlah jugak nak bancuh budu dan cengcalok ... terliur plak ... akikihhhh


7. GRIL TINGKAP & PINTU:

Pasang lah gril untuk tingkap dan pintu

Faktor keselamatan jugak sangat perlu diutamakan

Apabila berada di dapur 

Bukalah pintu dan tingkap

Sebab gril dah ada

Lebih banyak udara masuk dan cahaya akan masuk ke ruang dapur

Lebih menyegarkan


8. KEDUDUKAN TANDAS & BILIK ANDA:

Saya lebih suka untuk ubahkan kedudukan tandas di hujung satu sudut

Supaya ruang dapur nampak lebih luas 

Jika boleh lah

Terpulang pada kedudukan ruang dapur memasing yer


9. RUANG MESIN BASUH:

Satu sudut mesin nak ada letakkan mesin basuh

Tepi dinding ker

Sediakan plug elektrik

Sediakan paip air

Sediakan satu lubang air keluar

Ejas awal awal supaya kontraktor boleh buat

Semua tanam dalam dinding 

Akan nampak kemas dan tersusun


10. RUANG PETI AIS:

Sudut untuk peti ais mesti nak ada

Paling tidak sediakan plug elektrik 

Jika ada duit lebih

Buat frame kabinet sebelah kitchen kabinet tur

Masukkan ngam ngam ukuran peti ais

Kan kan


11. LAMPU DAN KIPAS SILING:

Sediakan lah lighting yang mencukupi

Dengan ada nya cahaya lampu yang sesuai

Nampak jelas masa nak potong sayur

Kang tak pasai terkena pisau .. dah luka

Pasang lah kipas siling untuk menyejukkan sket ruang dapur tur

Betoikan 


11 elemen ini faktor yang sangat ideal lah

Tak semestinya menggunakan barangan yang berharga mahal

Harga basic pun memadai jer

Jika tak upaya untuk buat sekaligus ... aturkan buat runcit runcit 

Akhirnya akan lengkap lah

InsyaAllah 

Abis baca mohon SHARE kan yer untuk manfaat kenkawan yang lain jugak ... panduan untuk mereka untuk renovation ruang dapur di kemudian hari


Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar gambar sebenar real case dapur rumah busuk menjadi wangi yang aku handle sendiri 


No comments:

Post a Comment