06 June 2017

7 tips 

7 TIPS LAYAN RUMAH BUSUK


1. TANAMKAN MINAT:

Nak mula berjinak dengan hobi hartanah

Maka perlulah tanamkan minat terhadap hartanah tur

Ambik aura

Jika buat dek jer

Memang tak jadik ler


2. KUTIP ILMU HARTANAH:

Kena usaha lah sket untuk kutip ilmu hartanah 

Beli buku dan baca dan baca hingga paham

Ebook pun sangat membantu

Hadir seminar hartanah

Lepak minum kopi dengan orang sekeliling yang tahu tentang ilmu hartanah 

Joint lah group wasup geng hartanah


3. FOLOW FB OTAI HARTANAH:

Folow semua aktiviti otai hartanah melalui fb

Baca setiap tulisan mereka yang memberi manfaat 

Jika tulisan tur agak keras terkena batang hidung sendiri ... buat dek jer lah

Kutip jer semua tips yang otai hartanah bagi kat wall mereka tur ... bukan kena bayo pun ... free sharing


4. KUMPUL MODAL:

Nak beli hartanah rumah busuk mesti lah mempunyai modal

Modal untuk deposit 

Kos lawyer

Kos valuer

Kos pelukis pelan jika nak fully renovation 

Kurang kurang modal pun 15% daripada harga rumah busuk yang nak dibeli

Nak simpan modal tur maybe ambil dari sebahagian duit gaji bulanan ker


5. MULA BELI RUMAH BUSUK:

Dah ada minat

Dah kutip ilmu

Dah folow fb otai

Dah kumpul modal

Masa untuk praktikkan

Pilihlah rumah yang bersesuaian dengan bajet anda dan yang berkenanher di hati

Belilah rumah busuk samada melalui kaedah lelong atau kaedah subsales


6. REPAIR RUMAH BUSUK:

Dah beli rumah busuk

Dah setel bab dokumentasi

Masa untuk repair lah

Bagi wangi cukup cukup rumah tur

Ikutlah bajet memasing untuk repair tur

Dah wangi mesti syok punyer ... hati akan berbunga bunga keseronokan


7. BELI LAGI RUMAH BUSUK:

Ulang semula step nombor 1 sehingga 6

Ulang lah sampai lebam

Ulang sampai termuntah

Ikut sukahati korang lah


Ini sebagai panduan yang boleh korang cuber yer

Ikut kesesuaian memasing tau

Aku hanya bagi tips jer

Inilah antara step yang aku amalkan

Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebenar ... kes yang sedang di ubahsuai sekarang ini ...


No comments:

Post a Comment