1. HARGA RUMAH BUSUK BAWAH MV:
Berpeluang untuk membeli rumah busuk di bawah harga pasaran
Kekadang berpeluang beli di bawah market value (MV) 20% hingga 50%
Perlu usaha untuk carilah yer
Masih terbuka luas peluang itu di pasaran semasa
2. MENGUNTUNGKAN BELI RUMAH BUSUK:
Apabila berpeluang membeli rumah di bawah MV maka secara tidak langsung telah menguntungkan bakal pembelinya
Walaupun kekadang perlu mengeluarkan kos untuk baiki rumah busuk kepada keadaan sesuai untuk didiami tetapi masih pada paras yang menguntungkan
Perlu belajar strategi yang betul dan tepat
3. DAPAT PILIH LOKASI STRATEGIK:
Peluang untuk memiliki rumah busuk ini ada di mana mana sahaja di taman-taman perumahan
Maka kita berpeluang dapat memilih pada lokasi yang strategik
Malah lebih sesuai mengutamakan pada lokasi yang sudah matang pelbagai infra seperti sekolah dan sebagainya
4. BERNILAI RUMAH BUSUK INI:
Secara peribadi aku menggambarkan rumah busuk ini bernilai kerana mempunyai suatu nilai semasa di pasaran
Malah dari tinjauan aku sejak bertahun-tahun dahulu yang bergiat aktif dalam pasaran lelong memang jelas ketara menunjukkan penetapan harga rizab lelong memang telah naik
Harga rizab lelong pada tahun 2012 berbanding tahun 2017 adalah berbeza pada lokasi rumah di taman yang sama maka jelas terbukti harga rizab telah naik ikut MV semasa
5. BELI MELALUI LELONG & SUBSALE:
Kita berpeluang untuk beli rumah busuk dari pasaran lelong dan subsale
Pilih jer peluang yang ada
Malah jika ada rezki kita sewaktu untuk membeli secara subsale dapat peluang beli terus secara direct dengan owner rumah yang baik hati dan boleh runding tawar menawar untuk kurangkan harga rumah busuk
Bergantung kepada rezki memasinglah yer
Berdoa pada ALLAH agar kita perolehi peluang ini
Aku pernah dapat peluang ini suatu masa dahulu ... Alhamdulillah
6. ISI MASA LAPANG:
Dengan pelbagai aktiviti rumah busuk akan mewujudkan suasana aku dapat mengisi masa lapang pada hujung minggu dan cuti rehat
Aktiviti mencari rumah rumah busuk
Aktiviti memikir cara untuk wangi kan rumah busuk
Aktiviti proses ubahsuai rumah busuk
Masa akan dimanfaatkan sepenuhnya
7. BERI MANFAAT KEPADA UMMAH:
Dengan peluang memiliki rumah busuk yang telah di wangi kan sepenuhnya
Kita transformasi kan rumah busuk kepada rumah wangi
Rumah yang telah sesuai untuk didiami akan memberi manfaat kepada orang ramai melalui cara menyewa sebuah rumah atau disewa sebuah bilik
Malah secara tidak langsung juga kita berpeluang untuk menjual rumah itu kepada kenkawan yang memerlukan rumah dengan cara permudahkan segala urusan jual/beli ... contohnya rendahkan jumlah bayaran deposit atau kita mengurangkan harga jualan rumah tersebut serendah yang mungkin
Aku yakin dengan potensi 7 sebab yang telah aku perjelaskan di atas akan membuka sedikit sebanyak ruang lingkup minda kenkawan untuk merebut peluang yang terbuka luas ini
Aku dedahkan potensi ini agar korang dapat mencipta peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain jugak kerana aku tidak mampu untuk membuat sorang sorang tauu
Aku tidak anggap ini akan menutup peluang untuk diri aku apabila aku dedahkan perkara ini
Jika kita bersaing sesama pun ... aku anggap pesaingan yang sihat ler
Aku amat-amat yakin bahawa rezki ALLAH itu telah di tulis sejak azali lagi ... jika ada rezki aku tidak akan ke mana mana ... yang penting jangan putus asa untuk terus berusaha dan berdoa serta bertawakal kepada ALLAH sahaja
Berkat doa di bulan Ramadhan kareem ini aku doakan korang jugak maju jaya yer ... InsyaAllah ... cer korang Aamin bersama-sama
Mohon SHARE kan tulisan ini setelah korang abis baca kepada kenkawan yang lain yer
Lenguh aku menaip di henpon nie tau ... panjang lebar buat bebel tur
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Gambar sebenar sebuah rumah busuk yang telah di wangi kan (ruang dapur)
No comments:
Post a Comment