28 June 2017

5 portal


5 PORTAL BOLEH BANTU DAPAT INFO BERKAITAN HARTANAH RUMAH BUSUK


Sambil makan kuih raya tur

Boleh jer santai santai sambil nak mula tanamkan minxat terhadap rumah busuk

Cer layan beberapa laman web nie:


1. www.mudah.my

Banyak rumah yang berharga di bawah rm100ribu iklan di sini dapat di lihat

Ada rumah landed

Ada rumah berstrata

Kekadang pada satu unit tur disediakan beberapa keping gambar

Boleh leh lihat

Pada iklan itu jugak disertakan dengan beberapa info lain yang berkaitan

Lokasi rumah

Kemudahan yang ada di sekitar rumah tur

Jika nak sorting lebih detail pun boleh gak

Filter harga

Filter lokasi

Filter jenis rumah

Banyak dapat info kat sini weh

Rajin tak rajin jer tengok

Lokasi untuk seluruh malaysia 

Tapi awas ... tak semua info itu tepat dan benar ...buat semakkan yer


2. www.lelongtips.com

Laman web ini pun banyak info rumah busuk boleh di perolehi 

Boleh tengok harga 

Boleh filter harga

Tarikh akan dilelong

Cuma jika nak info lebih detail perlu buat bayaran jadik member kepada laman web tur

Bayaran yang aku buat rm850 untuk yuran setahun

Tahu tarikh lelong

Lokasi lelong

Nama pelelong 

Nama peguam

Nama owner rumah dilelong

Info alamat premis yang dilelong 

Kekadang ada gambar disediakan

Nombor geran hakmilik boleh di perolehi juga

Dengan maklumat asas ini amat berguna untuk kita bertindak ke peringkat lebih jauh lagi

Betoikan 


3. www.halalmoney.my

Kat sini pun ada segmen tulisan mengenai hartanah 

Kita baca untuk tambahkan info dan pengetahuan 

Lagi banyak ilmu yang dikutip dan lagi kita akan menjadi matang


4. gilahartanah.com

Portal ini pun memang selalu update tentang cerita hartanah

Kita baca dan ambil iktibar ilmu yang baik baik

Kutip dan terus kutip ilmu

Lagi banyak yang kita baca lagi banyak yang kita rasa kita tak tahu


5. abangensem.com

Ini blog lejen sifu hartanah AE abang ensem Meor Zaidee

Banyak tips hartanah yang di update dari masa ke semasa

Bahasa yang simple dan sangat baik untuk dihadam

Kunjungilah blog nie selalur yer


Ada jer line internet 

Ada jer gadjet untuk layan internet 

Maka rajin rajin kan lah diri untuk melayari portal di atas

Cari lah masa yang sesuai 

Tak kira di mana kita berada pun

Tak payah nak tunggu waktu yang betoi betoi lapang

Betoi kan

Abis baca tolong SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



No comments:

Post a Comment