03 June 2017

Hati sayu

HATI TERASA SAYU MENINGGALKAN BUMI MADINAH AL MUNAWARAH


Hati terasa sayu sangat

Sempat ber iftar dan sholat jemaah maghrib 

Beri salam kepada Makam Nabi Muhammad s.a.w menandakan ucapan selamat tinggal

Sebak terasa kerana sekian kalinya aku berkunjung ke sini

Entah bila pulak akan kembali lagi

Aku berdoa dan berazam untuk datang lagi ... InsyaAllah ... aku berusaha sedaya nya

Apa orang nak kata aku tiada mampu menolaknya

Pasti akan terasa kerinduan tatkala sudah pulang ke tanah air nanti

Sewaktu menaip pun nie ada air mata yang menitis

Ohhh terasa sangat syahdunya

Meninggalkan bumi anbia yang memegang jasad Rasullullah

Manakan tidak bersedih kerana ganjaran pahala 1000 bersholat di Masjid Nabawi

YA ALLAH ... permudahkan lah urusan musafir aku dan isteri untuk pulang ke tanahair untuk ketemu kidos dan keluarga 

InsyaAllah 


Ir. AJAK

7 Ramadhan Kareem

Madinah Al Munawarah


No comments:

Post a Comment