24 June 2017

7 soalan

BERHARI RAYER USHA RUMAH BUSUK

- 7 soalan patut di tanyakan kepada tuan rumah tempat kita singgah berhari rayer


Hari ini genap 29 Ramadhan 1438

Penghujung bulan yang penuh barakoh

Cabaran berpuasa dan beribadah kita lalui dengan jayanya

Memasing sibuk membuat persiapan berhari raya: baju raya, kuih raya, bersih rumah, nak balik kampong, hari ini sibuk bako lemang, masak ketupat, kacau dodol dan masak rendang

Esok atau lusa kita berhari raya

Tunggu pengumuman hari raya lepas maghrib nanti

Sedih meninggalkan ramadhan kareem ini

Allahuakbar 

.

.

Sambil kita berhari rayer

Bergembira bersama ahli keluarga

Kunjung mengunjung bermaaf maafan

Menikmati juadah yang sedap sedap

Sambil berpakaian serba baru

Memang syok musim rayer nie

.

.

Ambil peluang untuk usha rumah busuk

Sewaktu berkunjung ke rumah sedara mara atau jiran jiran

Jika ternampak rumah busuk

Tanyer 7 soalan kepada tuan rumah yang kita singgah berhari rayer tur:

1. Rumah siapa tur/owner nya

2. Dah lama ker ditinggalkan

3. Agak agak apa sebab ditinggalkan

4. Tahu ker camner nak contact ownernya

5. Berapa harga asal rumah yang diduduki sekarang

6. Berapa anggaran sewa di sini

7. Bagaimana suasana kejiranan di sini

Jangan lah tanyer soalan lelebih lagi

Kang ilang plak mood berhari tur

Selang selikan soalan sambil mengunyah kuih rempeyek kacang

Woww sedap makan kuih rayer yerπŸ˜„

.

.

Dengan ada nya beberapa maklumat asas di atas

Bolehlah memulakan langkah untuk bertindak ke fasa berikutnya 

Tanamkan minat untuk memburu rumah busuk

Sangat besar potensi rumah busuk jika betul caranya

Copy paste jer apa yang saya buat

Tak payah nak pikir strategi yang bagai bagai nya lagi

.

.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya

Maaf zahir batin

Abis baca cer SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain yer

Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Saya akan berhenti siaran cerita "rumah busuk" buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada mood berhari raya



No comments:

Post a Comment