21 June 2017

5 sebab

5 SEBAB WANGI KAN RUMAH BUSUK

.

.

1. RUMAH JADI SELESA, SEWA & JUAL:

Apabila kita berusaha untuk mewangikan sebuah rumah busuk akan menjadi rumah yang selesa untuk didiami

Malah boleh juga dijadikan rumah sewa yang boleh mendatangkan pendapatan bulanan

Tak mustahil juga boleh dijual rumah tur


2. NAIK NILAI RUMAH BUSUK:

Setelah mengambil inisiatif untuk mewangikan rumah busuk menjadi rumah yang sudah wangi

Secara tidak langsung akan menaikkan nilai rumah itu

Mungkin naik 50% atau lebih bergantung kepada skop kerja yang diwangikan


3. KESELESAAN KEPADA JIRAN:

Korang perasan tak

Jika transformasi rumah busuk menjadi rumah wangi

Rumah itu akan mempunyai pandangan yang baik

Pasti jiran jiran sebelah atau jiran di depan rumah akan menjadi lebih seronok

Maklumlah rasa tidak takut tidak ada semak samun malah mungkin menjadi port untuk aktiviti yang tidak berfaedah berlaku

Contoh port menghisap najis dadah ker


4. PENDAPATAN KEPADA PBT & UTIILTI:

Rumah busuk yang di tinggalkan oleh owner tidak menghasilkan pendapatan kepada pihak PBT Pihak Berkuasa Tempatan (contoh Majlis Perbandaran Seremban)

Jarang owner yang tinggal kan rumah bertahun rumah busuk tur untuk bayar tunggakan cukai pintu

Tatkala ada yang beli rumah busuk pasti beliau akan berusaha untuk bayar semua bil bil tunggakan termasuk bil utiliti

Ini secara langsung akan mendatangkan hasil PBT dan pihak agensi utiliti

Hasil pulangan di PBT akan dipulangkan semula kepada penduduk sekitar seperti penyelenggaraan jalan atau potong rumput

Betoikan 


5. BANTU OWNER ASAL RUMAH BUSUK:

Owner rumah busuk yang mengalami masalah kewangan dan mungkin sudah bankrupsi menyebabkan rumah busuk terlelong

Maka dengan adanya usaha pemenang bidaan lelongan rumah busuk

Hutang owner akan dilunaskan

Keadaan ini membantu owner asal untuk dibebaskan dari bankrupsi

Malah jika ada wang lebihan setelah dilunaskan hutang ... wang lebihan dipulangkan kepada owner asal

Inilah salah satu cara untuk membantu owner asal bebas dari hutang

Saya anggap merupakan fardhu kifayah membantu sesama ummah

.

.

Sekadar perkongsian pendapat dari saya tentang sebab kita perlu untuk mengambil peluang untuk berusaha mewangikan rumah busuk

Abis baca mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain yer

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Real case rumah busuk yang pernah aku miliki dan berubah wajah menjadi rumah wangi

Okey ker gambar tur ?



No comments:

Post a Comment