1. MASIH BANYAK TERDAPAT STOK RUMAH BUSUK:
Terdapat banyak stok rumah busuk di pasaran lelong di seluruh negara
Boleh dikatakan saban hari akan ada sahaja tempat lelongan awam diadakan
Samada lelong akan berlangsung di mahkamah, pejabat tanah, pejabat pelelong atau di adakan di mega auction di dewan hotel ternama
2. TIMBA PENGALAMAN DI KAMAR LELONGAN:
Timba pengalaman masuk lelongan awam
Berada di kamar lelongan awam
Kawal rasa takut dan gemuruh
Perlu rasional untuk membuat bidaan dalam kamar lelong
Kawal emosi supaya tidak terlalu ghairah untuk menang sahaja kerana kita perlu membuat bidaan ikut bajet yang telah ditetapkan
Jangan over bajet tauu
3. BINA NETWORKING KAWAN MINAT RUMAH BUSUK:
Setiap kali kita pergi masuk lelong
Kita akan bertemu kenkawan yang hadir sama
Kenkawan di kalangan pelelong, lawyer, pembida, runner dan kenkawan yang datang teman rakan mereka
Kita bina networking yang baik dengan mereka
Suatu hari nanti pasti akan memberi manfaat
4. KUAT SEMANGAT:
Setiap kali mahu masuk lelong kita mesti mempunyai semangat yang kuat
Kuat nak cari pelbagai info
Semangat nak masuk bidaan lelong tanpa jemu
Jika kita kalah ... jangan rasa kecewa ... terus berusaha tanpa putus asa
5. REZEKI UNTUK DAPAT RUMAH BUSUK DENGAN HARGA RENDAH:
Usaha tanpa jemu
Kita terus memburu rumah busuk
Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan peluang rezeki untuk dapat rumah busuk dengan harga yang rendah
Hari ini kita tidak berjaya
Esok pun masih gagal
Kita terus usaha tanpa henti
Mungkin bulan depan rezeki kita untuk menang lelong... betoikan
6. USAHA SEDIAKAN MODAL:
Nak beli rumah busuk
Nak memiliki rumah busuk
Mesti nak usaha untuk sediakan modal
Tak kisah lah apa cara sekalipun usaha yang dilakukan untuk sediakan modal tersebut samada melalui pinjaman bank, jv dengan kalangan family mahupun menabung dari duit gaji bulanan
Walaupun payah untuk dapatkan modal tetapi kita tetap berusaha
7. BERGANTUNG KEPADA ALLAH:
Setelah usaha dilakukan dengan sebaiknya
Semua ikhtiar telah dibuat
Maka jalan yang terbaek kita berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan jalan untuk kita memiliki rumah busuk
Kita bertawakal dan berserah kepada Allah
Senantiasa bersangka baik dengan segala ketetapan yang ditakdirkan
Wallahualam ...
.
.
NOTA:
Gambar yang disertakan adalah gambar kes sebenar rumah busuk yang aku kalah bidaan pada semalam di mahkamah tinggi seremban
Rumah 2 tingkat unit tengah
Harga rizab RM30 ribu
Harga riza baru RM38 ribu
Setiap kali kenaikan harga RM6 ribu
Harga terakhir bidaan RM102 ribu
Kenaikan sekitar lebih 300 peratus tur ... wowwww kan kan
Jumlah pembida sekitar 35 orang
Rumah busuk pun semua orang berebut rebut
Korang nampak ker ???
Status tanah: freehold
Lokasi senawang seremban negeri sembilan
Anggaran market value rumah basic yang keadaan asal sekitar harga RM120 ribu
Anggaran kadar sewa rumah basic RM550 ke RM750 sebulan
.
.
Setelah habis baca
Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain yer sebagai sumber inspirasi
Yuhuu 😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
No comments:
Post a Comment