Dalam usaha untuk me wangi kan sesebuah rumah busuk
Antara komponen-kompomen ini haruslah dijadikan panduan untuk diambilkira sewaktu proses untuk ubahsuai:
1. BINA PORCH:
Bina porch akan menjadi kan sebuah rumah busuk nampak lebih besar dan tersergam cantik
Pilihlah salah satu bentuk porch yang boleh dibina
Banyak bentuk yang ada
Jika tiada idea untuk pilih bentuk porch
Pergi lah ronda-ronda naik kapcai di taman perumahan ... mesti dapat idea
2. RUANG TAMU:
Ruang tamu biasa nya berada di kedudukan selepas pintu masuk utama untuk rumah teres landed
Jika dapat dibesarkan ruang tamu satu perkara yang baiklah
Jika ada sudut yang bersegi ker ... luruskan nya supaya terbina ruang yang lebih luas
Ruang tamu biasanya akan ditempatkan sofa set dan ruang untuk menonton tv serta menerima kunjungan tetamu yang datang
3. SAMBUNG DAPUR:
Jika di belakang rumah masih terdapat sedikit baki tanah ... contohnya 5 kaki ker
Bolehlah gunakan tanah itu untuk sambung dapur untuk nampak lebih luas dan besar
Ruang dapur yang asal boleh digunakan sebagai ruang untuk letak meja makan ker
Ruang dapur ini sangat penting bagi kaum ibu yang membuat pelbagai kerja di dapur
Banyak masa akan diluang kan di dapur untuk memasak makanan pada pagi tengahari malam
4. BAIKI TANDAS:
Tandas yang jenis lama memang nampak meloya kan
Maka ambillah kesempatan untuk membaiki ruang tandas
Jika boleh pasang tiles lantai dan tiles dinding
Ganti kan jamban jenis duduk
Pasang sinki dan ada shower serta kepala paip
5. PASANG TILES LANTAI:
Dengan memasang tiles lantai
Ruang akan nampak lebih luas dan kemas sangat
Tambah sket pasang skirting untuk melengkapkan kemasan tiles
Pilihlah warna tiles yang sesuai pada setiap ruang tamu, bilik tidur, dapur, porch
Dengan kombinasi warna yang sesuai akan membuatkan rumah lebih nampak luas dan besar
6. BINA TABLE TOP & KITCHEN KABINET:
Bina table top pada ruang dapur
Pilihlah satu sudut yang sesuai
Samada secara lurus ikut dinding atau pun yang berbentuk L
Gunakan warna tiles yang sesuai pilihan hati untuk table top
Pastikan ada sinki dan paip pada table top tur
Letakkan juga socket elektrik untuk mudah digunakan nanti
Lengkapkan kitchen kabinet pada table top
Pilih warna kitchen kabinet yang bersesuaian
Nak pasang pada ruang atas dan bawah kitchen kabinet sekaligus pun okey jer
7. PASANG PLASTER SILING:
Plaster siling yang dipasang akan membuatkan rumah nampak lebih sempurna
Sedap jer mata memandang
Lebih kemas dan cantek
Saya lebih suker dengan simple plaster siling sahaja
8. REWIRING:
Ambil kesempatan untuk rewiring sebuah rumah
Pendawaian yang sudah lama akan mengundang bahaya
Susun atur semula kedudukan socket plug mengikut kesesuaian
9. PAGAR & GRIL:
Pasang pagar untuk keselamatan rumah
Bentuk pagar juga memainkan peranan juga kerana pandangan pertama orang dari luar rumah memandang kepada rumah tersebut
Pagar ada jenis yang berharga mahal dan sederhana ... pilih lah ikut bajet korang yer
10. SUSUN ATUR KEDUDUKAN:
Sewaktu untuk memulakan ubahsuai rumah busuk
Cuba susun atur kedudukan yang sesuai
Contoh kedudukan ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, ruang dapur dan tandas
Walaupun kekadang rumah tidak besar mana pun hanya sebesar saiz rumah teres 18x60
Tapi jika disusun atur secara tepat akan menghasilkan ruang yang lebih maksimum luas nampaknyer .... betoi
11. WARNA CAT:
Pilih lah warna cat yang bersesuaian dan mengikut kehendak memasing
Pilihan warna yang tepat akan memberi kesan terhadap sesebuah rumah itu
Aku dah cuba pelbagai gabungan warna cat terhadap kes kes rumah yang lepas
Dengan ada nya peluang untuk mengambil kira komponen komponen di atas terhadap usaha untuk mewangikan sebuah rumah busuk kepada wangi
Akan membuat kan sesebuah rumah akan nampak sangat sempurna dan cantek
Mohon SHARE kan selepas baca
Boleh kenkawan yang lain dapat manfaat jugak
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
15 Ramadhan 1438
Nota:
Gambar pada kes rumah yang lepas
Gambar sebelum dan selepas akan menampakkan perbezaan yang sangat ketara
No comments:
Post a Comment