08 June 2017

7 kesilapan 

7 KESILAPAN RUMAH BUSUK


Dalam keghairahan untuk memburu rumah busuk

Cubalah korang elak kan dari melakukan antara 7 kesilapan ini:


1. TIDAK LAWAT RUMAH BUSUK:

Usaha untuk melawat rumah busuk tersebut sebelum mengambil keputusan untuk membeli

Dengan membuat lawatan ke rumah busuk akan dapat tahu keadaan sebenar rumah itu


2. TIDAK SEMAK BIL TERTUNGGAK:

Jika mahu masuk membida rumah busuk yang dilelong 

Usaha lah untuk ambil tahu kos kos bil yang tertunggak:

Cukai tanah

Cukai pintu

Bil elektrik

Bil air

Bil iwk

Bil maintenance jika ada

Tapi jika membeli rumah busuk melalui subsale perlu pastikan owner telah membuat bayaran tersebut 


3. TIDAK BUAT CARIAN PERSENDIRIAN:

Usaha lah untuk membuat carian persendirian di pejabat tanah

Pada carian itu akan dapat info yang sangat penting 

Semak ada kaveat ker tiada

Maklumat tentang hartanah tersebut contohnya freehold atau leasehold

Tempoh pajakan

Digadai kepada bank mana


4. TIDAK SEMAK ANGGARAN KOS REPAIR:

Jangan main beli jer rumah busuk

Usaha kan untuk ambil tahu anggaran kos repair rumah tersebut jika terlibat lah

Kang tak pasal pasal tiada kemampuan kewangan untuk repair bagi sempurna rumah itu


5. TIDAK SEMAK KAEDAH PEMBAYARAN:

Cari jalan untuk ketahui kelayakan anda untuk buat loan rumah

Jangan jadik hal pulak yang kelayakan loan anda hanya layak sekitar RM100 ribu sedangkan harga rumah berharga RM150 ribu

Melainkan Anda mempunyai tunai yang cukup di tangan


6. TIDAK SEMAK NILAI SEMASA RUMAH:

Cari jalan untuk ambil tahu nilai semasa rumah busuk tersebut

Jangan jadik dah menang lelong atau dah sign S&P baru tahu yang nilai semasa rumah hanya RM70 ribu sedangkan harga dalam kontrak lelongan atau S&P tercatat RM100 ribu ... parah lah gitur weh


7. TIDAK SEMAK POTENSI RUMAH BUSUK ITU:

Main bedal jer

Main beli jer rumah busuk melalui subsale

Main masuk jer lelong yer

Tapi langsung tak semak potensi rumah busuk itu

Tak ambil tahu anggaran potensi sewa bulanan rumah busuk di kawasan itu

Tidak langsung ambil tahu infra yang ada contoh kedai runcit, sekolah, public transport, masjid


Dengan berusaha untuk memastikan perkara di atas korang buat

Maka akan mengurangkan risiko untuk kita berada dalam kerugian untuk memiliki rumah busuk

Jika boleh biarlah kita membeli hartanah rumah busuk dalam keadaan yang ada faktor yang positif 

Betoikan

Abis baca SHARE kan yer

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar salah sebuah rumah busuk yanh telah aku wangi kan

Gambar asal ruang tamu yang kotor

Gambar yanh telah wangi


No comments:

Post a Comment