05 June 2017

7 sebab

7 SEBAB Ir. AJAK LAYAN RUMAH BUSUK


Cer korang baca tulisan ini sampai abis yer

Monday blues today

Aku sambung berkongsi ceriter rumah busuk

Mesti kekadang korang tertanyer tanyer apakah sebab aku berterusan melayan hobi hartanah rumah busuk

Layan tanpa jemu dan tanpa henti plak tur

Sejak bertahun tahun lamer dolu

Tak kisah lah apa orang nak cakap

Orang nak kutuk ker aku buat dek jer lah

Yang penting aku syok dan seronok

Ader aku kisah

Betoi ker korang nak tahu nie

.

.

Nak jelaskan antara 7 sebab aku layan rumah busuk:


1. LAYAN HOBI:

Setiap orang mempunyai hobi memasing 

Ada yang suker hobi memancing 

Ada yang suker hobi memasak

Aku telah nekad untuk memilih hobi melayan hartanah rumah busuk

InsyaAllah hobi ini akan berterusan dan terus berterusan


2. ISI MASA LAPANG:

Aku luangkan masa waktu lapang aku selepas waktu bekerja jam 5pm petang 

Waktu weken cuti hari sabtu dan ahad

Waktu cuti umum

Waktu cuti rehat tahunan yang aku perolehi 35 hari setiap tahun

Dengan adanya aktiviti yang berfaedah ini aku terasa masa aku sangat bermanfaat 

Memang sangat bermanfaat pun


3. RAMAI KAWAN:

Dengan peluang melayan hobi rumah busuk ini akan terdapat ramai kenkawan

Fren dalam fb

Fren kalangan banker

Fren kalangan lawyer

Fren dari pelolong

Fren dari valuer

Broker pun aku berkawan

Kenkawan yang mempunyai minat sama

Dengan ramai kawan maka networking kita pun akan bertambah jugak


4. TOLONG ORANG:

Dengan aktiviti hartanah rumah busuk aku dapat menolong orang lain

Tolong beli rumah dari orang yang mahu jual rumah yang kekadang owner urgent nak guna duit tunai

Aku pernah bantu dengan membeli rumah owner yang telah diisytihar bankrupsi

Tolong orang lain untuk memiliki rumah busuk yang telah sempurna wangi yang telah di renovation 

Dengan rumah yang wangi boleh disewakan

Kekadang aku bantu kenkawan tertentu untuk beli rumah dari aku dengan cara mempermudahkan segala urusan transaksi jual beli malah urusan deposit serendah RM1 ribu sahaja pun aku pernah terima dan bukannya bayaran deposit 10% tau


5. KEKALKAN HARTANAH MILIK MELAYU:

Dengan cara membeli hartanah lelong dan subsale bagi hartanah yang busuk

Membolehkan kuota hartanah milik melayu kekal kepada orang kita melayu

Bermakner hartanah milik orang melayu tidak jatuh ke tangan non melayu

Sekurang kurang nya masih kekal milik orang melayu walaupun bertukar owner bagi hartanah yang sama

Kita sesama melayu mesti nak ada rasa menolong sesama kiter melayu nie

Jangan sesekali menjadi pengkhianat bangsa sendiri yer


6. BANTU KONTRAKTOR:

Dengan peluang untuk ubahsuai rumah busuk

Maka akan wujud peluang biznes kepada kontraktor untuk mencari rezeki 

Aku akan beri peluang kepada pekerja kontraktor jugak untuk menyara ahli keluarga mereka

Kontraktor binaan

Kontraktor elektrik

Kontraktor kitchen kabinet

Kontraktor aircon

Kontraktor pagar n gril

Bukan setakat kontraktor sahaja ... malah pihak lawyer, valuer, pelukis pelan pun akan dapat limpahan rezki jugak dengan setiap kali transaksi rumah busuk


7. MENAMBAH ASET HARTANAH:

Dengan ada peluang membeli hartanah rumah busuk dari kaedah lelong atau subsale

Peluang terbuka luas untuk kita menambah bilangan aset hartanah dari masa ke semasa

Dengan adanya hartanah maka membolehkan kita mencari peluang untuk menambah rezki untuk keluarga kita jugak samada melalui kutipan sewa dan sebagai nya

.

.

Inilah antara 7 sebab aku berterusan melayan hobi hartanah rumah busuk 

Aku berazam untuk berterusan mendidik anak bangsa untuk menjadik macam aku melayan hobi hartanah rumah busuk

Aku tidak anggap korang pesaing aku setelah korang dapat menguasai ilmu rumah busuk

Aku sangat percaya bahawa rezki Allah itu sangat luas untuk kiter kongsikan bersama sama sementara di dunia nie

Mohon korang SHARE kan 7 sebab ini setelah abis baca ... tolong yer

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

10 ramadhan


Nota:

Gambar dapur yang asal dan selepas ubahsuai menjadi lebih luas dan kemas


No comments:

Post a Comment