REZEKI HARTANAH
==============
Ado jugak soalan yang bertanyer di messenger fb
Camner encik ajak boleh ada kerap jer transaksi pelbagai bentuk hartanah ?
Jawapan aku simple jer
ALLAH yang telah mengatur kan jalan yang baik baik tur
Tapi aku kongsikan sket pengalaman yang aku amalkan dan praktikan
Tapi korang jangan kata aku "riak atau sombong"
Aku sekadar untuk berkongsi supaya korang jugak boleh amalkan
Anggaplah ini suatu bentuk dakwah di pagi jumaat yang penuh barakah ini
Maybe jugak sebagai tazkirah pengkongsian
Amalan itu:
1. Cukupkan segala keperluan untuk emak dan ayah ... Beri duit bulanan semampu banyak mungkin ... Bagi bagi bagi banyak banyak ... Doa seorang emak tiada hijab... ALLAH akan ganti ... Aku sangat yakin itu ... Selalur call emak untuk mengadu apa apa isu dan masalah ... Mintak emak tolong doakan jugak
2. Cukupkan jugak keperluan wife dan anak anak ... Jangan kedekut ... Mereka jugak heppy dan akan terus berdoa kan untuk keluarga di murahkan rezki
3. Bantu emak mertua dan bapa mertua dengan sebaik nyer
4. Bantu adik adik dan ahli keluarga kita ... Termasuk emak saudara dan bapa saudara ...hulurkan duit secara teratur
5. Hulurkan sumbangan wang ke tahfiz dengan kerap mungkin
6. Sumbang wang ke sesiapa yang memerlukan ... Hari jumaat tabung masjid ... Berilah lebih dari seringgit ... Sepuluh ker
7. Wakaf selalur apa yang terdaya ... Sekarang dah senang ... Transfer ke maybank2u jer
8. Zakat memang wajib lah ... Jangan tinggal
9. Sholat sunat dhuha ... Amalkan
10. Selalur belanjer kenkawan makan ... Kita yang rebut untuk bayar ... ALLAH akan ganti balik ... Cayalah
11. Berdoa dan menangis lah kepada ALLAH di waktu berdoa di penghujung malam sebelum masuk nyer waktu sholat subuh
12. Usaha dengan sungguh sungguh
Aku amat yakin dengan amalan amalan yang telah dibuat di atas
ALLAH bukakan peluang dan ruang untuk wujudkan transaksi pelbagai hartanah:
1. Beli hartanah undercon
2. Beli hartanah subsale direct dengan owner atau agent REN
3. Menang lelong di auction atau mahkamah
4. Ada peluang untuk direct nego kes kes special dari bank dan insolvensi
5. Ada peluang untuk sewa hartanah
6. Ada peluang untuk sublet rumah
7. Ada peluang untuk sublet rumah kedai
8. Ada peluang untuk sublet ruang pejabat
9. Ada peluang untuk sewa bilik bilik sewa wanita
Www.biliksewaseremban.com
10. Dipermudahkan urusan urusan RENOVATION rumah rumah
11. Kekadang wujud peluang owner offer untuk jual tanah kepada aku
12. Ada jugak tawaran untuk bantu kes kes RENOVATION rumah kenkawan
13. Mudah untuk berurusan dengan pihak bank bank untuk mendapatkan modal pusingan ... Aku manyak hutang keliling pinggang
Peluang peluang ini lah menyebabkan aku tak menang tangan untuk handle kekadang
Mujur wife ada membantu sebaik nyer
So ... Korang ado yang nak payungkan aku bekfes pagi nie
Sekadar perkongsian jer yer kenkawan
Aku pohon maaf jika coretan pagi nie korang anggap sebagai "membangga diri"
Melayan hobi hartanah jer
Ir. AJAK
Www.irajak.com
#layanhobi
No comments:
Post a Comment