17 March 2016

Beli hartanah ikut kemampuan

BELI HARTANAH IKUT KEMAMPUAN
============================

Sajer nak bukak kisah lama aku
Aku mula beli hartanah pada tahun 2003
Masa tur umur aku ialah 29 tahun
Tahun itu aku baru comfirm kerja setelah 3 tahun bekerja
Beli rumah serentak 2 bijik sekaligus:
1. Sebuah undercon lokasi di seri kembangan yang patut siap pada tahun 2005 tetapi terbengkalai untuk disiapkan sehingga tahun 2011 baru dapat disiapkan ... Aku adalah mangsa rumah terbengkalai ... Mula bayor ansuran loan pada tahun 2005 sedangkan rumah tidak siap ... Jumlah ansuran bulanan ialah RM716 ... Terasa terseksa aku menghadapi keadaan ini ... Pengalaman membuatkan aku makin tabah untuk menghadapi cabaran ... Pemaju hartanah tersebut ialah anak syarikat talam ... Korang jugak perlu berhati hati dalam pemilihan untuk membeli rumah undercon 
2. Sebuah rumah lagi aku beli dari subsale dari pemilik rumah berbangsa cina ... Lokasi di bandar sungai buaya rawang... Rumah teres setingkat bersaiz 24x75 ... Rumah ini aku duduki hanya dari tahun 2003 sehingga julai 2004 ... Selepas tarikh itu rumah ini disewakan
Rumah seterusnya yang aku beli ialah pada tahun 2007 iaitu rumah teres 2 tingkat
Belilah rumah mengikut kemampuan dengan:
1. Rancang kewangan betul betul
2. Mesti dibawa berbincang dengan pasangan memasing iaitu suami atau isteri atau bakal bakal (korang jawab sendiri yer😜)
3. Tetapkan kemampuan untuk bayar ansuran bulanan kerana melibatkan tempoh yang panjang sebagai contoh maybe 30 tahun
4. Jangan lah terlalu ghairah untuk membeli rumah yang hebat sesangat seperti banglo
5. Beli jer yang ikut kemampuan buat peringkat awal nie
6. Pilih lah lokasi yang sesuai pada pandangan korang
7. Rancang ler dari masa ke semasa boleh menambah koleksi hartanah lagi
8. Pembelian hartanah boleh melalui rumah undercon atau subsale atau melalui kaedah lelong
9. Jika kurang mahir untuk membeli hartanah ... Bertanyerlah kepada yang mahir atau beli buku buku untuk dibaca
Pada 13 tahun yang lalu aku sudah minat hobi hartanah 
Cuma aku tersangkut dengan rumah terbengkalai sebagaimana aku ceriter di atas
Maka aku berusaha untuk menghadapi cabaran nie
Aku sekadar melayan hobi hartanah 

No comments:

Post a Comment