20 March 2016

Fenomena hobi hartanah

FENOMENA HOBI HARTANAH
=======================

Pagi nie coti hujung minggu hari ahad
Otak aku beku sket yer
Aku selalur di tanyer dengan soalan betoi ker "HOBI HARTANAH"
Tak cayer ker
Iyer hobi hartanah
Aku tak tipu korang
Aku memang layan hobi hartanah sejak dolu dolu lagi
Pembelian hartanah pertama aku pada tahun 2003 secara pembelian melalui pembiayaan pinjaman untuk 2 unit hartanah serentak dengan lokasi yang berbeza
Aku memang tanamkan minat untuk melayan hobi hartanah
Sebahagian masa kehidupan aku memang diagihkan untuk aktiviti yang berkaitan hobi hartanah
Orang nak cakap apa pun
Aku tak kisah yer: 
1. Orang sekeliling nak kutuk aku ker
2. Orang sekeliling nak mengumpat aku ker
3. Orang sekeliling nak cakap aku extreme ker
Ada aku kesah:
1. Yang penting aku tidak kacau orang lain
2. Yang penting aku tidak usik orang lain
3. Yang penting aku tidak kacau periuk nasik orang lain
Game transaksi hobi hartanah yang aku jalankan pun dengan cara yang tersendiri (kekadang aku copy paste jer ... Macam aku ceriterkan pada coretan terdahulu)
Korang pun boleh menanamkan minat yang sama
Korang pun boleh pujuk pasangan korang untuk minat terhadap hartanah
Aku pun sekarang nie sedang tanamkan minat hobi hartanah kepada kiddos jugak
Untuk layan hobi hartanah kekadang memang perlu ada:
1. Pengorbanan Kewangan
2. Pengorbanan Masa
3. Pengorbanan Tenaga
4. Pengorbanan Kenkawan (maybe menyebabkan kenkawan menjauhkan diri dari kita kerana mereka ada hobi yang lain)
Aku anggap hobi hartanah yang aku lakukan membawa impak yang positif untuk diri aku dan family
Fenomena HOBI HARTANAH ... Ingat Ir. AJAK yer
Nampak skrang nie pun makin ramai yang minat hartanah
Aku suker di sinonimkan dengan hobi hartanah

No comments:

Post a Comment