31 March 2016

Hati kering

LAYAN HOBI HARTANAH HATI KENA KERING SKET
===========================

Berurusan dengan orang dengan pelbagai karenah dan pelbagai situasi dalam transaksi memiliki hartanah yang diidam idamkan:
1. Beli rumah undercon kekadang dikatakan takut terbengkalai tak siap siap dan memang aku ada pengalaman sebagai mangsa rumah terbengkalai
2. Beli rumah subsale kekadang susah nak dapat harga yang murah dan tak dapat direct deal dengan owner
3. Beli rumah lelong kekadang ramai ulat ulat yang mengganggu di lokasi lelongan
4. Kita sewakan rumah kekadang penyewa liat sesangat nak bayar sewa bulanan dan pelbagai ragam
5. Kita sewa kan bilik bilik sewa kekadang penyewa ada pelbagai ragam karenah yang perlu kita hadapi
6. Beli rumah busuk pulak memang memerlukan modal yang besar untuk repair dan memang sangat sangat leceh
7. Nak kumpul kan modal untuk cukupkan jumlah deposit dan bayar downpayment 10% punya lah payah kerana pendapatan bulanan cukup cukup makan pakai jer
8. Harga rumah makin hari makin mahal apabila ditunggu tunggu saban hari tak mula membeli
9. Apabila submit permohonan loan ke bank bank pulak dengan pelbagai syarat dan sangat ketat pulak nak lulus sekarang nie serta diluluskan pun sekadar 70% jer
10. Kekadang terkeluar pulak ayat berbisa dari kenkawan "beli banyak banyak rumah pun bukan boleh bawak masuk kubur apabila mati"
Memang hati perlu kering sket untuk layan hobi hartanah nie
Tohmahan memacam pun ada
Korang pernah ada pengalaman ker
Cer citer sket
www.irajak.com



No comments:

Post a Comment