===============================
Ada berita gembira buat aku
Permohonan untuk renovation Rumah Semi D Setingkat telah diluluskan
Proses permohonan bermula pada awal january yang lalu
Sekitar 3 bulan dah lulus ler
Ada berlaku pindaan itu dan ini pada lukisan yang di pohon
Semua syarat telah dipatuhi oleh Pelukis Pelan mengikut cadangan yang aku mahukan
Aku kan owner kepada rumah ini
Sukahati aku ler nak pinda ikut citarasa aku ... Hehehehe😄
Lewat potang semalam aku ditemani wife ke opis pelukis pelan untuk collect:
1. Surat kelulusan dari Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
2. Pelan bangunan yang telah diluluskan
3. Permit papan tanda sementara
4. Bil Cagaran Deposit Ubahsuai
5. Bil bayaran pelbagai
Maka dengan adanya kelulusan dari MPS aku sudah boleh memulakan kerja renovation rumah ini
Perancangan perlu di lakukan dengan sebaiknyer:
1. Berbincang dengan pihak kontraktor tentang anggaran kos yang mungkin terlibat
2. Menetapkan jenis jenis bahan binaan yang akan digunapakai
3. Merancang tarikh untuk memulakan kerja renovation
4. Menetapkan jangkaan tempoh masa penyiapan
5. Mula berangan angan untuk pemilihan warna tiles lantai
6. Berbincang dengan wife untuk pemilihan warna cat yang bersesuaian
7. Semua perkara perkara yang berkaitan tentang renovation rumah ini dari mula sampai siap
8. Bajet di jangka untuk renovation rumah ini ialah Ringgit Malaysia ENAM ANGKA
Nampak macam leceh untuk proses renovation sesebuah rumah
Aku heppy dengan hobi ini
Aku bersabar dengan hobi ini
Aku minat layan hobi ini
Inilah "PASSION" aku
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer
No comments:
Post a Comment