21 March 2016

Kos untuk renovation rumah

KOS UNTUK RENOVATION RUMAH
===========================

Monday blues memang terasa kemalasan
Maklum lah dah bercoti di hujung minggu
Aku pun kekadang terasa liat nak menulis
Aku selalur jugak di tanyer dengan persoalan kos yang terlibat dalam kes renovation rumah
Kos bergantung kepada:
1. Skop kerja yang mahu di renovation
Lagi besar skop kerja maka lagi banyak kos terlibat
Contoh untuk renovation tandas dari bersaiz kecik kepada tandas yang bersaiz besar
2. Bahan binaan yang digunakan
Jika memilih bahan yang berkualiti tinggi sudah pasti akan menambahkan kos
Contoh harga sekeping tiles lantai bersaiz 2 kaki x 2 kaki bermula dari RM30 sehingga berharga RM100 pun ada untuk sekeping
3. Renovation yang mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran atau pun tidak membuat proses permohonan kelulusan
Contoh kos untuk mendapatkan kelulusan pelan bagi kes renovation biasa atau simple renovation ialah lebih kurang RM3 ribu
4. Kontraktor yang berbeza akan memberikan kos harga yang berbeza beza mengikut kemahiran mereka
Contoh kekadang skop kerja renovation yang sama akan berbeza harga dengan kontraktor yang lain
5. Kompleksiti bentuk rumah yang di renovation jugak akan menyebabkan kos yang berbeza beza kerana melibatkan kesusahan seseorang kontraktor untuk menyiapkan kerja
Itulah antara faktor utama yang akan mempengaruhi kos keseluruhan renovation bagi sesebuah rumah
Pada lumrah nyer dengan kos nilai yang tinggi pasti akan mempengaruhi hasil kerja sesebuah rumah yang mabeles cantek sempurna akan membuat kan cik mira pulzah akan jatuh hati
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer

No comments:

Post a Comment