"AKU SEDIH"
=========================
Untuk panduan kita bersama sama
Citer semalam jumaat
Memang ajaib sket
ALLAH Maha Hebat
Aku pasrah tanpa aku pinta dan selidiki
Tembelang sudah pecah
Sepandai pandai tupai melompat
Akhir nyer bocor jugak tembelang "SEORANG
AGENT HARTANAH BERDAFTAR"
Agent yang bertaraf otai dan nama sudah hebat dan aku menjangka memang banyak transaksi beliau lakukan
Berperwatakan menarik dan mudah bergaul mesra
Tapi "sudah main kotor" dalam percaturan dalam menjalankan etika Agent Hartanah demi "ketamakan" mungkin pada pendapat saya sahaja
Ceriter nyer begini secara ringkas:
1. Aku akui bahawa aku agak popular di kalangan sesetengah Agent Hartanah bahawa aku adalah "penggiat aktif dalam dunia lelongan sejak dua menjak ini"
2. Ramai agent berebut rebut untuk handle kes aku dalam lelongan
3. Mereka akan berlumba lumba untuk mendaftarkan diri aku sebagai pembida dalam banyak kes lelong bank
4. Isunyer mereka menyimpan data nama sebenar aku, nombor kad pengenalan aku dan alamat rumah
5. Mereka akan cepat cepat daftar kan nama aku sebagai pembida TANPA KEBENARAN AKU
6. Belum sempat aku memilih yang mana satu Agent Hartanah untuk mewakili aku dalam kes lelongan ... Mereka telah mendahului aku dengan mendaftarkan nama aku sesuker hati mereka
7. Makner nyer ada Agent yang MANIPULASIKAN nama aku untuk kepentingan mereka
8. Aku call MANAGER BANK YANG AKAN MELELONG ASET BANK tersebut supaya inform Agent berkenaan supaya call aku segera untuk tarik balik pendaftaran nama aku (PENDAFTARAN NAMA AKU DENGAN TANPA KEBENARAN) dan MEMINTA MAAF DARI AKU atau "AKU AKAN BUAT LAPORAN POLIS"
9. Agent berkenaan dengan suara yang bergetar getar telah menelefon aku untuk menceriterkan situasi sebenar dan MEMOHON MAAF KEPADA AKU
10. Bagi aku kes ini serious kerana akan merosakkan industri lelongan dan nama baik aku jugak
11. Jangan sewenang wenang nya mahu GUNAKAN NAMA DAN INFORMASI AKU untuk kepentingan peribadi
12. Kes ini timbul apabila AGENT HARTANAH REN yang aku lantik telah gagal untuk mendaftarkan diri sebagai seorang pembida
13. Apabila disemak telah didapati nama aku telah tersenarai sebagai seorang pembida (KERANA TELAH DIDAFTAR OLEH AGENT TANPA KEBENARAN AKU)
Pandangan aku agar kenkawan yang akan aktif atau telah aktif dalam aktiviti LELONGAN perlu berhati hati dengan keadaan ini
Aku jugak berharap agar sahabat sahabat rakan rakan AGENT HARTANAH REN perlu menjalankan amanah dengan etika dan berintergriti
Pengalaman mematangkan aku dalam dunia hartanah
Aku hanya sekadar melayan hobi hartanah jer
Ir. AJAK
TOLONG SHARE KAN KENKAWAN ... Sebagai panduan untuk kita bersama😄👍
No comments:
Post a Comment