08 January 2016

Jurutera ...

MASA SEKOLAH RENDAH LAGI AKU DAH BERCITA CITA UNTUK MENJADIK SEORANG "JURUTERA"
===============================

Di pagi jumaat yang penuh barakah
Ku panjatkan sepenuh kesyukuran kepada MU YA ALLAH
Atas nikmat dan peluang yang dipinjamkan kepada aku di atas dunia ini

Sejak kecik sekolah rendah lagi aku dah bercita cita untuk menjadik seorang jurutera
Alhamdulillah
ALLAH bagi peluang
Bertukar status
Jurutera Professional kepada Jurutera Professional Dengan Perakuan Amalan
Pendaftaran nombor bertukar dari "14606" kepada "C114606"
Aku tidaklah pelajar cerdik pun
Masa UPSR hanya dapat 4A 1C
Masa SRP hanya dapat 8 agregat jer
Masa SPM hanya dapat gred 1 hampir ke gred 2
Hanya layak belajor universiti ke peringkat diploma jer
Lulus degree dengan kepujian kelas kedua jer
Aku tak malu cakap ... Kerana aku bukan tergolong dalam "pelajar cemerlang"
Setiap kali exam pun cukup cukup makan jer
Tidak berpeluang ke sekolah berasrama penuh
Itulah hakikatnyer
Tapi aku ada satu kekuatan yang ALLAH pinjamkan iaitu "SEMANGAT" untuk terus berusaha untuk menggapai impian untuk berada di puncak
Arwah ayah memang ada pesan ... "Mahu melihat aku menjadik seorang jurutera" ... Arwah ayah seorang pekerja posmen ... Al Fatihah buat arwah ayah ... 
Berkat doa emak membawa aku ke tahap sekarang
Serta pengajaran semua guru guru aku jugak
Skrang aku di sokong oleh isteri dan anak anak
Buat adik adik jugak yang senantiasa bersama
Terima kasih jugak kepada semua rakan rakan di sekliling yang senantiasa membantu 
Aku amat amat berpuashati dan bersyukur sesangat
Anyway ... Aku tetap aku 
Aku tetap macam dolu dolu jugak
Boleh berkawan dengan semua orang
Kalian semua adalah kawan kawan aku
Aku adalah "AJAK" yang korang kenal seperti dolu dolu
Cuma aku sekarang dah berbeza kerana "perot dah boroi" dan "kepala dah botak"
Kan kan kan
Heheehehehee

TQ ALLAH
Aamiin

No comments:

Post a Comment