29 February 2016

Siakap

Wife masak malam nie
2 ekor
Sedap gak
Bertambah nasik kitorang
Esok esok masak lagi yer


Mandi sket

Singgah mandikan vap potang nie ...

Singgah

Singgah minum jap selepas sholat asar ... 

Maggi goreng

Maggi goreng
Kiddos mintak papa beraksi di dapur
Boleh laaa rasanyer
Papa tak pandai masak
Hehehe

Monitor kerja renovation

MONITOR RENOVATION RUMAH
=========================

Today pagi monday blues
Kekadang malas sket kan
Coti hujung minggu 2 hari sabtu dan ahad
Aku susun atur sebaik mungkin
Waktu yang ada seharusnya disusun sebaik baik nyer
Agar semua ada bahagian masa yang diagihkan dengan sempurna:
1. Aktiviti hobi hartanah
2. Bawak family jenjalan di mall
3. Window soppink sket
4. Makan makan bersama family
5. Riadah keluarkan peluh
6. Majlis ilmu di masjid soromban
7. Cari rumah busuk tapi tiada hasil minggu nie
Sempat jugak lawat rumah yang sedang di renovation di kuala lumpur
Bincang bincang dengan kontraktor dengan progres kerja
Menentukan jugak beberapa keputusan yang patut di ambil:
1. Ketinggian dinding batu bata di jiran kiri dan kanan
Melibatkan tambahan kos RM empat angka
2. Menentukan pagar di bahagian belakang rumah
3. Berbincang tentang dinding di bahagian belakang
4. Meminta welder untuk siapkan cepat railing tangga dan pasangkan jugak dalam minggu ini
Progres rumah amat amat memberansangkan dan berjalan seperti yang dijadualkan:
1. Pemasangan plaster siling di tingkat atas telah sempurna
2. Pemasangan tiles lantai di tingkat atas telah siap
3. Pemasangan tiles di tandas atas juga telah siap
Bagi memastikan kelancaran kerja kerja renovation berjalan dengan lancar
Kita perlu pantau / monitor kerja kerja kontraktor
Perlu selalu berbincang masalah yang dihadapi oleh kontraktor
Selalur memberi pandangan dan pendapat untuk kebaikan bersama
Sekadar melayan hobi hartanah
TQ ALLAH


28 February 2016

Belanjer satu gambar

Abam AJAK belanjer satu gambar yer ... Solosai riadah potang nie ... Melonggar sendi sendi otot ... Esok esok riadah lagi ... Boopoluh deen

Stamina

Riadah sket di potang ahad
Kekalkan stamina
Baru ado momentum untuk layan hobi hartanah
Betoikan
Jom

Fully booked sesi 2.0

Dah FULLY BOOKED
Dah penuh yer untuk "SEMBANG HOBI HARTANAH 2.0"
Stay tune untuk next session
InsyaAllah
Terima kasih atas sokongan kalian
Saya amat amat hargai
πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Sembang hobi hartanah 2.0

Memandangkan iklan "sembang hobi hartanah" semalam dah fully booked
Maka aku mengatur jadual lagi 
Bagi tidak mahu menghampakan permintaan rakan sekalian

SEMBANG "HOBI HARTANAH" 2.0
==========================

Tarikh: 6 Mac 2016
Hari: Ahad
Masa: 2.30 petang sehingga 4.30 petang (120 minit)
Lokasi: Temiang Corner Seremban
Komitmen fee: RM33 seorang
Eksklusif: 7 pax sahaja

Agenda: 
1. Berkenalan dengan "Ir AJAK"
2. Perkongsian aktiviti "HOBI HARTANAH"
3. Boleh bertanyer dengan saya apa apa yang berkaitan dengan "HOBI HARTANAH"
4. Sekadar memberi "AURA HOBI HARTANAH" kepada yang baru berkecimpung newbie dalam dunia hartanah
5. Konsep sembang santai sahaja yer sambil pekena teh tarik mamak ...
Lelaju whapsapp saya 0196622909
FIRST COME FIRST SERVE πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Bersama para malaikat

Majlis ilmu
Di pagi ahad
Terus istiqamah
Ustaz cakap:
1. Majlis ilmu bersama dengan para malaikat
2. Majlis ilmu bersama dengan para tetamu yang baik baik
InsyaAllah

Kongsikan rezki

Waktu senggang 15 minit
Sempat transfer
1. Tahfiz
2. Wakaf
3. Sumbang
Wang ini sebahagian daripada bayaran fee yang aku terima bagi "sembang hobi hartanah"
Aku kongsikan
Alhamdulillah
Syukur

Keberkatan

5 minit jer di pagi ahad
Mencari ruang keberkatan dhuha
Alhamdulillah


King cup

Bekfes aku ... Alhamdulillah ... Sedap

Fully booked

SEMBANG HOBI HARTANAH
FULLY BOOKED
======================

Potang semalam selepas asar aku terpikir
Aku terbukak hati untuk mula mengaturkan aktiviti
Sembang hobi hartanah:
1. Berkenalan dengan aku dengan lebih dekat
2. Beri peluang kepada kalian untuk bersua muka dengan aku 
3. Beri peluang untuk minum teh tarik di mamak dengan aku secara santai
4. Berkongsi pengalaman yang aku lalui
5. Mewujudkan jalinan persahabatan dalam dunia hartanah
6. Memupuk semangat untuk "layan hobi hartanah"
7. Memberi peluang kepada aku untuk mengenali kalian kenkawan
8. Memberi motivasi kepada aku untuk terus berkongsi ilmu dengan kalian semua
9. Memberi semangat kepada aku untuk terus menulis tentang "hobi hartanah" dari hari ke hari
10. Kalian jugak boleh berkongsi kelebihan yang kalian miliki dalam dunia hartanah
11. Memupuk budaya untuk berkongsi ilmu hartanah
12. Kalian berpeluang untuk bertanyer kepada aku tentang "hobi hartanah"
13. Kalian berpeluang untuk mengutip "aura hobi hartanah"
14. Kalian jugak berpeluang untuk melakukan "transaksi hartanah" dengan aku
15. Aku nie insan biasa biasa jer dalam melayan hobi hartanah
16. Aku tidak lah hebat sangat dalam melayan hobi hartanah
17. Aku tidak lah gah mana pun dalam melayan hobi hartanah
18. Aku sekadar mahu berkongsi ceriter hartanah yang aku lalui sejak dua menjak nie
19. Aku mahu berkongsi sedikit ilmu yang aku miliki
20. Aku hanya layan hobi hartanah di hari coti hujung minggu
Sambutan menggalakkan dari kenkawan sekalian
Aku bersemangat untuk menerus dan aturkan "SEMBANG HOBI HARTANAH SIRI 2.0" ... Korang berminat ker ... HeheheπŸ˜„
TQ ALLAH dengan peluang ini


27 February 2016

Kopi pak belalang

Kopi pak belalang secawan
Duduk di meja depan pagor umah jer
Ambik angin sambil berangan angan mat jenin

Usai

Usai sholat berjemaah

Dah penuh

Dah penuh yer..
Tunggu next sessi pulak..
Stay tune

Sembang hobi hartanah

SEMBANG "HOBI HARTANAH"
=======================

Tarikh: 5 Mac 2016
Hari: Sabtu
Masa: 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi (120 minit)
Lokasi: Temiang Corner Seremban
Komitmen fee: RM33 seorang
Eksklusif: 5 orang sahaja

Agenda: 
1. Berkenalan dengan "Ir AJAK"
2. Perkongsian aktiviti "HOBI HARTANAH"
3. Boleh bertanyer dengan saya apa apa yang berkaitan dengan "HOBI HARTANAH"
4. Sekadar memberi "AURA HOBI HARTANAH" kepada yang baru berkecimpung dalam dunia hartanah
5. Konsep sembang santai santai sahaja yer sambil pekena teh tarik mamak ...

Terhad 5 orang sahaja:
1. Zulhamdan
2. 
3.
4.
5.

Lelaju whapsapp saya 0196622909 bukti slip bank in RM33 sahaja ke:
Maybank: 514150124719
Nama: Abdul Razak Bin Kamarudin
Emel: razak1974@yahoo.com

FIRST COME FIRST SERVE πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Soppink sket

Soppink sket 
Takkan asyik layan hobi hartanah jer

Makan time

Makan time
Tunggu order sampai

Lokasi ke 2

Lawat rumah renovation 
Lokasi ke 2 today
Coti hari sabtu

Mandu van

Memandu van ke lokasi hartanah ... Rilex rilex jer

Lawat

Lawat rumah renovation pagi nie

Aku serious hobi hartanah

AKU SERIOUS HOBI HARTANAH
========================

Aku serious dalam menjalankan hobi hartanah
Aku telah meletakkan matlamat yang jelas dalam menjalankan hobi hartanah
Aku buat perancangan yang rapi dalam melayan hobi hartanah
Aku susun perancangan hobi hartanah itu menjadik sempurna
Aku belek belek perancangan hobi hartanah aku supaya menjadik betoi betoi sempurna
Aku ejas ejas perancangan hobi hartanah ini menjadik "games aku sendiri"
Aku jugak suker praktikkan apa yang sifu hartanah cakap dan sarankan
Aku mahu ada keputusan yang dicapai setiap kali melibatkan perbincangan berhubung hobi hartanah
Aku menegur kepada "stakeholder" tur perkara biasa dalam melayan hobi hartanah
Aku jugak jugak berkawan rapat rapat dengan semua "stakeholder" aku (nanti esok esok aku menulis senarai stakeholder yang aku selalur berhubung)
Aku buat betoi betoi hobi hartanah supaya ada hasil yang positif
Aku mahu "hasil" yang diperolehi dari hobi hartanah memberikan keberkatan dan barakah untuk aku:
1. Menyara family iaitu wife dan kiddos
2. Bantu ibu
3. Bantu adik
4. Bantu keluarga mertua
5. Bantu saudara terdekat
6. Sumbang ke arah kebaikan
7. Sumbang ke wakaf
8. Sumbang ke tahfiz
9. Keluarkan zakat setiap tahun ... Tahun lepas aku berjaya mengeluarkan zakat untuk 5 angka ... Aku berdoa supaya suatu hari nanti aku berpeluang untuk mengeluarkan zakat untuk 6 angka ... Aku bertekad dan berazam sungguh sungguh dalam bab zakat
Aku sangat sangat bertenaga dalam melayan hobi hartanah
Aku sangat bermotivasi dalam mengutip ilmu ilmu hartanah dari sifu sifu
Aku sangat komited melaksanakan tugas berkaitan hobi hartanah
Aku rasa sangat gembira dapat berkongsi pengalaman aku dalam hobi hartanah
Aku rasa teruja untuk copy paste apa yang sifu sifu hartanah telah berjaya laksanakan
Aku harap korang boleh copy paste jer apa yang aku telah buat
Senang jer kan ... Tiru dan tiru serta terus meniru
Tapi bab jiwang pepagi jemaat ... Korang jangan buat pasal ... Kang pinggan mangkuk berterbangan kat dapur
Gurau jer πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


26 February 2016

Coklat moist

Chocolate Moist Cake
Home made
Wife masak
Rajin my wife
Ermmmmmmm terasa sedap nyer
Pekat rasa coklat nyer
Manis pun secukup rasa jer
Alahai memang mabeles
Tak sangka wife pandai masak kek
Esok esok boleh ler masak lagi
Maap laaa buat korang terliuq
Adus

Nunggu order

Nunggu order sampai ... Dah berbau dari dapor tur ... Lapoo nie ...

Layan cd

Layan CD untuk drive nie bermusafir lebih 2 marhalah ...

Saya serious dalam meeting

SAYA SERIOUS DALAM MEETING
=========================

Saya serious dalam meeting
Saya mahu meeting dijalankan straight forward
Saya mahu ada keputusan yang dicapai
Saya menegur tur perkara biasa
Saya menjalankan amanah yang diberikan
Saya buat kerja betoi betoi supaya ada hasil
Saya mahu "gaji" yang diterima berkat dan barakah untuk beri family makan
Boleh ker macam gitur
Tapi pepagi jumaat tetap jiwang 
Dalam hati ado taman mungo
Okey bai 
Hehehehe


Lejen makanan ...

Sedap nyer ... Alhamdulillah

Dhuha

5 minit jer
Berkat di pagi jumaat
Waktu dhuha
Alhamdulillah
Aamiin

42 tahun

MY BESDAY 42 TAHUN
26 FEBUARI 2016
=================

Alhamdulillah
Penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH
Today genap umur aku 42 tahun
Hari Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah
Aku pasrah dengan segala rezki dan peluang dari NYA yang dipinjamkan kepada aku
Terima kasih emak yang mengandungkan dan melahirkan serta membesarkan aku
Berkat doa dari emak tersayang senantiasa aku harapkan
Buat arwah ayah aku hadiahkan Al Fatihah yang telah menyara aku dengan tulang empat kerat nya
Buat adik adik yang kita membesar bersama sama sebagai satu darah daging yang dicincang tak akan putus
Buat arwah adik Muhammad Suhaimi hadiahkan Al Fatihah yang aku rindu selalur
Buat isteri ku yang amat dicintai di kala susah dan senang kita bersama sama mengharungi badai kehidupan
Buat kiddos yang senantiasa membahagiakan papa dengan pelbagai karenah dan hilai tawa
Buat sekalian rakan rakan yang senantiasa mendoakan dan support aku
Aku heppy dengan segala kehidupan sekarang
Aku bersyukur dengan kehidupan sekarang
Aku redho dengan kehidupan sekarang
Moga aku terus istiqamah untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai hamba kepada NYA
TQ ALLAH
Aamin
πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Jiwang


25 February 2016

Memori diploma

MEMORI MENERIMA DIPLOMA
=======================

Pada tahun 1995
Masa umur aku 21 tahun
Menerima Diploma Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor
Masa tur aku heppy dan amat teruja
Seorang anak kampong
Seorang budak kampong
Seorang pelajar yang biasa biasa jer
Seorang yang dikenali dengan budak nakal jugak
Keputusan SPM hanya melayakkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma sahaja
Masa tur faktor kewangan jugak menjadik kekangan
Aku masih teringat arwah ayah ada "MEMINJAM DUIT" sket untuk membayar yuran semester dan membeli sedikit kelengkapan
Arwah ayah hanya seorang "PEKERJA POSMEN"
Aku bangga dengan arwah ayah ... Al Fatihah 
Aku sangat sangat bangga dengan emak jugak
Mereka bersusah payah untuk aku menjejak kaki ke menara gading
Segala kepayahan di harungi dengan penuh dedikasi
Aku bersyukur kerana ALLAH beri peluang kepada aku dengan pinjaman ini
Sungguh indah memori untuk di kenang
TQ ALLAH
Aamin

Lawyer hartanah

LAWYER HARTANAH
================

Malam tadi sempat bercakap dongan panel lawyer aku
Lawyer Syazwani sedang menjalankan tugas serentak kes kes berikut:
1. Kes tanah di seremban : status masuk ke lhdn tunggu nilai setem duty
2. Kes rumah bangi : status tunggu resit cukai tanah untuk masuk consent
3. Kes rumah ipoh : status dah buat bayaran penuh dan tunggu dokumen keluar
4. Kes Tanah di perak : status tunggu surat dari majlis daerah untuk masuk consent
5. Kes rumah seremban : status sudah masuk consent tapi belum ada jawapan
6. Kes hartanah di klang : status nak selesaikan hal insolvensi dan kaveat persendirian
7. Kes rumah desa beringin sikamat : status sudah dapat geran dan dihantar ke pembiaya
8. Sedang kaji kes yang baru samaada boleh proceed atau pun tidak : status berhubung mahu carik owner dan ada kaveat pendaftar
Wow memang banyak kes transaksi hartanah aku berjalan secara serentak oleh Lawyer Syazwani
Tak masuk lagi dengan panel lawyer yang lain:
1. Lawyer Matthew di Seremban
2. Lawyer Abdul Aziz di Seremban
Itu sebab borang ckht aku masuk kerap ke pejabat lhdn seremban
Sebab kes aku senantiasa bergerak secara serentak
Ada kes yang baru masuk
Ada kes yang sudah berjalan separuh
Ada kes yang berjalan sudah di penghujung
Ada kes yang hampir hampir nak selesai
Ada kes yang baru dikaji nak di cuba cuba usahakan
Kes kes yang berbeza beza 
Kes yang sukar akan mematang kan diri aku
Aku memang berminat untuk explore kes yang berbagai-bagai
Aku nak tambah ilmu transaksi hartanah
Ada kes yang aku explore memang kes yang rare
Pihak lawyer memang memainkan peranan yang penting
Maka pihak lawyer merupakan pihak yang amat penting bagi memastikan kelancaran sesuatu transaksi hartanah
Korang pun perlu berkawan dengan pihak lawyer jugak
Walaupun tugas tugas lawyer tur memang sepatutnyer dia yang buat 
Tetapi aku memang suker untuk ambik tahu cara cara prosedur tur
Aku belajar dan terus belajar
Sekadar memberi motivasi kepada kenkawan
Sekadar berkongsi ceriter
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer

Tolong share untuk beri manfaat kepada kenkawan

24 February 2016

Itik

Daging itik ... Dap nyer ... Alhamdulillah

Temberang hartanah

TEMBERANG HARTANAH
===================

Potang semalam after 5pm
Lepas opis hour
Sempat aku ketemu sahabat lama
Sahabat ku rakan sekuliah di Universiti pada tahun 1992
Sahabat yang sama sama makan maggi
Sahabat sekapal orang perak
Beliau kini seorang usahawan yang berjaya
Aku kagumi semangat beliau mengharungi cabaran menuju ke puncak kejayaan
Beliau sudah mula celik hartanah ... Siap bawak buku dan menulis catatan nota apabila aku "TEMBERANG HARTANAH"
Jiko korang nak tambah kawan pesbuk Dipersilakan ke wall pesbuk beliau Mohd Asri Baharain
Kami sama sama bersembang bab hartanah
Kami sama sama berkongsi idea bab hartanah
Kami sama sama "TEMBERANG HARTANAH" .... Hahaha kami gelak bersama samaπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Kekadang temberang hartanah adalah positif minda:
1. Melahirkan idea untuk berkecimpung dalam dunia hartanah
2. Melahirkan semangat untuk memiliki hartanah
3. Melahirkan semangat untuk menambah koleksi hartanah
4. Melahirkan semangat untuk menimba ilmu tentang hartanah
5. Melahirkan keinginan untuk belajar teknik teknik hartanah
6. Melahirkan rasa untuk JV hartanah bersama kenkawan terdekat
7. Melahirkan rasa untuk terlibat dalam dunia lelongan hartanah
8. Melahirkan rasa untuk memberi kesedaran kepada kenkawan terdekat untuk kepentingan memiliki hartanah
9. Melahirkan jiwa untuk agihkan wang kepada portfolio hartanah
10. Melahirkan rasa ghairah dalam dunia hartanah sejak dari usia muda

Aku berpandangan bahawa sesekali melepak sambil minum petang menikmati cucur udang kuah kacang boleh memupuk semangat cintakan hartanah
Memberi motivasi kepada kenkawan untuk terlibat dalam dunia hartanah
Bercerita tentang testimoni hartanah
Korang pun boleh lepak lepak gak
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer

Sila share untuk manfaat kenkawan

23 February 2016

Bertambah nasik

Pandai nyer wife masak
Sedap bebetoi
Betambah nasik
Esok esok masak lagi yer
Mabeles gilosπŸ˜„πŸ‘

Tewas bidaan lelongan

TEWAS BIDAAN LELONGAN
=====================

Dahaga
Memang dahaga
Ilangkan dahaga teh o ais limau
Today aku coti rehat
Today aku masuk bidaan 2 kes lelongan
Aku tewas dengan pesaing yang lain
Aku tidak kecewa
Ini perkara biasa
Betoi ini perkara biasa
Emosi kena kuat
Jiwa perlu kental
Inilah nama nyer persaingan yang sihat
Tahniah kepada pembida yang berjaya
Tahniah kerana menang
Menang dengan kenaikan harga yang agak tinggi:
Kes 1 kenaikan hara sekitar 66%
Kes 2 kenaikan harta sekitar 88%
Woww 
Memang mengganaz
Hampir kenaikan sekali ganda dari harga rizab
Makin ramai yang sedar dalam dunia hartanah
Makin ramai yang berminat dengan hartanah lelong
Pengalaman mendewasakan
Aku sekadar layan hobi hartanah


Lelongan di mahkamah

LELONGAN DI MAHKAMAH
=====================

Ceriter semalam monday blues
Aku bercoti rehat sehari
Dah abis pantang tak boleh bercuti selama 28 hari
Mesti nak ambik cuti rehat kerana berbaki tahun lepas pun ado 6 hari lagi
Rindu plak nak bercuti rehat
Ketagih nak ke mahkamah
Betoi ketagih nak hadir ke mahkamah
Jumpa lawyer
Jumpa pelelong
Jumper agent hartanah
Rindu pun yer gak dengan kamar lelongan
Jumpa kenkawan kat situr
Mereka jugak networking aku dalam dunia hartanah
Tahun baru 2016 ini kali pertama aku hadir kes lelongan
Pengalaman sebagai pembida sejak dari dolu dolu memang telah mendewasakan aku
"Kenkawan menyapa ... HELLO BROTHER LAMER TAK DATANG KE SINI"
"Aku jawab ... COTI RAYER CINA Gong Xi Fa Choi MAAAA"
Gelak ketawa memecah kesunyian pagi di luar kamar lelongan mahkamah
Proses lelongan:
1. Lihat tarikh kes lelongan
2. Tahu lokasi lelongan diadakan
3. Dapatkan POS Proclamation Of Sales (Perisytiharan Jualan)
4. Kaji pelbagai maklumat yang ada dalam POS
5. Lawat lokasi hartanah
6. Beli bank deraf dengan nilai 10% nilai harga rizab
7. Datang seawal jam 9 pagi di luar kamar lelongan
8. Tuliskan Info di belakang bank deraf:
A. Nama ikut kad pengenalan
B. Nama kad pengenalan
C. Nombor handphone
D. Nombor kes lelongan mahkamah
E. Alamat hartanah lelongan
9. Masukkan kad pengenalan bersama dengan bank deraf ke dalam peti yang disediakan sebelum jam 9.30 pagi
10. Tepat jam 9.30 pagi peti akan ditutup
11. Sekitar jam 10.15 pagi pegawai mahkamah akan menampal senarai kes yang akan dijalankan lelongan
12. Jam 10.30 pagi kes lelongan akan bermula mengikut kes demi kes
13. Lelongan bermula
14. Tetapkan harga untuk menang
15. Lawan tetap lawan
16. Menang bidaan lelongan atau kalah bidaan lelongan
17. Kiraan 1 kiraan 2 kiraan 3 dan tukul diketuk
18. Tunggu kontrak lelongan ditandatangan dan di matikan setem hasil
19. Bawak balik kontrak lelongan
20. Tamat
21. Keputusan adalah aku tewas dalam 2 kes pada semalam
Kalah dan menang adalah adat dalam dunia lelongan
Redho dan jangan putus asa
Cuber lagi untuk next case
Banyak lagi kes lelongan yang akan datang
Betoikan


22 February 2016

Kacang

Lepak depan tv layan Astro ...

Bawah pokok

Lepak bawah pokok
Menikmati cendol semangkuk
Ilex jer brother

Mangkuk tingkat

MANGKUK TINGKAT
===============

Manfaatkan masa coti rehat today
Hantar lunch untuk untuk kiddos
Potang kiddos ado kelas kafa
Guna mangkuk tingkat
Tengok berselera kiddos makan
Tak mahu kiddos rebut rebut membeli
Masa lunch terhad
Alhamdulillah
Heppy aku lihat kiddos 

Saham di sana

TESTIMONI
========

Syok bila dapat testimoni cam gini
Dakwah berjalan
Mengutip saham untuk bekalan di saner
Aku bermotivasi
Alhamdulillah

Monday blues 5 minit jer

5 minit jer di pagi monday blues
Mencari ruang keberkatan waktu dhuha
Alhamdulillah

Kongsi ilmu hartanah

KONGSI ILMU HARTANAH
====================

Pepagi monday blues nie
Kekadang mood memang lain sket
Mood monday blues kekadang malas sket pun ader
Nak citer aktiviti potang semalam ahad
Lepak di kedai mamak sambil pekena nescafe tarik
Lepak reramai dongan kenkawan dalam industri hartanah
Mereka jugak sifu sifu aku dalam hartanah
Mereka sangat aktif dalam porfolio hartanah
Mereka senantiasa positif minda bab bab hartanah
Mereka memang memberi inspirasi kepada aku selalur
Aku nie pemalu orang nyer ... AdusπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ˜œ
Aku sempat kongsi kongsi kan ceriter:
1. Tahun bermula aku dengan hartanah pada tahun 2003 dengan pembelian hartanah pertama untuk 2 bijik serentak
2. Modal permulaan yang aku perolehi
3. Modal pusingan untuk aktiviti hartanah
4. Pembelian rumah underconstruction
5. Pembelian rumah subsale
6. Pembelian rumah lelong
7. Pembelian rumah "busuk" untuk tujuan renovation
8. Pembelian tanah lelong berstatus bangunan
9. Rumah rumah sewa
10. Bilik bilik sewa wanita di seremban www.biliksewaseremban.com
11.  Rumah sublet
12. Pembelian tanah status pertanian
13. Proses tukar status pertanian ke status kediaman lot banglo dengan geran individu
14. Kaedah yang aku gunakan untuk "memikat" pihak bank bagi lulus loan
15. Perkongsian ilmu berkaitan LHDN dan CKHT
16. Pengalaman aku proses sendiri untuk tukar nama geran hakmilik tanah melibatkan BORANG 14A
17. Pengalaman aku "special case direct deal bagi insolvensi yang melibatkan hartanah"
18. Pengalaman aku dalam kes renovation rumah
19. Pengalaman aku dalam melupuskan hartanah bagi memikat para pembeli
20. Pengalaman aku melakukan hobi transaksi hartanah secara santai "tidak terkejar kejar"
21. Pengalaman aku belajar ilmu hartanah secara sendiri sendiri melalui pembacaan dan praktikal on site
22. Hasrat aku untuk berkongsi ilmu hartanah dengan kenkawan pada suatu hari nanti ... Maybe melalui buku dan seminar
23. Aku berkongsi ceriter bahawa aku nie selalur berangan angan tentang bab hartanah sambil menonton ASTRO dengan kiddos
24. Aku jugak berkongsi minat dalam melayan hobi MELANCONG BERMUSAFIR DI BUMI CIPTAAN ALLAH dengan rezki hasil transaksi hartanah
25. Aku jugak berkongsi keseronokan melayan hobi nonton wayang dan soppink untuk "release tension" dari asyik berpikiran tentang bab hartanah jer
Aku lakukan sendiri transaksi di atas dengan di bantu wife tersayang
Aku sekadar berkongsi ceriter
Aku sekadar berkongsi pengalaman
Aku tiada niat untuk "riak diri"
Aku pohon maaf jika terkasar bahasa
Aku mohon ampun jika menyinggung perasaan kalian
TQ ALLAH

Harap kito boleh berkerjasama rapat rapat dalam industri hartanah dan ngeteh lagi ... InsyaAllah
1. Shariza Abd Latif
2. Mukaram M Jamin
3. Khairul Amal Mahmud
4. Encik Kamal

Jika ter inspirasi mohon share yer

21 February 2016

Testimoni

Testimoni
Saya rasa gumbira
Dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan
Alhamdulillah

Lawat hartanah lelong

Cari lokasi hartanah lelong
Lawat tapak
Jom layan hobi
Naik van jer
Aktiviti di hari ahad

Ketagih aktiviti hartanah

KETAGIH AKTIVTI HARTANAH
======================

Macam biasa
Hari coti sabtu
Aku mesti selitkan aktiviti hartanah:
1. Sebab aku minat
2. Sebab aku suker
3. Sebab aku heppy layan hartanah
4. Sebab aku rasa girang lihat hartanah
5. Sebab aku rasa teruja lihat hartanah
6. Sebab aku rasa tenang menatap hartanah yang siap di renovation
7. Sebab aku ketagih layan hobi hartanah ... HeheheπŸ˜„
Potang nie aku ditemani wife ke rumah di nilai impian
Rumah yang 99% siap di renovation
Aku dan wife rasa teruja kerana rumah sudah hampir sempurna sesangat siap nyer
Tapi kami rasa patut di basuh tiles lantai di bahagian porch kereta untuk nampak lebih sempurna
Tiles lantai:
1. Di sapu lantai dengan penyapu
2. Di buang pasir pasir dengan penyodok sampah
3. Di kikis ada sedikit tompok tompok halus cat yang menitis semasa di cat plaster siling gamak nyer
4. Di basuh dengan air sedikit campuran "asid"
5. Di bilas dengan air bersih beberapa kali
6. Di mop lantai dengan air di campur fabuloso
Lantai tiles sudah nampak bersih
Lantai tiles sudah nampak berseri
Lantai tiles sudah nampak menawan
Lantai tiles sudah membahagiakan aku dan wife
Lantai tiles sudah menggembirakan aku dan wife
Walaupun sedikit rasa penat potang nie tetapi amat berbaloi baloi kerana sambil mengeluarkan peluh untuk bersenam jugak lah kiranyer
Alhamdulillah
TQ ALLAH atas segala peluang yang dipinjamkan
Aku pasrah